Messi Dan Ronaldo Saling Memuji Dan Mahu Beraksi Bersama

Lionel Messi telah menolak perseteruan antara beliau dengan Cristiano Ronaldo sekiranya mereka berdua akan beraksi dalam pasukan yang sama.

Beliau turut mahu menjadikan gandingannya dengan Ronaldo sebagai gandingan terbaik dan tiada masalah untuk menghantar bola kepada Bintang Portugal itu jika beraksi bersama.

Ketua pasukan Barcelona yang kini berusia 32 tahun itu mempunyai perseteruan yang panas dengan bintang Juventus itu ketika dalam padang.

Ketika Messi ditanya adakah dia akan menghantar bola kepada bintang Portugal berusia 35 tahun itu, beliau akui akan melakukannya dengan rela dan ikhlas.

“Saya rasa, pada akhirnya jawapan saya adalah ya.”

Jelas Messi kepada akhbar tempatan Sepanyol Mundo Deportivo.

Ronaldo yang sudah mencapai usia 35 tahun pada Februari lalu masih berada dalam bentuk terbaik sebagai penjaring yang hebat dari awal hingga kini.

Lihat saja musim ini, daripada 32 penampilan sepanjang musim ini, Cristiano Ronaldo telah berjaya menjaringkan 25 gol untuk Juventus.

Lebih menarik lagi, bekas bintang handalan setan merah dan Real Madrid itu turut berjaya menjaringkan gol dari 11 perlawanan terakhir untuk pasukan Juventus musim ini dengan berturut-turut.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or, Lionel Messi juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjaringkan 24 gol dari 31 penampilan sepanjang musim ini untuk Barcelona.

Selain dari menjaringkan gol yang banyak pada musim ini bintang sensasi Argentina itu turut mencatatkan 16 assist sepanjang musim ini untuk semua pertandingan.

Messi telah memuji aksi persembahan terakhir Cristiano Ronaldo untuk Juventus dan menggelarnya sebagai “predatory striker“.

“melihat dia terus menerus menjaringkan gol itu adalah perkara biasa, dia adalah seorang penyerang pemangsa, dia terlalu suka untuk menjaringkan gol, bila-bila masa sahaja dia beraksi dia pasti akan menjaringkan gol.”

Kata-kata pujian dari Lionel Messi untuk Cristiano Ronaldo.

“Dia mempunyai banyak ciri-ciri dan sifat yang sangat hebat sebagai seorang penyerang yang berbisa.”

Cristiano Ronaldo sendiri menolak dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Messi panas oleh kerena perseteruan mereka.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu turut memuji seterus utamanya dan mengakui bahawa beliau sangat gembira dan bahagia jika diberi peluang untuk makan malam bersama Messi satu hari.

“Kami telah berkongsi pentas ini selama 15 tahun. Saya tidak tahu sebelum ini pernah terjadi atau tidak yang mana dua pemain mempunyai perseteruan seperti kami.”

Kata Cristiano Ronaldo ketika undian saingan Liga Juara-juara pada Ogos tahun lalu.

“Sudah tentu kami mempunyai hubungan yang baik. Kami masih belum pernah makan malam bersama, tetapi saya harap kami akan lakukannya satu hari nanti.”

“Kami mempunyai persaingan sengit ketika di Sepanyol. Saya menekan dia dan dia juga melakukan hal yang sama. Saya berbangga dapat masuk dalam lipatan sejarah bola sepak bersamanya.”

BACA:  Di Canio Bandingkan Messi Dan Ronaldo Dengan Kenyataan Yang Agak Brutal