Mendy Bengang Team Media FIFA Seolah Menindas Hak Senegal

Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy telah menghentam FIFA di laman media sosial kerana merasakan ada kesilapan aneh yang dilakukan oleh pasukan media FIFA dalam satu muat naik mereka di laman instagram.

Muat naik tersebut menunjukkan lima penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, yang bakal beraksi di pentas Piala Dunia Qatar pada tahun hadapan.

Mendy, Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma, Kasper Schmeichel dan Alisson Becker merupakan lima penjaga gol yang ada dalam gambar tersebut.

Walau bagaimanapun, ada yang aneh dengan gambar tersebut kerana kesemua empat penjaga gol lain dalam gambar itu dilihat memakai jersi kebangsaan masing-masing.

Sementara Mendy pula, gambar beliau yang ada dalam muat naik tersebut adalah gambar ketika beliau hanya memakai ‘training under-top’ sahaja.

Pemain berusia 29 tahun itu berhak untuk rasa bengang melihat gambar itu, kerana ia seolah-olah ada unsur penindasan terhadap negara yang beliau wakili, Senegal.

Senegal kini akan beraksi di pusingan play-off untuk menentukan adakah mereka bakal layak atau tidak untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Mendy memuat naik story yang jelas menghentam FIFA dengan beliau mempertikaikan tentang kesilapan dalam pemilihan gambar yang dilakukan oleh pasukan media mereka.

“2 hari saya melihat pada muat naik ini dan saya masih cuba untuk faham kenapa, tapi saya masih tak faham.”

Tulis bekas bintang Rennes itu dengan beliau turut tagged akaun media sosial FIFA.

“Adakah ia biasa untuk saya seorang sahaja yang tak memakai jersi negara saya Senegal? Adakah ia adil untuk Senegal?”

Selain isu dengan FIFA, Mendy pada minggu lalu turut menghentam beberapa media yang tersalah memuat naik gambar beliau untuk berita tentang Benjamin Mendy.

Tidak kira atas alasan apa sekalipun, kesilapan-kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku, baik untuk pihak media kerana tersalah Mendy, mahupun FIFA yang tidak memandang serious isu sentiviti pemain kebangsaan.

Andai bukan Mendy seorang, ia masih boleh diterima, namun dari kesemua pemain yang ada, hanya beliau seorang sahaja yang gambarnya sekadar memakai baju dalam ( training under-top).

Mendy merupakan penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, dan beliau jugalah nadi penting yang membantu Chelsea dalam memenangi kejuaraan Champions League, serta mendahului saingan Premier League pada ketika ini.

Aksi Mendy menjaga gawang gol tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sering melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia demi memastikan gawang golnya tidak dibolosi.

Selain Mendy, Chelsea juga beruntung kerana memiliki barisan pertahanan terhebat dunia pada ketika ini, dengan Thiago Silva antara nadi dalam membantu menaikkan martabat barisan pertahanan The Blues.

Ketika beraksi bertemu Juventus semalam, Thiago Silva yang kini sudah berusia 37 tahun itu berjaya melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Aksi penyelamatan atas garisan Thiago Silva

Di usia 37 tahun, legenda bola sepak modern, Thiago Silva telah mempamerkan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau bukan hanya mempamerkan aksi persembahan mantap yang membantu Chelsea mencatatkan clean sheet, bahkan Thiago jugalah individu bertanggungjawab yang memastikan barisan pertahanan The Blues tidak mampu dilepasi pasukan lawan.

Ketika aksi kemenangan 4-0 menewaskan Juventus awal pagi tadi, Thiago Silva telah melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh menakjubkan pada aksi babak pertama permainan.

Juventus sebenarnya berdepan kesukaran untuk melepasi barisan pertahanan Chelsea sepanjang perlawanan ini.

Pada aksi babak pertama permainan, Juventus berjaya mengatur gerakan untuk mencari gol penyamaan memandangkan kedudukan pada ketika itu mereka sedang ketinggalan 1-0.

Morata berjaya menewaskan Mendy dengan satu sungkitan kemas dengan bola percubaan beliau melambung melepasi penjaga gol Chelsea itu dan menuju ke arah gawang gol yang sudah kosong.

Thiago Silva yang sebelum itu menjalankan tugasnya sebagai pertahanan dengan mengawal pemain lawan, segera berlari ke arah gawang golnya, dan berjaya mengeluarkan bola sebelum melepasi garisan gol.

Tindakan beliau itu layak dipuji kerana aksi penyelamatan berkelas dunia yang beliau persembahkan sebenarnya boleh mengundang kecederaan kepadanya.

Beliau hanya mengeluh kesakitan sebentar saja sebelum kembali beraksi seolah-olah beliau langsung tidak mengalami sebarang kesakitan.

Tidak ada mana-mana pemain dari saingan Premier League yang mampu melakukan dua aksi penyelamatan berkelas dunia dalam saingan liga dan Eropah setakat ini, melainkan Thiago Silva.

Beliau bolehlah dianggap sebagai penandatanganan paling berbaloi memandangkan Chelsea mendapatkan khidmat beliau secara percuma sahaja.

Pengalaman yang beliau miliki tidak boleh dinafikan lagi sungguh berguna untuk dirinya sendiri, dan juga digunakan untuk berkongsi dengan barisan pertahanan Chelsea yang lain.

Sejak kehadiran Thiago Silva, barisan pertahanan Chelsea dilihat semakin mantap, dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap mereka merupakan barisan pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Musim ini, selepas mengharungi 12 perlawanan, Chelsea hanya mencatatkan empat bolos sahaja dengan mereka pada ketika ini sedang berada di puncak saingan liga.

Dalam saingan Champions League pula, Chelsea telah berjaya menjaringkan 12 gol, dan mereka hanya mencatatkan satu bolos sahaja dari lima perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan.

Secara keseluruhannya sepanjang musim ini, Chelsea sudah berjaya menjaringkan 40 gol, dan 15 darinya berjaya dijaringkan oleh pemain di posisi pertahanan.

Thiago Silva dianggap antara punca mengapa para pemain pertahanan Chelsea benar-benar sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Reece James berjaya menjaringkan lima gol, Trevoh Chalobah dan Ben Chilwell masing-masing berjaya menjaringkan tiga gol, Antonio Rudiger dua gol, Marcos Alonso, Andreas Cheistensen dan Thiago Silva pula masing-masing menjaringkan satu gol.

Thiago Silva ketika aksi bertemu Leicester City sebelum ini turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut, atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau persembahkan.

Hari ini, ketika Chelsea membelasah gergasi Itali, Juventus, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Piala Dunia 2022: Senegal Mengiringi Belanda Ke Pusingan Seterusnya