Lukaku Dedikasikan Gol Jaringannya Untuk Christian Eriksen

Romelu Lukaku mendedikasikan gol dan persembahan beliau ketika aksi bertemu Rusia, untuk rakan sepasukannya di Inter Milan, Christian Eriksen.

Bintang Denmark itu tumbang ketika sedang beraksi bertemu Finland awal pagi tadi, seterusnya menimbulkan kebimbangan para peminat seluruh dunia.

Perlawanan tersebut turut ditangguhkan dan sebaik Eriksen sedar, perlawanan tersebut kembali bersambung dan diteruskan seperti biasa.

Ketika Lukaku yang sedang beraksi bersama Belgium mendengar berita tersebut dan selepas menjaringkan gol, beliau terus meluru ke arah kamera dan menjerit:

“Chris, I Love you.”

Beliau jelas mendedikasikan gol tersebut dan memberi gambaran yang hati dan fikirannya hanya untuk rakan sepasukannya itu.

Ketika aksi babak pertama pertemuan Denmark bertemu Finland, Eriksen dengan tiba-tiba jatuh pengsan di tepi padang ketika perlawanan sedang berjalan.

Beliau dengan segera mendapatkan rawatan di atas padang, dengan menerima CPR dan tidak lama selepas itu kembali sedar.

Sebaik Eriksen sedar, beliau terus dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemain midfield Inter Milan itu ketika ini berada dalam keadaan stabil, dan dilaporkan beliau meminta rakan sepasukannya untuk meneruskan aksi kumpulan B.

Finland berjaya menewaskan Denmark 1-0 hasil jaringan Joel Pohjanpalo pada aksi babak kedua permainan.

Walau bagaimanapun, UEFA telah mengumumkan yang anugerah pemain terbaik perlawanan akan diberikan kepada Christian Eriksen.

Untuk Belgium pula, mereka cemerlang menamatkan aksi perlawanan pembukaan dengan menewaskan Rusia 3-0.

Thomas Meunier menggandakan kedudukan untuk Belgium selepas Lukaku terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-10 permainan.

Romelu Lukaku sekali lagi menjadi wira Belgium selepas beliau menjaringkan gol kedua peribadinya seterusnya gol ketiga untuk negaranya pada minit ke-88 permainan.

Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, Lukaku mendedahkan yang beliau mendedikasikan jaringan dan persembahan beliau dalam perlawanan ini untuk Christian Eriksen.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tapi bagi saya perlawanan ini sukar kerana fikiran saya hanya fikirkan rakan sepasukan saya, Christian Eriksen, saya harap dia kembali sembuh dan saya dedikasikan persembahan ini untuk dia.”

Ketika ditanya apa impak persembahan beliau sebaik mendengar berita tersebut, Lukaku menjawab:

“Saya saya menangis teruk, kerana saya takut, jelas sekali kerana bimbang, kami banyak lalui detik hebat bersama dalam tempoh setahun setengah ini, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama dia berbanding keluarga saya, doa saya untuk dia, kekasih dia, dua anak dia dan keluarga dia.”

BACA:  5 Penyerang Paling Mahal Dalam Sejarah Premier League