Manchester United Dicerai Zlatan Ibrahimovic

Kelab Teragung dalam Peradaban Bola Sepak Dunia, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa hubungan Kelab Syaitan Merah itu dan pemain bola sepak yang mampu sembuh seperti Singa, Zlatan Ibrahimovic telah berakhir.

Ajal,maut,jodoh,pertemuan,rezeki,nasib,untung,rugi semua di telah ditentukan. Selepas legasi Zlatan Ibrahimovic bersama pasukan kebangsaan Sweden telah berakhir kini jodohnya bersama Manchester United dilihat berantakan sebelum ini telah sampai ke penghujungnya.

Penceraian antara Manchester United dan Zlatan ini dilakukan dengan penuh beradat lagi bertatasusila di mana kedua-dua belah pihak telah bersetuju dengan pembatalan kontrak dengan kadar segera.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh Manchester United melalui laman sesawang Rasmi manutd.com.

“Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Zlatan atas jasa dan sumbangan kepada pasukan sejak beliau tiba dan selamat maju jaya buat Zlatan.”

Zlatan Ibrahimovic melalui laman Instagramnya telah membuat satu kenyataan mengenai penceraian ini.

“Perkara yang agung sudah pasti akan tiba pengakhirannya dan inilah masa untuk mara ke hadapan selepas Manchester United melalui dua musim menakjubkan bersama Zlatan. Terima kasih kepada kelab, peminat, the sukan, jurulatih, staff dan semua orang yang menjadi sebahagian dari sejarah.”

“Zlatan sayang kamu semua!”

“Pertemuan kita di suatu hari menitikkan ukhuwah yang sejati bersyukurku kehadap illahi di atas jalinan yang suci. Namun kini perpisahan yang terjadi dugaan yang menimpa diri bersabarlah diatas suratan, kutetap pergi jua.”

Manchester United melalui laman Twitter rasmi juga telah memuat naik video detik indah mereka bersama.

Sebelum ini Manchester United telah dilepaskan oleh Zlatan dengan cara yang baik dan penuh beradat ekoran kecederaan ligamen lutut yang dialami Zlatan merupakan punca perpisahan ini terjadi.

Kontrak pemain berusia 36 tahun itu telah ditandatangan selama setahun bagi musim 2016/2017 dengan pilihan sambungan kontrak untuk musim kedua, tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan ekoran kecederaan yang dialami Zlatan.

“Aku kembali untuk selesaikan apa yang aku mulakan” Luah Zlatan kepada manutd.com

Zlatan pada awalnya dijangka boleh kembali beraksi pada awal tahun 2018 jadi harapan untuk Zlatan diikat mana-mana kelab pada musim panas ini agak sukar. Tetapi Zlatan adalah Zlatan, beliau kembali dengan lebih cepat dari apa dijangka.

Jika dulu Setan Merah dan Zlatan berpisah kerana masalah lutut lembik yang mengganggu prestasi di ranjang, kini kehadiran orang ketiga yang merupakan seorang pemain piano bernama Alexis Sanchez dari Arsenal yang lebih muda dan jambu menjadi punca.

Sejak kembali dari kecederaan Zlatan gagal menemui sentuhan seperti musim lalu dan Manchester United telah mengikat Alexis Sanchez membuatkan United melepaskan pemain berasal dari Sweden itu.

Menurut laporan ESPN FC Zlatan bakal pergi ke Major League Soccer (MLS) untuk bersekedudukan bersama LA Galaxy.

Zlatan juga telah dilaporkan telah mengadakan perbincangan hati ke hati bersama LA Galaxy untuk mengikat pertalian dengan kelabyang bertapak di California itu.

LA Galaxy juga berharap mereka dapat membawa Zlatan keluar dari England dan meneruskan legasi mereka mengikat pemain veteran berprofail tinggi yang sudah berada dihujung sinar seperti David Beckham dan Steven Gerrard.

BACA:  7 Rekod Yang Dicipta Zlatan Ibrahimovic Sejak Menyertai Manchester United