Pada tahun 2018, Luis Suarez telah dilantik menjadi duta oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia.
Penjanjian yang dimeterai selama setahun bersama penyerang anatabangsa Uruguay ini diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia, dengan mengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia.
Penglibatan Suarez dalam mempormosi pelancongan Malaysia berjaya dilakukan selepas satu perjanjian ditandantangani antara pihak Tourism Malaysia dan Mediapro, yang mewakili kepentingan pemain terbabit di benua Asia.
Pemain bola sepak handalan dunia untuk pasukan Barcelona itu telah mencuba makanan dari Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Popia, Satay dan Char Kway Teow.
Paling rare apabila Suarez makan Nasi Lemak guna pisau. Lantak la dia nak makan dengan apa-apa pun, jangan gigit orang dah lepas ni cukup la. Rasa dia manis-manis, masin-masin, pedas-pedas, Padu Beb!
Jika dilihat pada riak wajah dan reaksi Suarez ketika menjamu selera, Sate yang menjadi makanan kegemaran Suarez diikuti oleh Char Kway Teow.
Suarez juga telah tersedak selepas mencuba popia keran kepedasan yang amat. Popia ni pedas ke?
Ketika Suarez dilantik menjadi wakil Tourism Malaysia Suarez masih lagi beraksi bersama Lionel Messi di Barcelona.
Suarez Suka Gigit Orang Kenapa Dilantik Duta Pelancongan
Dalam sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian telah melontarkan soalan kenapa Luis Suarez yang suka menggigit orang dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia.
Hee Loy Sian menyifatkan perlantikan Luis Suarez mempunyai masalah disiplin sebagai duta pelancongan bukan satu langkah yang bijak sambil memberi rentetan kisah gigitan Suarez.
“Luis Suarez ni mempunyai masalah disiplin :
2010 – Gigit telinga pemain PSV, digantung 7 permainan.
2013 – Gigit pemain Chelsea, juga digantung.
2014 – Gigit pemain Italy, digantung 9 perlawanan.”
“So, saya rasa satu masalah yang permainan yang ada masalah disiplin ini mengapa dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia?”
“So, saya rasa ini satu langkah yang kurang bijaksana. Terima kasih.”
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Menteri yang bertanggungjawab akan perlantikan ini menjawab persoalan tersebut sambil sempat menyindir.
“Yang Di-Pertua ada ahli Parlimen dalam dewan ni perangai teruk, tapi ada juga penyokong-penyokong dia. Jangan kita hukum orang atas apa yang berlaku pada masa lepas.”
Nazri Aziz menyatakan bahawa Luiz Suarez mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Masalah disiplin di padang tidak menghalang Suarez popular dikalangan peminat boal sepak.
“Kalau dia ni jahat sangat takkanlah dia punya Instagram sampai 25.3 juta. Kalau dia jahat orang tak follow dia.”
“Dia punya Facebook 18.9 juta dan Twitter 12.4 juta. Statistik menunjukkan bahawa dia seorang pemain yang popular.”
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sasaran pelancong yang datang ke Malaysia bukanlah dari Sepanyol tetapi dari negara Asia.
“Bukan kita nak iklan sangat di Sepanyol, yang pentingnya ialah 445 juta penonton yang akan lihat disiarkan di negara China dan juga Asia 225 juta penonton. Secara keseluruhannya kita dapat 800 juta lebih penonton yang mengikut permainan bola sepak La Liga itu.
“Yang penting kita nak ramai pelancong daripada Asia, China, Macau, Hong Kong datang kepada kita, dan kita boleh sampai kepada mereka,” jawab Nazri.
Nazri Aziz Gembira dengan lantikan Suarez
Menteri Pelancongan dan Budaya Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz jelas gembira dengan perjanjian tersebut dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Luis Suarez.
“Sebagai seorang hero kepada masyarakat alaf baru, Suarez telah menjadi inspirasi kepada jutaan peminat dan kami amat berharap dengan status beliau sebagai muka depan pelancongan Malaysia mampu memberikan pendedahan kepada penduduk luar mengenai destinasi tropika yang ada di Malaysia dan mampu menarik minat warga asing untuk merasai nikmat melancong di sini.”
Beliau turut berkata kerjasama yang dimeterai ini adalah sebahagian dari usaha Tourism Malaysia untuk mempromosi dan meningkatkan permintaan bagi melancong ke Malaysia dari pasaran utama dunia, dan pada masa yang sama cuba menarik minat orang muda supaya berkunjung ke Malaysia.
Suarez adalah pemenang dua kali kejuaraan La Liga dan turut mempunyai satu medal juara Liga Juara-Juara Eropah. Ketika bercakap mengenai perlantikan ini, Suarez amat berbangga dan bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, dimana beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, disamping pantai dan pulau yang indah.
“Saya amat teruja dan tidak sabar untuk melalui perjalanan ini dalam memperkenalkan negara Malaysia yang eksotik kepada seluruh dunia, ditambah pula negara ini kaya dengan budaya dan warisan kepada seluruh peminat saya dan berazam untuk menjadikan mereka sebagai peminat Malaysia.”
Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich berkata pihak La Liga dan Tourism Malaysia telah bekerjasama lebih setahun untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan rasmi La Liga di benua Asia.
“Usahasama ini telah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi selepas pengiktirafan dari bintang bolasepak dunia, Luis Suarez. Bintang Barcelona ini amat popular di Asia dan kami sangat yakin jenama pelancongan yang hadir melalui Suarez akan mampu menarik pelancong asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka dan merasai apa yang ditawarkan Malaysia sebagai ‘Truly Asia’.”
Sumber : NST