Entah apa yang merasuk Neymar apabila tanpa berlapik telah memberi sindiran yang pedas dan mencari geruh apabila memperlekehkan keraian Lionel Messi dan pasukan Argentina selepas bergar juara.
Pemain bintang Paris Saint Germain, Neymar telah menggunakan Instagram untuk membidas sambutan kejuaraan Finalissima di Wembley oleh Argentina.
Neymar malah menyindir bahawa seolah olah seteru utama Brazil itu baru sahaja memenangi Piala Dunia. Mungkin atas semangat perseteruan negara Amerika Latin itu membuatkan Neymer berbulu.
Finalissima dimainkan antara pemenang Euro, Itali dan pemenang Copa America, Argentina dan ini merupakan edisi ketiga selepas dijenamakan semula.
The Messi love in full force 🤗💙#Finalissima pic.twitter.com/wYDYOlFJue
— UEFA Nations League (@EURO2024) June 1, 2022
Pasukan Argentina yang diketuai Lionel Messi mengatasi Itali dari awal hingga akhir babak, apabila gol Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala mengesahkan kemenangan 3-0 ke atas juara Eropah itu.
Roberto Mancini akur dengan kehebatan Argentina yang menurutnya merupakan pasukan lebih baik daripada mereka.
Lionel Messi turut dianugerahkan Man of the Match selepas menghasilkan dua assist.
Selepas perlawanan, banyak sekali rakaman video keraian pasukan Argentina muncul dalam talian, dan adegan itu nampaknya telah menjengkelkan Neymar yang mahu melayari Instagram dengan tenang.
Neymar mengulas satu kapsyen ringkas berkata:
“Adakah mereka baru sahaja memenangi piala dunia?”
Neymar after Argentina's Finalissima win 🤐 pic.twitter.com/zXwXA1x3YV
— ESPN FC (@ESPNFC) June 3, 2022
Tidak menghairankan untuk melihat rakyat Brazil atau pemain lain dalam kem Brazil menganjing sebegitu.
Namun apabila Neymar yang berkata begitu ianya agak memeranjatkan. Ini kerana Neymar telah menganjing pasukan yang diketuai rakan baiknya Barca dan di PSG, iaitu Lionel Messi.
Sebelum ini Neymar memeluk Messi dan menganggap pemain itu berhak memenangi Copa America selepas apa yang dia lakukan kepada negaranya.
Tetapi lain pula jadinya kini. Apabila Neymar memperlekehkan kejayaan Argentina dalam Finalissima.
Sejarah Ringkas Finalissima
Finalissima mempunyai sejarah yang pendek dan agak panjang jika kalau mengikut tempoh masa kerana selepas dimulakan pada 1984 perlawananyang dilangsungkan setiap empat tahun baru memasuki edisi ketiga.
Piala Juara CONMEBOL–UEFA (CONMEBOL–UEFA Cup of Champions) yang sebelum ini dikenali secara rasmi sebagai Piala Negara-negara Eropah/Amerika Selatan (European/South American Nations Cup) dan lazimnya sebagai Piala Artemio Franchi begitulah nama awal kejohanan ini.
Artemio Franchi merupakan bekas Presiden UEFA yang meninggal dalam tragedi kemalangan pada tahun 1983.
1985: France 2-1 Uruguay
1993: Argentina 1 (5) – (4) 1 Denmark
2022: Italy – ArgentinaToday we get the third installment of the Finalissima, formerly the Artemio Franchi Cup, which was last played 29 years ago. Who wins the grand final? 🤔 pic.twitter.com/grUQWotxgq
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) June 1, 2022
Piala Artemio Franchi ialah perlawanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan oleh CONMEBOL dan UEFA dan menemukan pemenang Copa América dan Kejohanan Eropah UEFA lantaran itulah ia dianjurkan 4 tahun sekali.
Pertandingan ini telah diadakan dua kali sahaja sebelum dihentikan iaitu pada tahun 1985 dan 1993.
Kejohanan ini telah dilancarkan semula bermula pada 2022, di mana ia dijenamakan sebagai Finalissima (Bahasa Itali untuk “akhir besar”) selepas memorandum persefahaman antara CONMEBOL dan UEFA berjaya dimeterai.
Argentina are now the national team with the most senior trophies won with 21!
🇦🇷 Argentina: 21 trophies won
🇧🇷 Brazil: 20 trophies won
🇺🇾 Uruguay: 19 trophies won🏆 2 World Cup
🏆 15 Copa America
🏆 2 Finalissima/Artemio Franchi Cup
🏆 1 Pan American
🏆 1 Confederation Cup— Roy Nemer (@RoyNemer) June 3, 2022
Perancis selaku juara Eropah merupakan juara untuk edisi pertama 1985 selepas menewaskan juara Amerika Selatan, Uruguay dan Argentina merupakan juara edisi kedua 1993 selepas menewaskan Denmark.
Edisi kedua sepatutnya dilangsungkan pada 1989 dibatalkan selepas Belanda dan Uruguay gagal mencapai kata sepakat untuk tarikh perlawanan.
Edisi kedua 1993 merupakan edisi terakhir sebelum kejohanan dijenamakan semula dan Argentina merupakan pemenang terbanyak dengan dua kejuaraan.
