Luka Modric Diberi Standing Ovation Oleh Penyokong Argentina

Pemain legenda hidup, Luka Modric telah diberi standing ovation (tepukan gemuruh sambil berdiri) oleh penyokong yang hadir termasuklah penyokong Argentina selepas dikeluarkan pada minit ke-81.

Walaupun mengenepikan khabar angin mengenai masa depan antarabangsanya, Modric menerima tepukan gemuruh dari segenap penjuru Stadium Lusail ketika dia meninggalkan padang semasa kekalahan separuh akhir Croatia kepada Argentina.

Sebaik sahaja pegawai itu mengangkat papan gantian mereka, sebahagian besar peminat memutuskan untuk menepuk tangan mereka bersama-sama untuk Modric, yang kelihatan beremosi ketika dia berjalan ke arah bangku simpanan.

Lovro Majer menggantikan pemain nombor sepuluh Croatia dan tidak lama kemudian di media sosial ramai memuji kehebatan pemenang Ballon d’Or 2018 yang sentiasa menghiburkan mereka selama ini.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu, yang telah membuat 160 penampilan untuk Croatia sejak membuat penampilan sulung menentang Argentina pada 2006, berkata dia tidak akan bersara selepas kejohanan musim sejuk ini.

“Tidak, saya tidak akan meninggalkan pasukan kebangsaan. Saya rasa sangat cergas, sangat baik dan saya akan kekal di sini sehingga saya boleh.”

” Tiada sebab untuk bersara. Ini pilihan saya. Orang berkata saya harus pergi dan fokus pada bola sepak kelab. Saya tidak setuju.”

Selepas perlawanan, Modrid telah mengutuskan ucapan tahniah dan menitipkan selamat maju jaya kepada Messi di perlawanan akhir.

“Tahniah dan saya ucapkan selamat maju jaya di final kepada Messi. Dia sedang melalui kejohanan yang menakjubkan dan dia menunjukkan kehebatannya.”

Selepas perlawanan dapat dilihat Angel Di Maria hadir untuk menenangkan Modric dan memberi kata-kata semangat dan motivasi.

Ketika membawa diri ke terowong untuk memasuki bilik persalinan, Sergio Aguero menyapa dan menenangkan Modric yang jiwa kacau teruk.

Namun ramai yang mungkin tidak mengetahui jiwa pahlawan yang ada dalam diri Modric sejak kecil lagi.

Di usia 6 tahun, kehidupan Luka Modric telah diuji dengan satu dugaan yang sangat berat, di mana datuknya telah ditembak mati oleh pemberontak di kawasan rumahnya.

Luka Modric dan keluarganya kemudian terpaksa melarikan diri dan berpindah ke sebuah hotel pelarian di persisir kota Zadar, tempat di mana peperangan masih berlarutan selepas rumahnya hangus di bakar.

Dalam tempoh beberapa tahun, beliau hidup di kawasan peperangan dan membesar dengan bunyi letupan bom yang diletupkan ketika peperangan semakin memuncak.

Gambar Modric ketika kanak-kanak

Namun itu semua langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau terus mengejar impian dan cita-citanya. Malah penderitaan yang dialaminya ini dijadikan pembakar semangat.

Sepanjang tempoh tersebut, ribuan bom tangan jatuh di bandar tempat beliau tinggal, namun bola sepak merupakan jalan untuk terselamat dari realiti perang.

Jurucakap Kolovare Hotel, yang mana tempat kediaman Modric ketika kanak-kanak pernah menceritakan bahawa:

“Kaca tingkap hotel lebih banyak dipecahkan oleh dia berbanding terkena bom. Dia tak berhenti main bola sepak di seluruh kawasan terbuka hotel.”

Dalam dunia bola sepak, Modric turut berdepan kesukaran yang mana jurulatih menganggap beliau terlalu lemah dan pemalu untuk bermain bola sepak.

Tapi seperti apa yang peminat semua tahu, karier beliau telah berkembang dan terus berkembang hingga sampai di tahap yang begitu istimewa.

Selepas tahun pertama beliau berjaya dalam dunia bola sepak, Modric telah membeli sebuah rumah flat untuk keluarganya di Zadar hasil pendapatan beliau bermain bola sepak.

Tidak lama selepas itu, beliau berjaya menjadi pemain terbaik untuk Dinamo Zagreb dan kehidupan Luca Modric mula berubah ke arah yang lebih positif.

Tiga tahun selepas itu, Luka Modric telah menandatangani perjanjian bersama Tottenham Hotspur dan beraksi dalam saingan Premier League.

Beliau terus menunjukkan kehebatan dan bakat yang dimiliki hingga berjaya menarik minat kelab gergasi Eropah, Real Madrid.

Beliau menikmati karier yang sungguh gemilang bersama Real Madrid dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain midfield terhebat dunia.

Beliau juga berjaya menjadi satu-satunya pemain yang mampu pecahkan dominasi Messi dan Ronaldo sebagai pemenang Anugerah Ballon D’or dalam tempoh sedekad pada tahun 2018 yang lalu.

Beliau sememangnya konsisten dalam menjadi watak penting yang membantu Real Madrid mencapai pelbagai kejuaraan termasuk tiga Champions League berturut-turut di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Satu lagi kejayaan manis dalam karier Modric, beliau berjaya membawa Croatia ke aksi perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.

Yang mana ketika itu beliau merupakan ketua pasukan dan nadi penting Croatia dan kerana itulah beliau telah dipilih sebagai pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2018.

Tidak dinafikan, Luka Modric boleh lah dianggap sebagai pemain terhebat Croatia yang pernah menghiasi dunia bola sepak.

Dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliau sebagai salah seorang midfield terhebat dunia yang menghibur peminat di pentas bola sepak Eropah.

Kisah yang sungguh berinspirasi, dari seorang pelarian perang, berjaya memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun 2018 sekaligus memecahkan dominasi dan duopoli selama sedekad, Cristiano Ronaldo dan Lionel.

Empat tahun berselang di Piala Dunia 2022, Luka Modric tampil di Piala Dunia yang mungkin buat kali terakhir dalam karier bola sepaknya sebagai pemain dan membimbing Croatia sekali lagi mara ke separuh akhir.

Modric gagal ke final namun Modric juara di hati rakyat!

BACA:  Luka Modric Mugkin Dihumban Ke Penjara Kerana Berbohong