Video Analisis: Assists Menakjubkan Luka Modric Ketika Bertemu PSG

Luka Modric memainkan peranan cukup penting dalam membantu Real Madrid menewaskan Paris Saint Germain di Santiago Bernabeu kemarin.

Bintang Croatia itu pamer aksi menakjubkan ketika membantu Los Blancos melakukan comeback, seterusnya menyingkirkan PSG dari saingan Champions League musim ini.

Di usia 36 tahun, Luka Modric masih mampu beraksi cemerlang dalam perlawanan besar dan beliau turut dianggap sebagai antara pemain terbaik yang memimpin Real Madrid untuk tewaskan PSG 3-1 dalam aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Para peminat semua sedia maklum yang Luka Modric sememangnya senantiasa memiliki vision, kawalan bola dan kreativiti yang sungguh menakjubkan.

Ketika aksi bertemu Real Madrid kemarin, beliau menunjukkan aksi sebenar midfield masterclasses ketika mencipta assists untuk gol kedua Karim Benzema dalam perlawanan tersebut.

Aksi hebat beliau ketika itu telah ditunjukkan oleh salah seorang pengguna twitter bernama @MrJason020, yang menyediakan analisis khas tentang bagaimana hebatnya pemain midfield itu mencipta gerakan yang mampu menghasilkan gol kedua Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, klip tersebut menunjukkan bagaimana beliau awalnya memerhati sekitar padang, di mana pemain PSG berada dalam usahanya untuk melindungi bola.

Dengan Neymar mendominasi di sudut sayap sebelah kiri, Modric mengesan Messi menanti hantaran di dalam dan menunggu bintang Brazil itu melepaskan diri dari dua pertahanan Real Madrid sebelum melorongkan bola kepadanya.

Membaca gerakan itu, beliau segera memintas bola tersebut sebelum ia sampai ke sasaran dan beliau kemudiannya segera membawa bola lari ke atas dengan kelajuan yang sungguh mengagumkan.

Ketika sedang bergerak, beliau sekali lagi dilihat sempat melihat sekeliling mencari ruang sesuai sebelum menghantar bola mencari Vinicius Jr yang menanti di sudut sebelah kiri.

Vinicius Jr kemudiannya berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain lawan dan membawa bola bergerak masuk ke kotak penalti namun pergerakan beliau semakin perlahan selepas pemain midfield dan sayap PSG mula mengawalnya.

Beliau kemudian menghantar semula bola kepada Luka Modric yang kemudiannya terus melakukan hantaran menakjubkan mencari Karim Benzema di dalam kawasan PSG.

Pemain kebangsaan Perancis itu kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk gol kedua Real Madrid dalam perlawanan ini, seterusnya mengikat aggregate menjadi 2-2.

Di bawah merupakan video analisis bagaimana pergerakan serta kehebatan Luka Modric dalam mencatatkan assists untuk gol kedua Karim Benzema itu.

Bagaimana beliau boleh mengagak arah bola dari jentera serangan PSG sebelum memintas bola tersebut sememangnya satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Para peminat yang menonton video tersebut turut menyatakan keterujaan masing-masing dan memuji Modric sebagai antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

“Di usia 36 tahun dia masih boleh jadi pemain penting dan menyerlah dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini. Memang sungguh menakjubkan.”

“Macam mana dia boleh terfikir arah bola tu pergi dan mampu untuk pintas bola tu? Dan dia juga boleh nampak Vinicius lebih berpotensi untuk menyerang dan terus menghantar bola ke sayap.”

“Iya Benzema jaringkan tiga gol bawa kita ke suku akhir, tapi jangan pernah lupa persembahan hebat Luka Modric. Berikan kontrak seumur hidup kepada dia.”

“Saya rasa dia jauh lebih hebat berbanding mana-mana pemain muda lain dalam dunia bola sepak hari ini. Di usia veteran dia boleh beraksi sehebat ini. Memang menakjubkan.”

“Saya speechless melihat persembahan dia, sungguh luar biasa menakjubkan. Persembahan yang sungguh mengagumkan.”

Real Madrid berjaya menewaskan Paris Saint Germain dengan keputusan 3-1, seterusnya mara ke peringkat suku akhir dengan aggregate 3-2.

Hal ini jelas sekali akan sangat menggembirakan Carlo Ancelotti memandangkan masa depan beliau bersama kelab masih lagi samar-samar pada ketika ini.

Sumber: GMS

BACA:  Mendes: Kemenangan Modric Mengarut, Patut Ronaldo Yang Menang Pemain Lelaki Terbaik UEFA