Portugal meneruskan saingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dengan mencatatkan kemenangan ke atas Luxembourg 3-1 selepas peristiwa gol minit akhir tidak dikira yang mencetuskan kontroversi.
bertubi-tubi juga serangan daripada Portugal seawal wisel permulaan dititup oleh pengadil namun gol tidak kunjung tiba.
Luxembourg terlebih dahulu mengejutkan Portugal dengan gol pendahuluan selepas 30 minit permainan berlangsung melalui jaringan Gerson Rodrigues dengan satu sundulan terbang.
Diogo Jota has now been directly involved in eight goals in his five starts for Portugal this season:
⚽️ vs. Croatia
⚽️⚽️🅰️ vs. Sweden
🅰️ vs. Croatia
⚽️⚽️ vs. Serbia
⚽️ vs. LuxembourgDiogoal. pic.twitter.com/mG7Vn15fjw
— Squawka Football (@Squawka) March 30, 2021
Portugal yang dibarisi pemain bintang tidak panik apabila menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalui Diogo Jota juga melalui tandukan.
Bersambung permainan, Portugal tidak menoleh lagi dan tidak memberi peluang kepada Lexembourg.
Pada minit ke-51 Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menjaringkan gol dan kali ini gol disahkan oleh pengadil dan ini merupakan gol ke-103 dalam karier antarabangsanya.
Cristiano Ronaldo has now scored 103 goals for Portugal.
Edging closer to Ali Daei’s record (109). pic.twitter.com/gRgH6dstXr
— Squawka Football (@Squawka) March 30, 2021
Ronaldo berpeluang menjaringkan gol ke-104 apabila pemain Luxembourg membuat aksi kelakar yang bukan-bukan dengan satu hantaran ke belakang.
Dan ketika itu hanya Ronaldo berada dihadapan gawang Luxembourg dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Anthony Moris.
Ronaldo gagal menewaskan Anthony Moris dengan dua percubaan dan kemudian bola datang lagi dan mudah Ronaldo menolak masuk.
415 minutes played since his last international goal.
Cristiano Ronaldo ends his longest goal drought for Portugal since June 2012 😤 pic.twitter.com/4NcwmRvGBm
— B/R Football (@brfootball) March 30, 2021
Gol itu dibatalkan kerana offside dan Ronaldo tidak mengamuk, marah-marah atau tantrum dipadang dengan gol dibatalkan itu.
Ronaldo offside kerana penjaga gol telah keluar dan pemain pemain kedua dari belakang menjadi pemain pertahanan terakhir.
Joao Palhinha melengkapkan permainan kebangkitan Portugal dengan gol ketiga ketika permainan berbaki 10 minit dengan satu tandukan juga.
🇵🇹 8 goals in 5 starts for Portugal.
🔴 6 goals in 12 starts for Liverpool.
𝙒𝙝𝙖𝙩 𝙖 𝙥𝙡𝙖𝙮𝙚𝙧 👊 pic.twitter.com/X0Pl1WDJJU
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 30, 2021
Tiada gol yang mampu ditambah Luxembourg dan Maxime Chanot telah berjaya menambah kad kuning kedua lalu dibuang padang pada minit ke-87.
Portugal berada ditangga teratas kumpulan A selepas tiga perlawanan berkongsi 7 mata bersama Serbia ditangga kedua.
Luxembourg (4-1-4-1): Moris; Jans, Chanot, Gerson, Goncalves Pinto (Martins 65); Martins (Skenderovic 88), O. Thill (S. Thill 58), Barreiro Martins, V. Thill (Deville 58), Rodrigues; Sinani (Muratovic 88)
Subs not used: Bohnert, Dzogovic, Fox, Mahutoic, Rupil, Schon
Portugal (4-3-3): Lopes; Mendes, Dias, Fonte, Cancelo; B. Silva (Palhinha, 68), Sanches, Neves (Oliveira 89); Felix (P. Neto 41), Ronaldo, Jota (R.Silva 68)
Subs not used: Duarte, Jose Sa, Neto, A. Silva, Rafa, Soares