Luka Modric Selar Media Inggeris Sebagai Angkuh Dan Sombong Amat

Ketua pasukan Croatia, Luka Modric tanpa berselindung dan penuh berani telah menyelar media Inggeris dengan menggelarkan mereka sebagai Angkuh dan sombong amat.

Pasukan England seperti biasa merupakan pasukan kegemaran ramai dan dijangka akan mencatatkan kemenangan ke atas Croatia dalam perlawanan pertama mereka di Euro 2020.

Populariti pasukan baginda ratu ini melonjak-lonjak kerana kekuatan kuasa media bola sepak Inggeris yang menjadi rujukan media seluruh dunia.

Premier League merupakan liga bola sepak paling popular di dunia dan hak penyiaran yang diraih setiap pasukan bertanding hampir mencecah 100 juta pound raheem sterling.

Lelaki Croatia bernama Luka Modric nyata tidak gentar dengan kuasa media yang dipunyai oleh skuad Tiga Singa apabila melabel media Inggeris termasuklah wartawan dan pengulas sebagai angkuh.

“Keangkuhan ini tidak banyak berhubung kait dengan pemain tetapi orang sekeliling media itu termasuklah wartawan dan juga pengulas.”

Ini bukanlah kali pertama, Luka Modric secara solo dan beraninya lantang mengutuk media Inggeris. Ini pernah terjadi tiga tahun lalu selepas England tewas kepada Croatia di separuh akhir Piala Dunia 2018.

Selepas berjaya mara ke final Piala Dunia 2018, Luka Modric mengakui bahawa beliau mendapat motivasi daripada keangkuhan orang Inggeris.

“Wartawan Inggeris, pengulas dari televisyen, mereka telah memandang rendah Croatia dan itu merupakan kesilapan yang besar.” Ujar Modric kepada ITV.

“Mereka sepatutnya lebih merendah diri dan menghormati lawan.”

“Semua perkataan dari mereka kami telah. Kami baca dan kami berkata ‘Ok, hari ini kita akan lihat siapa akan penat’.”

Selepas kekalahan England di kaki Croatia di separuh akhir Piala Dunia 2018, Luka Modrid dan rakan-rakan telah mengepalai serangan ke atas media Inggeris dan di Croatia pula atas semangat kebangsaan Media di negara Croatia juga tidak melepaskan peluang untuk menghentam England.

Sebabnya sama kerana Kebanyakkan media Inggeris telah membuat propaganda bahawa England akan ke final dan muncul juara memperkecilkan Croatia seperti Croatia ini tiada kaki.

Disebabkan rasa kurang hormat dan angkuh inilah England pula menjadi bahan media Croatia.

Walaupun dilabel sebagai ‘dark horses’ pada Piala Dunia musim panas di Russia tiada siapa memberi perhatian serius bahawa Croatia akan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Croatia membuktikan bahawa mereka pasukan bawah anjing (underdog) yang terulung.

Croatia tidak perlu bermain seperti kebanyakkan pasukan bawah anjing yang lain yang mengamalkan corak bertahan yang tidak tahan mata melihat tetapi mereka mempamerkan aksi yang tersusun dan menyerang serta menarik sama seperti zaman kegemilangan The Red Warriors.

The Guardian telah memantau dan mengambil sikap ingin tahu apa yang dilaporkan oleh akhbar yang wujud di Croatia dan ternyata mereka sangat gembira melaporkan kekalahan England di kaki Croatia pada perlawanan separuh akhir.

Lihat bagaimana teriakan Inggeris selepas kalah kepada Croatia

Sebuah laman web terkemuka Croatia yang dikenali sebagai Vecernij dengan megah dan angkuhnya memaparkan tajuk berita seperti :

“Bola sepak bukan akan pulang” “Keangkuhan memukul mereka kembali” dan “Inggeris ialah orang yang marah apabila kalah”.

—-

“Football’s not coming home” “The arrogance hit them back” and “The English are sore losers”.

Malah portal atas talian terkemuka itu telah meletakkan kapsyen yang sedap di gambar pemain England yang menangis.

“Lihat bagaimana teriakan Inggeris selepas kalah kepada Croatia”

—-

“Look how the English cry after losing to Croatia”

Vecerni list : Croatia bermain bola paling sedap atas planet ketika ini.
24 Sata : Kau tak bermimpi, ini realiti.

Sementara itu Joska Jelicic yang merupakan seorang pengulas di stesen penyiar kebangsaan Croatia, HRT telah membuat satu kenyataan yang agak sedap.

“England tidak mempunyai sebab untuk menangis, mereka tewas kepada juara dunia untuk masa depan.”

“Kami bermain dengan penuh kematangan, Orang Inggeris menyangka kami pasukan yang lemah.”

Manakala bekas pemain kebangsaan Croatia yang menjadi tonggak utamap pasukan Piala Dunia 1998 hingga mara ke separuh akhir, Robert Prosinecki berkata :

“Kami telah membunuh lelaki Inggeris pada separuh masa kedua.”

Kerana memandang rendah dan tidak memberikan penghargaan secukupnya sehingga membuatkan Croatia rasa terhina nyata telah memakan diri media England dan akibatnya pasukan England menjadi mangsa.

BACA:  Sejarah Membuktikan Juara Kejohanan Jarang Menyinar di Peringkat Kumpulan