James Milner mencuri perhatian peminat yang terhibur melihat beliau mengheret Harvey Elliott ketika bintang muda Liverpool itu terlibat dengan insiden panas bertemu Chelsea.
Harvey Elliott telah terlibat dengan insiden pergaduhan ketika aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup awal pagi semalam.
Liverpool berjaya mencipta sejarah baru dengan menjulang gelarang League Cup kesembilan dalam sejarah kelab, selepas menewaskan Chelsea 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti.
Quick message to Antonio Rudiger:
Don't mess with James Milner ❌ #LFC https://t.co/35w84R9URH
— Empire of the Kop (@empireofthekop) February 28, 2022
Satu hal yang pasti, kedua-dua pasukan berjaya mengubah aura aksi perlawanan akhir Carabao Cup menjadi sehangat aksi perlawanan akhir Champions League.
Para pemain kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang 120 minit perlawanan berlangsung.
Empat gol dibatalkan dan ditambah dengan aksi hebat dari kedua-dua pasukan menjadikan aksi perlawanan akhir yang dilangsungkan di Wembley itu sangat menarik untuk disaksikan.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan seri tanpa jaringan dan pemenang hanya diputuskan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.
Para pemain dilihat sangat terdesak untuk mencatat kemenangan dan mahu menjulang Piala pertama mereka pada musim ini.
Sudah tentu ketika kedua-dua pasukan terdesak mahu mencatatkan kemenangan, sudah tentu aksi permainan juga akan semakin panas ketika hujung-hujung minit perlawanan.
James Milner had to grab Harvey Elliott and walk him away like an angry parent during Liverpool‘s Carabao Cup final win over…#Footballhttps://t.co/KT0UvwH4lF pic.twitter.com/ubLwszKGvh
— Epicentre Sports (@EpicentreSports) February 28, 2022
Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold terlibat dengan insiden panas bersama Kai Havertz di tepi padang, dengan kedua-dua mereka saling bersemuka seperti petarung UFC sebelum berlawan.
Entah bagaimana, ketika kedua-dua mereka baru sahaja dileraikan oleh pengadil perlawanan, Harvey Elliott dengan tiba-tiba muncul lalu menolak Kai Havertz agar menjauhkan diri dari Trent Alexander Arnold.
idk whats funnier, elliot pushing havertz for no reason or milner grabbing him and walking him away like an angry parent pic.twitter.com/x8LtxOUTSQ
— sigmund froib (harvard alumni) (@frob___) February 28, 2022
Kai Havertz dan Antonio Rudiger kemudiannya mula memaki Harvey Elliott dan melihat kepada reaksi kedua-dua mereka, mereka mungkin rasa marah dan terhibur melihat si kecil itu mencari pasal.
Ketika keadaan mulai tegang, Milner tampil menarik dan mengheret Elliott agar menjauhkan diri dari tempat kejadian.
Selepas Milner mengheret Elliott ke tepi, beliau sendiri pula yang terlibat dengan aksi panas dengan pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.
Satu hal yang pasti, James Milner sebenarnya telah menunjukkan ciri kepimpinan yang sejati di situ.
Para peminat sangat terhibur melihat insiden tersebut dan merasakan bahawa mereka seolah-olah melihat Milner seperti seorang bapak yang memarahi anaknya yang nakal ketika mengheret Elliott.
“Saya tak tahu apa yang lebih lawak antara Elliott menolak Havertz tanpa sebab atau aksi Milner heret Elliott sebab nak bergaduh dekat situ.”
“Saya awalnya ketawa melihat Milner tarik Elliott ke tepi macam seorang bapa yang memarahi anaknya, tapi kemudian saya teruja tengok dia ganti tempat Elliott dan berdepan dengan Rudiger. Inilah ketua sebenar.”
Harvey Elliott pushing Havertz away was one of my favorite moments of the game 😭 audacity of the kid, loved it pic.twitter.com/HEIsONV8UL
— 𝑾𝒊𝒍𝒄𝒐🧣 (@KIopptinho) February 27, 2022
“Seorang ayah yang sayangkan anak dia, dia tarik Elliott terlebih dahulu sebelum Elliott kena serang dengan lebih ramai pemain Chelsea.”
“Milner cuba menjadi ayah kepada Elliott dan saya rasa dia dah tunjukkan contoh menjadi seorang ayah yang sangat bertanggungjawab.”
“Saya ketawa melihat Milner segera datang dan seret Elliott sebelum dia pula yang bergaduh dekat situ, betul-betul nampak macam situasi seorang bapak sedang melindungi anaknya.”
Elliott sebelum ini menderita kecederaan ankle yang agak teruk ketika beliau beraksi bertemu Leeds United pada September lalu.
Ramai yang sempat berfikir bahawa beliau mungkin tidak akan dapat beraksi pada musim ini kerana masalah kecederaan tersebut.
Beliau walau bagaimanapun berjaya untuk segera sembuh dan kini sudah kembali diturunkan untuk beraksi bersama skuad utama Liverpool.
Trent and Havertz squaring up and then Elliott, Rudiger and Milner getting involved was wonderful 🤣 pic.twitter.com/DQeYdNFbHY
— JLT 🇺🇦🌻 (@YungSpvnach) February 28, 2022
Ketika aksi bertemu Chelsea semalam, Elliott merupakan antara pemain penting yang membantu Liverpool mencatatkan kemenangan dengan beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti.
Apa yang menariknya, beliau pada awalnya langsung tidak disenaraikan dalam senarai skuad utama, namun kecederaan saat akhir yang menimpa Thiago Alcantara ketika sedang panaskan badan, menyebabkan nama Elliott turut disenaraikan.
Thiago Alcantara sudah disenaraikan untuk berada dalam kesebelasan utama bersama Jordan Henderson dan Fabinho di posisi midfield 10 minit sebelum sepak mula perlawanan.
Namun dek kerana beliau tiba-tiba dibelenggu masalah kecederaan, Jurgen Klopp kemudiannya menurunkan Naby Keita dalam kesebelasan utamanya.
Pouco antes de a bola rolar, a câmera foi buscar o meio-campista do Liverpool, Thiago Alcântara chorando e sendo consolado pelo Alisson. Ele sentiu um problema e foi cortado da final#CarabaoCupFinal pic.twitter.com/LJ0hCeyQFN
— Papo de Boleiros/NEWS 🇧🇷 (@papodeboIeiros) February 27, 2022
Kamera Sky Sports sempat merakam insiden mengharukan yang mana Thiago Alcantara dilihat menangis kerana kecewa tak dapat bermain, sementara Alisson Becker berada disamping beliau untuk memujuknya.
Sumber: SPORTbible