Martin Odegaard Dedah Alasan Mengapa Beliau Memilih Untuk Sertai Arsenal

Bekas pemain attacking midfielder Real Madrid, Martin Odegaard telah mendedahkan alasan utama mengapa beliau bersetuju untuk menerima tawaran dari Gunners.

Odegaard mendedahkan yang beliau sangat berminat dengan projek masa hadapan Arsenal dan kerana itulah beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak ke Emirates pada musim panas lalu.

Beliau telah menghabiskan kariernya selama enam tahun sebagai bintang Real Madrid, dengan Odegaard akhirnya dilepaskan ke Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai €35 juta.

Pemain kebangsaan Norway itu berjaya mengharungi tempoh 6 bulan yang sungguh menakjubkan di Emirates ketika beliau dipinjamkan dari Real Madrid pada musim lalu.

Beliau juga turut cemerlang menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Mikel Arteta ketika Gunners menggunakan khidmatnya sebagai pemain pinjaman.

Beliau pada musim ini sudah turun beraksi sebanyak 27 perlawanan dengan Odegaard sepanjang tempoh tersebut beliau berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan empat assists.

Mengenang semula mengapa beliau memutuskan untuk menyertai Gunners, bintang berusia 23 tahun itu menjelaskan yang beliau bersetuju untuk ke Emirates kerana tertarik dengan vision dan projek kelab.

Ketika ditanya mengapa beliau bersetuju untuk sertai Arsenal dari Real Madrid, Odegaard mendedahkan bahawa:

“Projek mereka. Cara bagaimana kelab dan pengurus mahu lakukan sesuatu hal, apa mereka mahu bina di sini dan bagaimana mereka mahu bermain serta mahu perbaiki kekurangan.”

Kelas Odegaard kepada BT Sport.

“Juga apa yang mereka katakan tentang saya dan bagaimana mereka mahu gunakan saya, bagaimana mereka lihat saya sebagai seorang pemain dan apa yang boleh saya bawa ke kelab serta apa yang boleh mereka tawarkan kepada saya.”

Tambah Odegaard lagi.

“Ia adalah hasil gabungan semua hal itu dan projek besar yang sedang berlaku di sini sekarang, saya mahu jadi sebahagian dari itu.”

Odegaard hanya bermain sebanyak 11 perlawanan sahaja untuk Real Madrid dalam semua pertandingan dengan beliau gagal untuk menjaringkan gol atau mencatatkan assists untuk Los Blancos sepanjang tempoh tersebut.

Martin Odegaard tak dapat tempat dalam skuad Arsenal

Pemain kebangsaan Norway itu menyertai Real Madrid B pada Januari 2015 dengan beliau ketika itu ditandatangani dari kelab di Norway, Stromsgodset.

Beliau kemudiannya dipanggil untuk sertai skuad senior Real Madrid beberapa tahun selepas itu, sebelum dipinjamkan untuk beraksi bersama kelab dari Belanda, Heerenveen.

Los Blancos masih komited dengan perkembangan karier pemain muda mereka itu dengan mereka kemudiannya meminjamkan Odegaard kepada satu lagi pasukan lain di Belanda, Vitesse.

Martin Odegaard turut pernah dipinjamkan beraksi bersama Real Sociedad pada musim 2019/20 dan kemudiannya beliau gagal untuk menyerlah di Santiago Bernabeu.

Pengurus Real Madrid pada ketika itu, Zinedine Zidane merasakan yang beliau tidak memerlukan khidmat pemain attacking midfielder itu dan kemudiannya menyebabkan Real Madrid mahu melepaskan sahaja bintang Norway itu.

Pemain midfield Norway itu hanya membuat tujuh penampilan sahaja dalam saingan La Liga pada awal musim 2020/21 yang lalu.

Pada Januari 2021, beliau kemudiannya telah dipinjamkan ke Arsenal, dan telah menikmati karier bola sepak yang menakjubkan di Emirates.

Ketika Arsenal menawarkan kontrak kepadanya, Odegaard dengan segera bersetuju dan beliau kini sedang menjadi pemain terpenting dalam sistem kendalian Mikel Arteta.

Selain penting di atas padang, Odegaard turut menjadi pemain harapan untuk memimpin pemain muda kerana beliau antara pemain paling berpengalaman dalam skuad muda Arsenal pada ketika ini.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Martin Odegaard Cuba 'Bodek' Haaland Untuk Sertai Arsenal