Conor McGregor bersumpah yang beliau akan bunuh Dustin Poirier menjelang pertembungan antara mereka di acara UFC 264 hujung minggu ini.
Beliau dengan yakin menyatakan yang Dustin Poirier akan diusung keluar dari gelanggang dengan menggunakan stretcher kerana dibelasah teruk olehnya nanti.
McGregor akan bertemu dengan Poirier pada hujung minggu ini dengan trilogy perlawanan antara kedua-dua mereka merupakan yang terhebat dalam sejarah UFC.
Conor McGregor vows "to kill" Dustin Poirier in UFC 264 trilogy fighthttps://t.co/qtDEYxVJyZ pic.twitter.com/0Vh4Is9NA4
— Mirror Fighting (@MirrorFighting) July 8, 2021
McGregor terus bermain permainan minda untuk mengganggu lawannya itu menjelang aksi pertarungan lightweight di Las Vegas pada hujung minggu ini nanti.
Bekas Juara dunia UFC itu telah menyatakan yang ‘The Diamond’ bakal menjadi mayat dan jenazahnya akan diusung keluar dari gelanggang selepas tamat perlawanan mereka nanti.
Look who just touched down in Las Vegas… 👀 #UFC264 pic.twitter.com/FNB7ZrjJiW
— UFC Europe (@UFCEurope) July 8, 2021
Bercakap dengan The MacLife, petarung berusia 32 tahun itu menyatakan yang:
“Dia mayat, seketul jenazah yang kaku dan tidak aoan mampu untuk bangkit kembali dan dia akan diusung keluar dengan menggunakan stretcher.”
McGregor sebelum ini pernah ditewaskan oleh Poirier pada perlawanan kedua mereka Januari lalu, dengan petarung dari Amerika itu menang menerusi keputusan TKO.
Namun The Notorious itu mahu memberi tumpuan pada perlawanan kali ini dan beliau mahu menggunakan kemahiran bela diri campuran yang beliau miliki untuk tewaskan Poirier.
Seandainya McGregor berjaya menewaskan Poirier hujung minggu ini, beliau akan berpeluang untuk bertarung dalam pertarungan merebut kejuaraan di Allegiant Stadium Disember nanti.
“Saya rasa mungkin pada Christmas nanti, Disember.”
Jelas beliau.
“Saya tak tahu, kita akan bincangkan nanti. Tapi kejuaraan dunia itu akan dipertandingkan di Allegiant Stadium di sini Las Vegas, saya rasa begitu.”
“Saya suka dengan itu. Ia dipanggil ‘The Death Star’, dan itulah apa yang saya rasa sekarang. A Death Star.”
Untuk pertembungan beliau bertemu Dustin Poirier nanti, McGregor bertekad untuk menjahanamkan lawannya itu dengan menyatakan:
Conor McGregor has vowed to "kill" Dustin Poirierhttps://t.co/LPeDA18aRx
— talkSPORT 🏴 (@talkSPORT) July 8, 2021
“Setiap serangan yang akan saya lancarkan dalam perlawanan ini adalah serangan pembunuh, jadi itulah dia. Saya akan habiskan dia.”
“Saya akan ajar dia cukup-cukup, ia hanya perlawanan antara saya bertemu dengan seorang budak yang menggigil ketakutan.”
“Dia bertarung dalam keadaan yang takut seperti apa yang sering dia tunjukkan, jadi sekarang saya akan ajar dia, saya akan anggap dia seperti makanan lepas tu saya akan makan dia.”
McGregor sebelum ini telah memuat naik gambar mesej peribadi yang dihantar oleh isteri Poirier, Jolie di laman instagram miliknya, menjelang pertarungan ketiga mereka di gelanggang Octagon hujung minggu ini.
Beliau jelas cuba bermain permainan minda untuk mengganggu tumpuan dan emosi petarung dari Amerika Syarikat itu.
Conor McGregor kills Dustin Poirier in the 1st round 🔥 #UFC264 pic.twitter.com/kSDYKUAU7X
— McLovinThaGoat 🐐 (@Mclovinlucas) July 9, 2021
Kedua-dua mereka akan sekali lagi dipertemukan fi Las Vegas, Nevada dengan petarung dari Ireland itu jelas menggunakan segala helah yang beliau ada untuk memastikan beliau mampu mengganggu tumpuan lawannya itu.
Ia sama persis dengan apa yang telah beliau lakukan ketika pertemuan pertama mereka pada tahun 2014 yang lalu dengan McGregor memenangi perlawanan tersebut.
Kedua-dua mereka telah bertarung dua kali sebelum ini sepanjang karier mereka bersama UFC, dengan McGregor memenangi perlawanan pertama menerusi keputusan KO pada 2014.
Get ready for #UFC264 by previewing the entire stacked event, fight by fight ⤵️:https://t.co/SRDZvy4mmi
— UFC News (@UFCNews) July 6, 2021
McGregor ketika ini sedang hangat bermain permainan minda menjelang pertembungan mereka dengan memuat naik gambar pesanan peribadi yang dihantar oleh isteri Poirier, Jolie.
