Kerana Dendam & Luka Lama Oleh Ayah, Carrasco Lalui Perlawanan Penuh Emosi Lawan Portugal

Terdapat sebuah kisah dari Yannick Carrasco yang ramai tidak tahu menjelang pertemuan di antara Belgium vs Portugal di ousingan kalah mati Euro 2020.

Perlawanan menentang Portugal itu disifatkan oleh Yannick Carrasco sebagai emosi, kerana dendam dan luka lama.

Ia berkaitan dengan ayahnya yang berasal dari Portugal, dan bagaimana Carrasco berusaha memadam nama ayahnya dari daftar asal nama pemain itu sendiri.

“Saya tidak pernah menyangkanya. Menghapus nama ayah adalah hadiah terbesar dalam hidup saya,” kata Carrasco dikutip dari AS.

Nama asal bintang Atletico Madrid itu sebearnya adalah  Yannick Ferreira-Carrasco. Ia kemudiannya diubah secara perundangan menjadi Yannick Carrasco pada tahun 2015. Ia bukanlah tindakan sembrono yang dilakukannya tanpa berfikir panjang.

Kerana kepahitan kehidupan

Carrasco sudah tentu sangat memahami bahawa menghapuskan nama ayah dari daftar asal dirinya bererti menghapus segala hubungannya dengan ayahnya. Selai itu ia turut menhapuskan segala salasilah diri yang mempunyai pertalian dengan Portugal.

Keputusan tersebut dilakukan karena Carrasco mengalami momen pahit di mana sang ayah meninggalkannya ketika masih berusia tiga tahun.

Akibatnya Carmen Carrasco iaitu ibu Carrasco, terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya seorang diri. Hal inilah yang membuat pemain antarabangsa Belgium itu mempunyai rasa terkilan sehingga ke hari ini.

Anehnya Carrasco tidak pernah mendapat tawaran beraksi bersama Sepanyol, iaitu negara asal ibunya.

Pernah tolak tawaran Portugal

Kerana begitu marah dengan ayahnya, Carrasco pernah berkongsi kisah beliau menolak lamaran untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal.

“Persatuan Bola Sepak Portugal pernah cuba untuk melamar saya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan ketika masih muda. Tetapi saya menolak dan saya hanya mahu bermain untuk Belgium,” jelasnya.

“100% saya hanya akan beraksi untuk Belgium dan saya aka mengajar Portugal atau negara manapun untuk kami memenangi Euro 2020,” ujar pemain itu dengan nada sedikit emosi.

Pertemuan di antara Portugal dan Belgium di pusingan 16 pasukan terbaik adalah antara yang akan menarik perhatian di Euro 2020 ini.

Belgium tampil sebagai pasukan yang menduduki rankin No.1 dunia FIFA. Portugal pula adalah juara bertahan kejohanan.

Karier Carrasco

Carrasco pernah bermain di Liga Super China bersama kelab Dalian Yifang selepas berpindah dari Atletico Madrid pada tahun 2018. Namun, selepas menjalani tempoh selama 18 bulan di China, Carrasco ‘pulang’ semula ke Eropah.

Beliau kemudiannya kembali menyertai Atletico Madrid sehingga kini. Hanya kerana menyatakan niat mahu kembali ke Eropah, Yannick Carrasco telah dikenakan denda serta gantung daripada aktiviti bola sepak oleh Dalian Yifang.

Dalian Yifang memberikan Yannick Carrasco 3 hari untuk menjelaskan denda tersebut. Selain daripada Carrasco, rakan beliau Yu Ziqian juga dikenakan tindakan berat.

Dalian Yifang mengenakan tindakan gara-gara tindakan pemain itu yang dikatakan ttidak profesional sama ada di padang dan di luar padang.

Pengerusi kelab Choi Kang-Hee mengesahkan perkara ini dan menganggap sikap tidak profesional Yannick Carrasco sebagai tidak boleh diterima.

Carrasco seolah-olah mengugut kelab untuk menunaikan janji yang tidak pernah dijanjikan oleh kelab kepada beliau.

Carrasco sebelum ini dengan terbuka menyatakan beliau mahu kembali ke Eropah. Ini kerana Carrasco berpendapat, kelab sudah berjanji untuk melepaskan beliau dalam perpindahan kali ini.

Carrasco bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan beliau tidak selesa dengan suasana di China sehingga membuatkan dirinya mahu kembali ke Eropah.

Beliau berkata, “Saya OK di sini, kelab baik dengan saya, pemain dan peminat juga serasi dengan saya.”

”Semua orang mahu berada dekat di samping keluarga, begitu juga saya yang memilih untuk kembali ke Eropah.”

”Saya fikir ia adalah penyelesaian yang terbaik jika saya pulang ke Eropah selain dapat berada di sisi keluarga, saya juga boleh melakukan perkara yang baik dalam permainan Eropah.”

BACA:  UNL Semi Final: Belgium 2-3 Perancis