Maghribi Dedikasikan Kemenangan Mereka Kepada Abdelhak Nouri

maghribi nouri

Maghribi telah mendedikasikan kemenangan penuh gemilang mereka di Piala Dunia 2022 ke atas Sepanyol lalu layak ke suku akhir kepada Abdelhak “Appie” Nouri.

Abdelhak Nouri merupakan seorang pemain tengah yang mampu bermain sebagai sayap merupakan produk remaja dari akademi Ajax.

Lantaran bakat bola sepaknya Nouri sempat bermain dua tahun bola sepak senior dengan pasukan simpanan dan pasukan utama. Beliau juga mewakili Belanda di pelbagai peringkat usia belia.

Walaupun beraksi bersama Belanda lantaran lahir di Armsterdam, Abdelhak Nouri berketurunan Maghribi dan menjadi prospek masa depan pasukan kebangsaan Maghribi itu.

Para pemain dan pegawai pasukan Maghribi telah dilihat bergambar dengan jersi tertera nama ‘Nouri’ dan ‘nombor 34’ yang pernah menjadi milik bekas pemain Ajax itu di bilik persalinan.

Malang menimpa, Abdelhak Nouri telah tumbang diserang cardiac arrhythmia semasa perlawanan persahabatan pada tahun 2017 menentang Werder Bremen di Austia dan telah mengalami kecederaan otak yang serius dan kekal daripada kejadian itu.

Kerana kecederaan otak kekal yang dialami Abdelhak Nouri menyebabkan kariernya bola sepaknya terhenti dan tidak mampu untuk bermain lagi dan ketika itu Nouri hanya berusia 20 tahun.

Pemain berusia 20 tahun itu berada dalam keadaan koma dan Ajax mendedahkan lima hari selepas perlawanan bahawa pemain Belanda itu mengalami kerosakan otak yang ‘teruk dan kekal’.

Bekas rakan sepasukannya di Ajax, Justin Kluivert menyifatkan detik melihat Nouri rebah di atas padang sebagai ‘saat terburuk dalam hidup saya’.

Justin Kluivert, yang kini dipinjamkan ke RB Leipzig dari Roma, berada di atas padang bersama Nouri pada hari yang malang itu.

“Itu adalah saat paling teruk dalam hidup saya,” kata Kluivert kepada Goal.com.

“Saya hanya terkejut, saya tidak percaya.”

“Satu saat anda berdiri bersamanya di atas padang dan membuat jenaka dan detik seterusnya semuanya berbeza. Ia berlaku dengan sangat pantas.”

“Saya mahu bersendirian [selepas itu]. Saya menangani peristiwa penuh emosi itu sendirian. Saya banyak berfikir, terus mengingatkan diri saya tentang banyak detik indah yang kami kongsi bersamanya.”

“Saya telah belajar sekali lagi dengan cara baharu bahawa anda perlu menghargai kehidupan kerana ia boleh berubah dari satu saat ke satu masa.”

Nouri sedar daripada koma pada 2020 dan berjaya mengembalikan kebolehan untuk berkomunikasi dengan keluarganya dengan menggerakkan mulut dan keningnya, tetapi pada Mac tahun lalu dia pulang ke rumah bersama keluarga yang menjaganya.

Ajax memberi penghormatan kepada Nouri dengan menamakan anugerah Talent of the Future mereka sempena namanya dan mendedikasikan gelaran Eredivisie ke-34 mereka kepadanya, secara kebetulan juga Nouri memakai jersi bernombor 34 selepas pasukan itu memenangi gelaran itu pada 2019.

Beberapa bekas rakan sepasukan Nouri, termasuk pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek dan bek kanan Brighton, Joel Veltman, juga telah menggunakan nombor baju Nouri, manakala Kluivert adalah pemain nombor 34 Roma selepas berpindah ke sana dari Ajax pada 2018.

Sebenarnya Justin Kluivert tidak bersendirian menahan emosi, Donny Van De Beek juga merasai perkara yang sama seperti rakan yang lain termasuklah Hakim Ziyech. Van De Beek dan Nouri duduk bersebelahan di dalam bilik persalinan di De Toekomst.

Insiden itu nyata memberi trauma kepada Van De Beek dan impaknya masih lagi bermain di benak fikirannya sehingga hari ini. Kerana itulah nombor 34 sangat ketara bagi Donny Van De Beek.

BACA:  Perancis Bertemu Argentina Di Final, Kempen Luar Biasa Maghribi Berakhir