Finalissima 2022: Italy 0-3 Argentina
Argentina berjaya menewaskan Itali 3-0 untuk menjulang gelaran Finalissima di Wembley stadium awal pagi tadi dengan Lionel Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Skuad kendalian Lionel Scaloni itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk menewaskan Itali dalam perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut merupakan aksi yang menemukan antara juara saingan Copa America (Argentina) dan juara saingan Euro 2020 (Itali).
Lionel Messi goes full maestro to punish Italy and fire World Cup warning shot. Report from Wembley #ITAARG #Finalissima https://t.co/ePSFdMasZU
— Henry Winter (@henrywinter) June 1, 2022
Argentina berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini pada minit ke-27 permainan menerusi Lautaro Martinez hasil umpanan cantik Lionel Messi.
Ia merupakan assists yang sungguh dasyat dan tidak hairanlah mengapa nama Messi disebut-sebut selepas tamat perlawanan tersebut walau beliau hanya berjaya mencatatkan satu assists sahaja.
Messi menerima bola di luar kotak fan Di Lorenzo memutuskan untuk berusaha mengawal lawan beliau itu dengan terlalu tight.
Walau bagaimanapun, pemain Napoli itu jelas sekali tentu akan kecewa dengan tindakan beliau kerana usaha beliau berakhir dengan sia-sia.
Berbanding melorongkan bola terus, Messi memilih untuk melepasi Di Lorenzo dan membawa masuk bola ke dalam kotak penalti.
Cristiano Romero's last nine games for Argentina:
◉ 0 conceded vs. 🇺🇾
◉ 0 conceded vs. 🇵🇾
🏆 0 conceded vs. 🇧🇷
◉ 0 conceded vs. 🇵🇾
◉ 0 conceded vs. 🇺🇾
◉ 0 conceded vs. 🇵🇪
◉ 0 conceded vs. 🇺🇾
◉ 0 conceded vs. 🇧🇷
🏆 0 conceded vs. 🇮🇹NINE consecutive clean sheets. 🤯 pic.twitter.com/ZT58fLpnwV
— Squawka (@Squawka) June 1, 2022
Messi kemudiannya melorongkan bola ke hadapan gol dan Lautaro Martinez mudah melakukan tap in untuk menewaskan Gianluigi Donnarumma.
Argentina kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama menerusi Angel Di Maria hasil hantaran dari Lautaro Martinez.
Itali pada awal aksi babak kedua dilihat seolah-olah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dan skuad kendalian Roberto Mancini itu turut memiliki banyak kesempatan untuk menjaringkan gol.
Gianluigi Donnarumma melakukan banyak aksi penyelamatan berkelas dunia dalam perlawanan ini untuk menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.
Di Maria memiliki banyak kesempatan untuk meledak gol namun kecemerlangan Donnarumma sukar untuk beliau hadapi.
Argentina kemudiannya berjaya memperoleh gol ketiga mereka menerusi pemain gantian, Paulo Dybala.
Kemenangan ini secara tak langsung menambah keyakinan Argentina untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.
Lionel Messi leads Argentina to second international trophy in a year with win over Italyhttps://t.co/3DJki189Dh pic.twitter.com/XzWG8aXrWb
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 1, 2022
Skuad kendalian Lionel Scaloni itu merupakan calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia edisi Qatar 2022 dan mereka sepertinya telah membuktikan mengapa mereka dianggap calon kegemaran.
Itali walau bermain dengan baik dalam perlawanan ini namun mereka jelas sekali sukar untuk bersaing dengan Argentina dalam perlawanan ini.
Jentera serangan Itali mati kutu mahu menguji barisan pertahanan Argentina dan jelas sekali juara saingan Copa America itu berhak untuk memenangi perlawanan ini.
Mendominasi permainan dan bijak memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menghasilkan gol, itu adalah kunci sebalik kejayaan Argentina dalam perlawanan ini.
Walau pahit untuk ditelan, prestasi skuad Itali jelas sekali merosot teruk selepas dari kejayaan mereka menjuarai saingan Euro 2020 menewaskan England tahun lalu.
Itali juga turut tidak akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia tahun ini selepas mereka tersingkir di pusingan play-off.
Roberto Mancini jelas sekali akan berusaha sehabis daya beliau untuk menaikkan semula skuadnya yang kini dilihat berada di tahap yang agak mengecewakan.
Itali: Donnarumma, Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini (Lazarri 46), Emerson Palmieri (Bastoni 77), Pessina (Spinazzola 62), Jorginho, Barella, Bernardeschi (Locatelli 46), Belotti (Scamacca 46), Raspadori.
Pemain simpanan: Cragno, Florenzi, Politano, Meret, Acerbi, Cristante, Lorenzo Pellegrini.
Kad Kuning: Bonucci, Di Lorenzo, Barella
Argentina: Damian Martinez, Cristian Romero (Pezzella 85), Molina, Otamendi, Tagliafico, De Paul (Palacios 76), Di Maria (Gonzalez 90+1), Lautaro Martinez (Alvarez 85), Lo Celso (Dybala 90+1), Rodriguez, Messi.
Pemain simpanan: Rulli, Armani, Foyth, Mac Allister, Acuna, Lisandro Martinez, Gomez.
Penjaring: Martinez (28), Di Maria (45+1), Dybala (90+4)
Kad Kuning: Otamendi