Pemain pertahanan legenda Real Madrid, Marcelo dijangka akan meninggalkan kelab selepas 15 tahun menabur bakti bersama gergasi Sepanyol itu.
Kontrak pemain kebangsaan Brazil itu dijangka akan tamat pada Jun akan datang, dengan laporan terbaru dari media Sepanyol, Ole melaporkan yang Marcelo tidaerk mahu menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Marcelo dijangka akan kembali beraksi bersama Fluminense selepas kontraknya bersama kelab tamat pada penghujung musim ini nanti.
A la fin de la saison, Marcelo ne prendra pas sa retraite et il rejoindra Fluminense. Son chapitre européen est terminé. Le Brésilien ne veut en aucun cas affronter le Real Madrid, c’est pour cela qu’il privilège un retour au Brésil. [DiarioOle] pic.twitter.com/OqHpwUQlfJ
— Peña Madridista Sénégal (@PM_Senegal221) December 7, 2021
Beliau meninggalkan kelab dari Rio de Janeiro itu pada Januari 2007 untuk menyertai Real Madrid dan kini Marcelo memutuskan yang beliau mahu bersara di kelab yang menaikkan namanya.
Pemain berusia 33 tahun itu telah menikmati pelbagai kejuaraan baik secara individu mahupun berpasukan sepanjang karier gemilangnya bersama Los Blancos.
Beliau berjaya membantu Real Madrid untuk memenangi liga gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League sepanjang kariernya di Santiago Bernabeu.
Statistik beliau secara peribadi juga sebenarnya sungguh menakjubkan dengan beliau setakat ini sudah membuat 533 penampilan bersama Real Madrid dengan menjaringkan 38 gol dan turut mencatatkan 101 assists sepanjang tempoh tersebut.
🇧🇷 Marcelo will join Fluminense for next season. His chapter of European football has come to an end, as he doesn't want to face Real Madrid at any point. @DiarioOle
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) December 6, 2021
Walau hari-hari gemilang beliau bersama Real Madrid sudah lama berlalu, Marcelo akan terus dikenang sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.
Pemain full-back itu merupakan ketua pasukan Real Madrid pada ketika ini, namun beliau setakat ini hanya sempat membuat lima penampilan sahaja dalam semua pertandingan.
Satu-satunya penampilan beliau dalam saingan La Liga pada musim ini adalah ketika kejayaan mereka menewaskan Elche 2-1 pada Oktober lalu.
Pada ketika ini, tumpuan utama Marcelo tentunya untuk berusaha mendapatkan minit permainan yang mencukupi agar beliau dapat tahap kecergasan terbaiknya semula.
He is expected to leave at the end of the season.https://t.co/ygsxZS6BBt
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) November 30, 2021
Ketika aksi Real Madrid bertemu Inter Milan dalam saingan Champions League Marcelo tidak diturunkan untuk beraksi dengan beliau sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.
Los Blancos berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Inter Milan awal pagi tadi, seterusnya mengesahkan tempat ke aksi pusingan kalah mati sebagai Juara kumpulan.
Mara sebagai Juara kumpulan akan beri kelebihan kepada Real Madrid untuk mendapat undian yang lebih mudah di pusingan 16 terbaik nanti.
Hujung minggu ini anak-anak buah Antonio Conte itu akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid dalam aksi saingan La Liga.
Real Madrid pada ketika ini berada di kedudukan pertama dalam carta saingan liga dengan mereka 10 mata mengatasi Atletico Madrid yang berada di kedudukan keempat.
Greatest Lb of his generation and all time and a alltime legend of Real Madrid ❤️ Marcelo is madridismo ❤️ https://t.co/MPHI3jljPa pic.twitter.com/2UpMlSeoEN
— Sagar Jaiswal (@Whasupsagar) December 7, 2021
Seandainya Marcelo tidak diturunkan dalam perlawanan itu atau mana-mana perlawanan lain selepas ini sekalipun, beliau akan tetap dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.
Terlalu banyak kenangan manis yang beliau cipta bersama kelab dengan beliau juga merupakan nadi penting Real Madrid ketika era kegemilangan mereka sebelum ini.
Para peminat tentunya sangat berharap agar Real Madrid akan memenangi satu lagi piala sama ada liga atau Champions League, untuk Marcelo julang sebelum beliau meninggalkan kelab.
Bukan hanya para peminat, bahkan pemain dan kelab sendiri juga tentunya mahu berusaha untuk memenangi sesuatu dan dijadikan sebagai hadiah perpisahan kepada bintang Brazil itu.
Marcelo ketika kemuncak kariernya, beliau tidak pernah hilang dari senarai kesebelasan terbaik pilihan FIFA dan itu membuktikan yang beliau jelas sekali merupakan pemain full-back terhebat di generasi ini.
Real Madrid captain Marcelo could 'return to former side Fluminense' after lack of game time https://t.co/yJ7h9xBxj4 pic.twitter.com/vLlWwiktFE
— mayowa ajayi (@MajayiTVC) December 7, 2021
Di usia 33 tahun, sepertinya tiada masalah untuk Marcelo terus bermain dalam saingan kompetetif dan tidak akan mengejutkan juga andai beliau nanti bakal menjadi pemain terpenting Fluminense.
Sumber: SPORTbible