Senarai Kecederaan Pemain Bola Sepak Yang Paling Teruk

Kecederaan merupakan musuh utama atlet sukan dunia termasuklah para pemain bola sepak yang merupakan permainan paling popular di dunia ini kerana kecederaan boleh meranapkan dan memusnahkan karier pemain bola sepak.

Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) merupakan kecederaan yang paling ditakuti oleh pemain-pemain bola sepak, kerana kecederaan ini mampu menghentikan perjalanan karier masing-masing.

ACL berfungsi sebagai pemegang kepada pergerakan di bahagian lutut dan apabila ia koyak atau putus, pergerakan lutut menjadi amat terbatas.

Selain itu kecederaan patah kaki juga merupakan mimpi ngeri dan lebih malang apabila mengalami kepatahan berganda, lambat diberikan rawatan karier akan terus tamat begitu saja.

Kecederaan berulang-ulang seperti kecederaan buku lali dan sakit belakang umpamanya walaupun tempoh kecederaan singkat namun boleh memberi kesan kepada prestasi pemain.

Siapa lagi pemain yang pernah patah kaki dan mengalami kecederaan teruk ketika perlawanan? Berikut merupakan senarai beberapa pemain tersebut.

Luke Shaw

Pada perlawanan Champions League beberapa tahun lalu, bintang Manchester United yang semakin meningkat naik, Luke Shaw telah mengalami double break di mana kaki kanannya telah patah di dua tempat akibat rempuhan keras pertahahan PSV Eindhoven, Hector Moreno.

Walau bagaimanapun Moreno tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh pengadil perlawanan dan permainan Shaw juga tidak meningkat sejak itu.

Akibat dari kecederaan tersebut, Shaw bakal berehat sekurang-kurangnya enam bulan dan Moreno telah pun meminta maaf kepada Shaw dan Manchester United.

Menurut Hector, dia faham apa yang Shaw sedang alami kerana dia sendiri pernah mengalami kecederaan yang sama ketika Piala Dunia 2014.

Djibril Cisse

Bekas pemain Liverpool ini pernah patah kaki sebanyak 3 kali sepanjang kariernya! Salah satunya ketika bermain untuk Liverpool menentang Blackburn  Rovers pada 2004.

244604

Djibril Cisse telah patah tulang fibia dan tibula ketika cuba merebut bola dari Jay McEveley.

djibril cisse

Cisse mengatakan dia banyak berterima kasih kepada fisio Liverpool kerana tanpa mereka, mungkin dia telah kehilangan kaki kanannya.

Henrik Larsson

Penyerang prolific Sweden ini pernah mengalami kecederaan yang mengancam kariernya. Larsson telah patah kakinya di dua tempat akibat dari asakan Serge Blanc ketika mewakili Inter Milan menentang Lyon pada 1999.

Henrik Larsson broken leg

Kecederaan ini menyebabkannya disisihkan selama hampir lapan bulan, bagaimanapun Larsson kembali musim berikutnya dengan menjaringkan 35 gol dalam 38 perlawanan liga, dan 53 gol dalam kesemua pertandingan dan menaikkan namanya untuk menerima anugerah Kasut Emas Eropah.

Aaron Ramsey

Bintang dalam pembikinan Arsenal pada tahun 2010 telah mengalami satu kecederaan yang mengerikan dalam perlawanan menentang Stoke.

Terjahan keras dari Ryan Shawcross menyebabkan kaki Ramsey patah fibia dan tibula dan menyebabkan kapten Arsenal ketika itu, William Gallas menangis kesenduan.

Aaron Ramsey broken leg

Ramsey selepas itu terpaksa berehat selama 8 bulan. Namun selepas kecederaan itu Ramsey kembali bangkit dan menjadi nadi utama Arsenal dan Wales selepas kecederaan itu.

Eduardo Da Silva

Eduardo sebelum mengalami kecederaan ini merupakan nadi utama pasukan Arsenal. Dia selalu menjaringkan gol-gol yang cantik dan hanya mampu dilihat penjaga gol lawan.

Namun segalanya berubah apabila kakinya diterjah Martin Taylor dalam perlawanan menentang Birmingham. Kakinya patah di tibula kaki kirinya dan buku lalinya tercabut.

Eduardo da Silva

Setahun kemudian, Eduardo kembali bermain namun tidak mampu mengulangi zaman kegemilangannya dan dijual ke Shakhtar Donetsk.

Selepas kecederaan ini karier Eduardo terus keluat. Di hati penyokong Arsenal, Eduardo tetap seorang wira.

Diego Armando Maradona

Selepas Maradona menyertai Barcelona, Maradona disambut sebagai seorang pahlawan. Maradona mengekalkan kecemerlangannya di atas padang sehinggalah peristiwa hitam berlaku.

Dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao, kaki Maradona diterjah keras Andoni ‘Si Pemotong Daging’ Goikoetxea dan mematahkan buku lalinya, menyebabkan Maradona tersisih selama setahun.

Diego maradona broken leg

Sebaik pulih dari kecederaan, Maradona tidak dapat mengulangi kehebatannya di tengah padang dan akhirnya dijual ke Napoli.

Perpindahan ini ternyata menjadi detik kebangkitan Maradona apabila dia membawa Napoli memenangi lima trofi.

Alan Smith

Smith menyertai Manchester United dalam keadaan yang kontroversi dan dicemuh peminat Leeds United, dek permusuhan dua kelab tersebut.

Dalam satu perlawana Piala FA menentang Liverpool, United dalam keadaan ketinggalan satu gold an pada minit ke 88, Liverpool mendapat satu sepakan percuma berdekatan kotak penalti.

alan-smith-7309

Sepakan tersebut diambil John Arne Riise yang melakukan satu rembatan deras.

Dari benteng, Smith keluar menerjah bola dan menyebabkan bola kencang tersebut mengenai kaki kirinya. Akibatnya, Smith patah kaki dan terpaksa berehat enam bulan.

BACA:  Budak Milo Ajax Baling Bola Ke Muka Pemain Roma Kerana Lengahkan Masa