Muat naik tersebut telah menerima kecaman yang teruk dari para peminat dengan penyokong beliau sendiri turut kecewa dengan tindakan beliau yang dianggap keterlaluan.
Bahkan peminat menganggap helah yang beliau gunakan itu sangat murah sama saja seperti helah yang selalu digunakan oleh Jake Paul.
Nearly 7️⃣ years later!
How will Dustin Poirier vs Conor McGregor end at #UFC264? pic.twitter.com/BE2h8ufoiN
— UFC Europe (@UFCEurope) July 6, 2021
Petarung MMA memang sering menggunakan bahasa kasar dan permainan minda yang kejam seperti ini sebelum perlawanan mereka.
Ia bertujuan untuk memastikan mereka berjaya mengganggu tumpuan dan emosi lawan mereka sebelum hari pertarungan.
Namun ramai yang bersetuju yang McGregor sering melakukan hal tersebut dengan cara yang agak berlebih-lebihan dan keterlaluan.
Petarung dari Amerika yang ketika ini berusia 32 tahun itu pula, beliau sebelum ini sudah meramalkan apa sebenarnya yang akan berlaku di acara tersebut nanti.
‘The Diamond’ duduk dalam satu temu bual bersama ESPN untuk membincangkan tentang persiapan beliau dan jangkaan beliau tentang pertarungan bertemu petarung dari Ireland itu nanti.
Dalam temu bual yang sangat menarik bersama Brett Okamoto itu, Poirier dengan tenang telah mendedahkan tentang bagaimana pendekatan yang akan diguna pakai oleh McGregor dalam perlawanan itu nanti.
Beliau bukan hanya mendedahkan tentang taktik, dan teknik McGregor sahaja, Poirier turut beri tips kepada petarung Ireland itu tentang cara bagaimana untuk menewaskannya di T-Mobile Arena nanti.
“Jelas sekali dia akan cuba untuk tendang betis (calf kick) saya ketika saya cuba untuk jatuhkan dia.”
Jelas Poirier.
“Saya tak akan gunakan calf kicks. Saya yakin dia akan gunakan calf kicks untuk serang saya, saya yakin. Saya sekarang tengah berlatih untuk berdepan dengan calf kicks di sini. Tapi saya langsung tak berlatih untuk menggunakannya.”
“Saya rasa dia akan jadi lebih aggressive dan dia tak akan biarkan perlawanan terus berlanjutan. Seperti yang berlaku sebelum ini, kalau kami bertarung sambil berdiri, saya semakin selesa, dan dia sedar hal itu sambil berfikir, ‘ah tak guna, budak ini boleh bertarung.’
😳 😱 🤯
What was your reaction to that last meeting between Dustin Poirier and Conor McGregor?! pic.twitter.com/vUFZ6J9qrx
— UFC Europe (@UFCEurope) July 1, 2021
“Jika saya adalah dia, saya akan cuba untuk lepaskan serangan awal dan pastikan diri saya (lawan) hilang rentak kerana jika perlawanan ini masuk ke pusingan kedua, ketiga dan keempat, dan kita akan mula penat dari situ, dan kita akan cari rentak dan keluarkan segalanya, bila dapat rentak maka saya akan menang pertaruhan itu dengan mudah.”
Poirier turut menegaskan yang McGregor turut akan berdepan dengan tekanan untuk turun dalam pertarungan ini kerana memikirkan kekalahan beliau di acara UFC 257 pada Januari lalu.
“Semuanya akan dipertaruhkan oleh dia.”
Sambung Poirier lagi.
“Dia bukan bertarung sebab duit lagi. Dia bertarung kali ini sebab maruah, untuk harga diri, untuk buktikan dia masih penting dalam kategori 155lbs ini. Itu bahaya sebenarnya.”
‘I’m coming for you’: Conor McGregor sends voice note to Dustin Poirier ahead of UFC 264 headliner | https://t.co/DlqHBGeS5c pic.twitter.com/gO7BUUHzUy
— The Mac Life (@TheMacLife) July 6, 2021
“Dia datang kali ini bukan untuk dimalukan lagi, bukan untuk ditumbangkan lagi atau bukan untuk ditewaskan lagi. Dia akan datang kali ini untuk bina semula empayer McGregor di tempat yang selayaknya.”
Adakah dakwaan McGregor yang beliau akan pastikan Poirier diusung keluar gelanggang menggunakan stretcher benar atau beliau akan sekali lagi berdepan dengan kekalahan di tangan petarung Amerika itu.
#Sport #SportNews Conor McGregor promises to ‘kill’ Dustin Poirier at UFC 264 and warns he … https://t.co/pQM8bXw3rH https://t.co/H2GMrmdAOs pic.twitter.com/3Aq1Kw2YQQ
— It’s The Sport News (@ItsTheSportNews) July 8, 2021
Sama-sama kita nantikan pertarungan antara mereka berdua pada hujung minggu ini nanti untuk melihat siapa pemenang sebenar dari trilogy perlawanan terhebat dalam sejarah UFC itu.
Sumber : ESPN