Penyokong Arsenal Teruja Melihat Ketenangan Martin Odegaard Mengaibkan Raphael Varane

Penyokong Arsenal teruja dan terpegun melihat ketenangan Martin Odegaard ketika bintang Denmark itu mengaibkan Raphael Varane di Emirates kemarin.

Martin Odegaard dilihat menutmeg Raphael Varane ketika aksi kemenangan besar Arsenal menewaskan Manchester United hujung minggu lalu.

​Arsenal cemerlang mencatatkan kemenangan 3-1 dengan Nuno Tavares, Bukayo Saka dan Granit Xhaka mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Martin Odegaard tidak menyumbang gol atau assists dalam perlawanan tersebut namun beliau berjaya mencuri perhatian peminat dengan mengaibkan pemain pertahanan Man Utd itu.

Pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut, beliau telah menghantar Raphael Varane kembali ke Madrid dengan menggunakan skill dan ketenangan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bekas bintang muda Real Madrid itu telah menutmeg Varane dengan cukup tenang dan sempurna.

Aksi beliau menutmeg Raphael Varane itu mencuri perhatian peminat di media sosial yang kemudiannya tak henti-henti menghamburkan pujian kepadanya.

“Odegaard berjaya mengubah dia dari Varane Champions League kepada Varane Conference League.”

“Odegaard sepertinya telah menghancurkan karier Varane dalam saingan Premier League.”

“Selepas mengaibkan Varane, dia dilihat sangat tenang dan hal itu membuatkan Varane lebih menderita.”

“Pemain yang kononnya dicanang sebagai pertahanan terhebat dunia kena nutmeg dengan bintang muda. Varane tentu sedih memikirkan nasib dia sekarang.”

“Real Madrid bijak, dia tahu tahap Varane sekarang memang sesuai dengan kelab seperti Manchester United, jadi mereka dah hantar dia ke tempat yang betul.”

Raphael Varane jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut dengan beliau kerap melakukan kesilapan yang membahayakan gawang golnya sendiri.

Selain Martin Odegaard yang beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut, para peminat turut teruja melihat persembahan mantap Elneny yang tetap beraksi cemerlang walau beliau sedang berpuasa.

Puasa tak halang Elneny pamer aksi terbaik

Mohamed Elneny telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam dua perlawanan penting Arsenal dalam saingan Premier League.

Beliau merupakan nadi penting skuad kendalian Mikel Arteta itu dalam membantu Gunners menewaskan Chelsea dan Manchester United.

Sebelum aksi bertemu Chelsea baru-baru ini, Elneny tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama skuad Arsenal sejak dari 1 Januari lalu.

Selepas aksi kekalahan 2-1 di tangan Manchester City pada tahun baru lalu, Elneny tidak pernah lagi diturunkan dan Mikel Arteta memilih untuk menurunkan beliau ketika aksi bertemu Chelsea baru-baru ini.

Gandingan beliau bersama Granit Xhaka dalam perlawanan itu jelas sekali sangat berkesan dengan mereka cemerlang.

Kedua-dua mereka sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mantap ketika bertemu Manchester United kemarin.

Mohamed Elneny bermain selama 90 minit ketika aksi bertemu Manchester United malam kemarin dan lebih membanggakan lagi beliau beraksi sehebat itu ketika sedang berpuasa.

Bintang Mesir itu selayaknya dipuji atas kecemerlangan beliau kerana beliau sememangnya nadi penting yang membantu Arsenal menewaskan Man Utd dengan keputusan 3-1.

Untuk bermain ketika sedang berpuasa itu mungkin ramai pemain boleh melakukan hal yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Elneny.

Namun memikirkan beliau bermain selama 90 minit dan beliau perlu menunggu beberapa jam lagi sebelum dibolehkan untuk berbuka puasa adalah satu hal yang sungguh menakjubkan.

Mohamed Elneny vs Manchester United

Walau sudah hampir empat bulan tak bermain bersama skuad utama sebelum aksi bertemu Chelsea, namun tak ada masalah untuk Elneny terus memberi impak positif untuk skuad Gunners.

Ketika aksi bertemu Manchester United, Mohamed Elneny bermain selama 90 dengan beliau cemerlang mencatatkan satu assists, melengkapkan 68 hantaran, 87% hantaran sempurna, 78 sentuhan, 5 hantaran jauh, memenangi 3 duels, 2 pintasan dan turut memenangi 2 tackle.

Aksi Man of the match sempurna yang dipamerkan oleh Elneny ketika berpuasa sememangnya satu hal yang sungguh luar biasa dasyat.

“Saya katakan kepada diri saya yang dia merupakan pemain terpenting dalam skuad kami. Dia seorang individu yang sungguh luar biasa dan seorang pemain bola sepak yang menakjubkan tetapi kadang kala dia tidak dipandang.”

BACA:  "Dah Tu Bila Nak Celebrate?"- Odegaard Ketawakan Kritikan 'Killjoy' Carragher