Luis Suarez Dijangka Akan Kembali Menyertai Bekas Kelabnya Pada Musim Panas Ini

Luis Suarez pada ketika ini merupakan pemain bebas ejen selepas kontraknya bersama Atletico Madrid tamat pada musim panas ini.

Beliau pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk kembali menyertai bekas kelabnya, Nacional dengan Suarez bakal melengkapkan perpindahan semula beliau menyertai kelab dari negara asalnya itu.

Suarez dikatakan sudah mengadakan rundingan bersama bekas kelabnya itu dan hasil rundingan tersebut dikatakan sangat positif.

Luis Suarez memulakan karier senior beliau di Uruguay bersama Nacional dengan beliau turut sempat membuat 27 penampilan bersama gergasi Uruguay itu.

Beliau kemudiannya telah ditandatangani oleh kelab dari Eredivisie, Groningen dengan beliau berjaya menjaringkan 12 gol di sana.

Laporan terbaru menyatakan yang beliau kini sedang mempertimbangkan untuk kembali ke kelab di mana beliau memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Presiden Nacional, Jose Fuentes berada di Sepanyol pada awal minggu ini untuk berunding dengan pemain penyerang legenda itu.

Seandainya Suarez melengkapkan perpindahan menyertai Nacional, beliau jelas sekali bakal berpotensi untuk mendapat tempat dalam skuad utama mereka.

Ia satu hal yang sememangnya sangat Suarez perlukan pada ketika ini, apa lagi ketika memikirkan yang beliau mahu memastikan beliau mendapat minit permainan yang mencukupi menjelang bermulanya Piala Dunia Qatar nanti.

Suarez meninggalkan Atletico Madrid pada musim panas ini selepas beliau menghabiskan kariernya selama dua tahun bersama skuad kendalian Diego Simeone itu.

Sepanjang kariernya bersama Atletico, antara detik yang paling diingati adalah ketika beliau meledak gol ke-21 beliau untuk Atletico menjuarai saingan Premier League musim 2020/21.

Bukan hanya di Sepanyol sahaja tempat pemain veteran itu pernah mencipta nama, dengan beliau turut dianggap sebagai antara penyerang terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Beliau merupakan antara legenda Liverpool dan telah mencipta pelbagai rekod yang sungguh menakjubkan bersama kelab dari Merseyside itu.

Beliau dianggap sebagai legenda kelab selepas kejayaannya menjaringkan 82 gol dari 133 penampilan bersama skuad The Reds itu.

Walau beliau sudah menyertai Barcelona dan Atletico Madrid, namun harus diakui yang nama beliau akan sentiasa ada dalam hati para penyokong Liverpool.

Laporan terbaru telah mencadangkan yang pemain berusia 35 tahun itu telah ditawarkan untuk beraksi bersama gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund.

Hal itu mula disebut-sebut selepas pemain bernombor 9 kelab, Sebastian Haller terpaksa meninggalkan padang latihan kelab kerana masalah kesihatan.

Ditambah pula dengan pemergian Erling Haaland, hal menyedihkan itu memaksa Borussia Dortmund untuk memburu pemain penyerang klinikal bagi menghadapi saingan musim baharu nanti.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sehingga kini, ke mana sebenarnya destinasi pilihan Luis Suarez pada musim baharu ini dengan beliau kini masih belum membuat sebarang keputusan berkait masa depannya.

Beliau bebas untuk menyertai mana-mana sahaja pasukan yang beliau mahukan kerana beliau ketika ini tidak terikat.

Jelas sekali Luis Suarez masih mempunyai potensi untuk menjadi penjaring terbanyak dan sudah tentu mana-mana kelab yang berjaya mendapatkan khidmatnya, bakal berpuas hati dengan apa yang akan beliau sumbangkan.

Ketajaman beliau di hadapan gol tidak perlu diragukan lagi kerana Suarez sememangnya mempunyai kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Selain Nacional dan Borussia Dortmund, terdapat beberapa kelab lain lagi yang turut berminat mahu mendapatkan khidmatnya pada musim baharu nanti.

Walau bagaimanapun, beliau sudah tentu mahu mencari kelab yang boleh menjanjikan minit permainan, kerana beliau mahu beraksi untuk skuad Uruguay di pentas Piala Dunia nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemilik Liverpool Persoal Tindakan Coutinho & Suarez Tinggalkan Anfield Untuk Sertai Barcelona