Dengan penuh rasa bersalah berserta linangan air mata membasahi pipi, Marcelo meratap sayu apabila tanpa sengaja telah mematahkan kaki lawannya dalam kejadian yang digelar setengah pihak sebagai antara kecederaan ngeri dalam bola sepak.
Fluminense seri 1-1 ketika turun menentang Argentinos Juniors pada perlawanan pertama pusingan 16 Copa Libertadores mereka pada hari Rabu.
Gabriel Avalos memberikan Argentinos Juniors pendahuluan pada minit ke-14, dengan Samuel Xavier Brito menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat masa permainan.
Kedua-dua pasukan dikurangkan kepada 10 pemain apabila Alexis Martin Arias dilayangkan kad merah pada minit ke-76 manakala bekas bintang Real Madrid, Marcelo menerima kad merahnya sebelum perlawanan mencecah sejam permainan.
Marcelo sans faire exprès … image horrible j’espère qu’il pourra rejouer au foot 😞 pic.twitter.com/mL7mfj7Vys
— Loguito Fcb (@Loguito6) August 1, 2023
Pemain Brazil itu cuba menggelecek kemudian melakukan lompatan namun telah meletakkan kaki kirinya pada kaki Luciano Sanchez ketika mendarat dalam detik yang menyakitkan, yang menyebabkan kaki pemain itu patah.
Ternyata apa yang terjadi itu adalah satu kemalangan yang malang, Marcelo telah mengalirkan air mata dengan penuh kekesalan dengan apa yang terjadi.
Marcelo left the field in tears after receiving a red card for a tackle that broke the leg of an Argentinos Juniors player 😔 pic.twitter.com/gd98hwvWuE
— GOAL (@goal) August 2, 2023
Selepas perlawanan, Marcelo menggunakan media sosial untuk memohon maaf atas penglibatannya dalam insiden yang mengerikan itu.
Pemain berusia 35 tahun itu berkata di Twitter:
“Hari ini, saya terpaksa mengalami detik yang sangat sukar di atas padang.”
“Saya secara tidak sengaja telah mencederakan rakan sekerja. Saya ingin mendoakan pemulihan yang terbaik, Luciano Sanchez. Saya menghantar anda semua kekuatan di dunia!”
Hoy me ha tocado vivir un momento muy difícil dentro del campo. Sin querer he lesionado a un compañero de profesión. Quiero desearte la mejor recuperación posible, Luciano Sánchez. Toda la fuerza del mundo! 💜🙏🏾#M12 pic.twitter.com/vaG04hvioW
— Marcelotwelve (@MarceloM12) August 2, 2023
Rata-rata warga maya dan peminat memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan Marcelo dengan apa yang terjadi dan terus memberi semangat kepada pemain itu menghadapi dugaaan.
Marcelo meninggalkan Real Madrid selepas 15 tahun dan berhijrah ke Olympiacos yang bermain di liga super Greece pada september 2022 dan kembali ke Brazil untuk bersama Fluminense pada Februari 2023.