Mbappe Usap Lebam Di Pipi Ronaldo Dengan Kasih Sayang

Reaksi Kylian Mbappe yang yang telah memeriksa pipi Cristiano Ronaldo dengan usapan penuh kasih sayang dalam perlawanan PSF menentang Riyadh All Star XI nyata mencuri perhatian ramai.

Setengah jam perlawanan berlalu, Cristiano Ronaldo telah di KO dengan gaya perlawanan tinju oleh penjaga gol PSG, Keylor Navas. Cristiano Ronaldo dan Keylor Navas telah berlaga dan dari ulang tayang kelihatan Keylor Navas telah menumbuk dan menyiku muka Ronaldo selepas percubaan menumbuk bola tersasar.

Ronaldo memegang kepalanya, bangun semula, menguap menguji pipi kirinya yang sakit itu masih berfungsi. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Riyadh All-Star XI dan kad kuning untuk Keylor Navas yang menggelengkan kepala tidak percaya dengan keputusan yang telah dibuat oleh pengadil perlawanan.

Cristiano Ronaldo tampil mengambil tanggungjawab untuk membuat sepakan dengan satu tendangan ke arah kanan dan tinggi tidak mampu dijangkau oleh Keylor Navas untuk gol penyamaan.

Tulang pipi Ronaldo kelihatan berwarna merah dengan sedikit lebam dan bengkak tetapi dia tersenyum selepas menjaringkan gol keduanya, melantunkan bola apabila tandukannya kembali dari tiang. Menjelirkan lidahnya, Ronaldo berpusing dengan gembira dan dikerumuni oleh rakan sepasukan di bendera sudut.

Sejurus sebelum separuh masa kedua, Ronaldo telah menarik perhatian bintang Piala Dunia Perancis dan menunjukkan tanda merah lebam dimukanya. Kylian Mbappe telah memeriksa keadaan pipi Ronaldo dan diusap dengan penuh kasih sayang.

Kylian Mbappe tersenyum kepadanya seolah-olah berkata ‘anda akan baik-baik saja. Nak cendol?’ dan Ronaldo mengangkat tangannya tanda kemenangan seperti juara heavyweight di hadapan 68,000 penyokong di Stadium Antarabangsa King Fahd.

Walaupun pasukannya tewas, Ronaldo mengetepikan mungkin ansuran terakhir Ronaldo vs Messi, kerana salah satu saingan terbesar dalam sejarah bola sepak disambung semula di lokasi yang tidak dikenali.

Pemain Portugal itu mendapat tepukan gemuruh sejurus selepas tanda sejam diikuti oleh Mbappe dan bintang Argentina yang memenangi Piala Dunia Messi, yang dipeluk mesra oleh rakan senegaranya Marcelo Gallardo yang membimbing pasukan gabungan Arab Saudi.

Ada yang bergurau menyatakan bahawa Mbappe mahu memeriksa Ronaldo samada orang atau robot kerana di usia 37 tahun masih lagi mampu menentangnya. Tak reti nak rehat ke?

Lionel Messi tidak menunggu lama untuk gol pembukaan pada minit ketiga dengan satu penyudah yang genius seperti biasa. Itu adalah percubaan dan gol pertama dalam perlawanan ini, Neymar telah melakukan satu hantaran cantik yang pantas dihidu Messi

Kemudian Ronaldo menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti, Marquinhos meletakkan PSG kembali di depan dengan satu tolakan mudah menyempurnakan umpanan cantik Kylian Mbappe.

Neymar telah dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Neymar gagal disepakan penalti dengan cuba bergedik-gedik mengacah penjaga gol Riyadh All-Star XI namun tidak termakan umpan dengan bacaan tepat dilakukan.

Selepas itu Ronaldo kembali mengikat dengan gol kedua peribadi dan juga Riyadh All Star XI yang terus menyambar bola hasil kesilapan Ramos itu untuk gol penyamaan dan perlawanan berakhir dengan keputusan semasa 2-2.

Tujuh minit bersambung separuh masa kedua, PSG kembali di depan dan Sergio Ramos telah menebus kembali kesilapan dengan gol ketiga menolak masuk hantaran Kylian Mbappe.

Pada minit ke-56, Riyadh All-Star XI kembali mengikat kedudukan melalui Jang Hyun-soo. Kurang tiga minit kemudian, pengadil meniup wisel sekali lagi untuk sepakan penalti ketiga dalam perlawanan ini selepas rembatan lencong Lionel Messi telah terkena tangan Ali Albulayhi.

Kyliang Mbappe yang mencipta dua assist sebelum ini akhirnya berjaya mencetak nama selaku penjaring dengan mudah menjaringkan gol keempat PSG dengan sepakan ke arah yang sama seperti Neymar dan Ronaldo.

Minit ke-77 PSG terus garang apabila menjaringkan gol yang kelima melalui Hugo Ekitike yang melakukan satu larian solo untuk serangan balas pantas dan dia memang pantas gagal dikejar dan rembatannya pula gagal diselamatkan.

Ketika hampir 30 saat permainan akan tamat, Anderson Talisca telah merapatkan jurang dengan gol keempat untuk Riyadh All-Star XI dengan satu rembatan yang sangat cantik tapi tidak cukup untuk mengelakkan kekalahan.

BACA:  Chelsea Mahu Sailang Mbappe Daripada Liverpool