Lihat Sentuhan Magis Modric Jaringkan Gol Kelas Dunia Lawan Scotland

Luka Modric membuktikan dirinya masih lagi mampu menghasilkan sentuhan luar biasa dengan permainan individu luar biasa ketika membantu Croatia menewaskan Scotland pada awal pagi tadi.

Detik magis dari Modric tiba ketika kedudukan terikat 1-1. Bermula dengan sentuhan cantik Bruno Petkovic yang menghantar bola kepada Modric.

Magis Modric

Modric yang berlari di sebelah hujung kotak penalti kemudiannya menamatkan gerakan dengan penyudah berkelas dunia melalui rembatan sebelah luar kaki yang menghasilkan lencongan menuju penjuru atas gawang.

Ia penyudah yang dikategorikan genius dari pemain tengah Real Madrid itu.

Pemenang Ballon d;Or berusia 35 tahun itu kini menjawab kritikan yang kepada beliau apabila berjaya membawa Croatia layak ke pusingan kalah mati Euro 2020 ini.

Ivan Perisic kemudian menjadikan kedudukan 3-1 dengan tandukan, dan perlawanan ini terus dikawal oleh Croatia tanpa memberi peluang Scotland untuk bangkit.

Pada awal permainan Nicola Vlasic meletakkan Croatia awal di hadapan, namun Callum McGregor berjaya menyamakan kedudukan sebelum babak pertama berakhir.

Scotland kini sah mengucapkan selamat tinggal kepada Euro 2020.

Menjadi pemain pertama memecah dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah Ballon d’Or pada 2018 bukan satu kebetulan. Jika fizikal Cristiano Ronaldo terkenal dengan persamaannya dengan atlet pelari pecut dan Lionel Messi kelajuannya, Modric pula mempunyai fizikal ibarat budak sekolah.

Mempunyai visi yang cemerlang, kreativiti di bahagian tengah dan skil teknikal luar biasa – ini sekaligus ‘menyorok’ kelemahan fizikal beliau yang pendek dan perlahan. Maka tak hairanlah beliau mendapat gelaran sebagai ‘The Croatian Wizard’.

Bukan sebarang kecil

Kerana saiz badan yang kecil, Modric pernah ditolak untuk menyertai kelab bola sepak yang disokong sejak kecil, Hajduk Split.

Pernah berasa putus asa dan ingin berhenti bermain bola sepak selepas penolakan tersebut, Basic adalah individu yang mengembalikan keyakinan Modric sehingga pemain tersebut diterima menyertai seteru kepada Hajduk Split iaitu Dinamo Zagreb.

Ia sebenarnya adalah usaha dari Basic yang memastikan perpindahan ke Zagreb direalisasikan. Melalui perjanjian bersama Zdravko Mamic (bekas pengarah eksekutif Dinamo Zagreb), Modric dibenarkan untuk menyertai Zagreb pada usia 15 tahun.

Seperti Hajduk Split, Dinamo Zagreb turut kurang yakin dengan kemampuan Modric. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab Bosnia dan Herzegovina, Zrinkski, sebelum kembali ke Zagreb untuk menyertai Inter Zapresic.

Dua kelab yang disertai secara pinjaman, Modric membuktikan kebolehannya. Tidak teragak-agak lagi, Dinamo Zagreb mengikat Modric dengan kontrak selama 10 tahun.

Hasil pendapatan pertama bersama Dinamo, Modric membelikan sebuah unit pangasapuri di Zadar untuk keluarganya sekaligus mengakhiri status pelarian kepada keluarganya.

Kita semua tahu perjalanan Modric selepas itu. Cemerlang bersama Dinamo Zagreb dan Croatia, Modric kemudiannya menyertai Tottenham Hotspur.

Anugerah Pemain Terbaik UEFA

Anugerah pemain terbaik UEFA yang diterima Modric adalah pengiktirafan terbaik yang pernah diterima oleh Modric secara individu.

Diundi oleh 50 wartawan bola sepak terkenal eropah, dan 80 jurulatih yang tampil di pertandingan UEFA Champions League dan UEFA Europa League pada musim lalu, Modric menidakkan bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi untuk anugerah tersebut.

Menurut UEFA, anugerah yang diserahkan di majlis gala yang diadakan di Monaco itu dinilai berdasarkan pencapaian dan prestasi pemain di peringkat domestik, eropah, dan juga Piala Dunia yang lalu.

Penutup

Empat kejuaraan UEFA Champions League (UCL) bersama Real Madrid cukup untuk menjelaskan bakat istimewa pemain ini.

Tahun 2018, adalah tahun yang istimewa buat bekas pelarian Balkan ini. Mungkinkah Euro 2020 juga akan jadi pentas buat Modric dan Croatia?

BACA:  Modric Dibenarkan Berpindah Jika Real Madrid Terima Tawaran Bernilai €750 Juta