Detik Penuh Emosi Luka Modric Selepas Menerima Penghormatan Rakan Sepasukan

Pemain tengah terbaik dunia, Luka Modric melalui satu detik penuh emosi selepas menerima penghormatan daripada rakan sepasukannya di pasukan kebangsaan Croatia yang memberi satu atau tepukan gemuruh.

Standing ovation merupakan satu bentuk tepukan di mana anggota penonton yang duduk akan bangkit berdiri sambil bertepuk tangan selepasmenyaksikan persembahan luar biasa sebagai tanda pujian atau penghormatan yang sangat tinggi.

Croatia membawa kembali kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 ke landasan yang betul dengan kemenangan 1-0 ke atas Cyprus selepas tewas perlawanan pertama kepada Slovenia.

Kejayaan menewaskan Cyprus dan meraih tiga mata pertama cukup untuk pasukan Croatia meraikan pemain legenda mereka Luka Modric.

Pemain tengah Real Madrid itu telah mencipta rekod sebagai pemain paling banyak memegang cap bersama Croatia dengan mengumpul 135 penampilan.

Luka Modric telah memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh Darijo Srna yang membuat 134 penampilan bersama Croatia.

Selepas perlawanan rakan sepasukan Modric meraikan beliau dengan satu standing ovation dan memberikan sebiji kek yang dicacah dengan nombor 135.

Luka Modric nyata sebab dan terharu dengan penghargaan rakan sepasukannya dan gagal mengawal emosi lalu telah menyeka air mata jantan beliau.

Dengan penampilan 135 bersama Croatia, Modric kini berada di kedudukan ke-70 dalam senarai pemain paling banyak memegang cap dalam bola sepak lelaki.

Kedudukan ini dikongsi pemain berusia 35 tahun itu bersama dengan Ali Al-Habsi (Oman), Waledd ALI (Kuwait) dam Noel Valladares (Honduras).

Perlawanan mennetang Malta pada rabu akan menjadi perlawanan ke-136 Modric dan menyamai penampilan yang dibuat oleh Fabio Cannavaro (Itali) dan Alexis Sanchez (Chile).

Luka Modric merupakan pemain pertama yang memecahkan duopoly Cristiano dan Lionel Messi yang hampir sedekad bersilih ganti menjadi pemenang anugerah bola emas Ballon d’Or.

Ballon d’Or Milik Luka Modric

Ketua pasukan Croatia dan perancang Real Madrid, Luka Modric sekali lagi berjaya memecahkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia apabila berjaya meraih anugerah Ballon d’Or anjuran France Magazine.

Sebelum ini Luka Modric telah menamatkan penguasaan Ronaldo dan Messi di FIFA Football Awards bagi anugerah The Best FIFA Men 2018 pada bulan September yang lalu.

Dalam tempoh 10 tahun ini pemain terbaik dunia hanya menjadi milik sama ada Ronaldo atau Messi, manusia terakhir yang menjadi pemenang sebelum Modrid adalah Kaka yang kini sudah menjadi penyanyi di Malaysia.

Ballon d’Or merupakan anugerah dari France Football magazine kepada pemain terbaik sejak 1956 dengan menyenarai pendek 30 pemain untuk calon akhir.

Kemudian untuk undian peringkat akhir berada ditangan wartawan seluruh dunia dari setiap negara. Akhirnya Luka Modric muncul pemain Croatia pertama memenangi Ballon d’Or.

Pencapaian Luka Modric

  • Ketua pasukan Crotia yang membawa Crotia ke final Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.
  • Pemenang kasut emas di kejohanan Piala Dunia 2018, Russia.
  • Membantu Real Madrid menjulang Champions League dan FIFA Club World Cup.
BACA:  Luka Modric Mugkin Dihumban Ke Penjara Kerana Berbohong