Modric Dibenarkan Berpindah Jika Real Madrid Terima Tawaran Bernilai €750 Juta

Kecil saja nilainya, hanya €750 juta atau 3.56 bilion Ringgit Malaysia. Itulah jumlah yang harus dibayar kepada Real Madrid jika terdapat kelab yang memasang niat untuk memancing pemain terbaik Piala Dunia 2018, Luka Modric.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menepis segala spekulasi yang mendakwa Modric akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada tirai perpindahan kali ini. Perez juga menambah kelab yang berminat perlu membayar klausa pelepasan pemain dalam kontrak Modric yang telah ditetapkan pada nilai  €750 juta.

Modric membuktikan kemampuan beliau sebagai pemain tengah terbaik dunia ketika ini apabila mengetuai Croatia layak sehingga perlawanan akhir Piala Dunia 2018, sebelum dikecewakan Perancis.

RM 3.56 bilion. Itu jumlah yang dpinta Florentino Perez kepada kelab yang berminat untuk mendapatkan Modric. Jual Modric dah boleh cover hutang IMDB

Persembahan yang dipamerkan pemain berusia 32 tahun itu sepanjang berada di Russia sudah cukup untuk melayakkan beliau memenangi anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018, anugerah yang diberikan kepada pemain terbaik kejohahan tersebut.

Berikutan prestasi cemerlang Modric, beliau telah menarik minat beberapa kelab utama Eropah dan Inter Milan dilaporkan sangat berminat untuk memancing Modric ke Serie A. Inter berharap Modric akan mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dengan berpindah ke Itali.

Pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018. Beliau memang berhak

Walaubagaimanapun, harapan Inter untuk melihat Modric menyarung jersi mereka terpadam apabila Perez meletakkan harga yang tidak masuk akal bagi sesiapa yang ingin membeli Modric.

“Modric hanya akan berpindah sekiranya kami menerima tawaran berjumlah  €750 juta.” Ujar Perez kepada pemberita.

“Untuk Inter Milan mendapatkan Luka Modric, mereka perlu membayar jumlah klausa pelepasan pemain tersebut yang bernilai €750 juta. Tidak boleh kurang satu sen pon.”

Bekas pemain Tottenham Hotspurs itu masih lagi bercuti selepas terlibat dalam Piala Dunia dan hanya akan kembali menjalani latihan bersama skuad utama pada minggu depan. Modric masih mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Real Madrid yang hanya akan tamat pada Jun 2020.

Real Madrid tidak akan melepaskan dua pemain berpengaruh mereka pada satu masa dan selepas membenarkan Ronaldo berhijrah ke Juventus, mustahil untuk kita lihat Modric melakukan perkara yang sama.

Tindakan bunuh diri jika Real Madrid lepaskan Modric dalam tirai perpindahan kali ini

Jawapan Perez mengenai Modric dilihat telah membantutkan usaha Inter Milan untuk membawa masuk dua pemain tengah terbaik dunia ketika ini ke dalam pasukan mereka. Seorang lagi pemain yang menjadi sasaran Inter adalah pemain antarabangsa Chile, Arturo Vidal.

Vidal yang beraksi untuk Bayern Munich dijangka menolak peluang untuk menyertai Inter walaupun kedua-dua kelab telah bersetuju mengenai yuran perpindahan. Ini kerana Vidal turut menerima tawaran daripada Barcelona dan perpindahan ini dijangka bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

BACA:  Genap 9 Tahun Zidane Menanduk Materazzi, Siapakah Zidane?