Michail Antonio Jaringkan Gol Padu Dari Jarak Jauh Bantu Jamaica Ikat USA

Michail Antonio berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari jarak jauh ketika bantu Jamaica ikat USA 1-1 kemarin.

Amerika Syarikat berkunjung ke Independence Park untuk beraksi bertemu Jamaica dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

USA sudah berada di kedudukan selesa untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia Qatar, sementara Jamaica masih bergelut berada di kedudukan keenam.

Michail Antonio tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini bersama West Ham United.

Beliau setakat ini sudah berjaya menjaringkan enam gol dari 10 penampilan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini.

Melihat kepada persembahan mantap dan aksi konsisten yang beliau persembahkan di peringkat kelab, sudah tentu Jamaica sangat berharap beliau akan mampu berikan impak yang sama ketika beraksi bersama skuad kebangsaannya.

Kemarin, beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang lebih baik dari apa yang sering beliau pamerkan bersama West Ham.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang cukup padu dan tidak pernah dilakukan olehnya dalam saingan liga bola sepak Inggeris sejak tujuh tahun kariernya di England.

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol yang sungguh cantik dari luar kotak penalti, yang mana beliau tidak pernah melakukannya ketika beraksi dalam saingan Premier League.

Gol jaringan beliau itu berjaya membantu The Reggae Boyz untuk mengutip satu mata yang sangat bermakna.

Lihat saja bagaimana padu dan lajunya bola rembatan beliau dari luar kotak penalti itu menggegar jaring gawang gol USA.

Antonio sebelum ini pernah dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England oleh kedua-dua Sam Allardyce dan Gareth Southgate, namun beliau tidak pernah bermain untuk skuad The Three Liones.

Pada awal tahun ini, beliau telah mendedahkan hasratnya untuk menukar kerakyatan kepada warganegara Jamaica dan beliau mahu berusaha membantu skuad kebangsaan pilihannya itu untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia.

Sayangnya, beliau gagal untuk mendapatkan passport Jamaica pada awal kelayakan Piala Dunia, dan juga ketika aksi Gold Cup pada musim panas lalu.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya melakukan debutnya bersama Jamaica pada September lalu, dan beraksi ketika kekalahan bertemu Panama.

Pada minggu lalu beliau berjaya menjaringkan gol untuk membantu Jamaica mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu El Salvador.

Kemarin, Jamaica mengulang pencapaian mereka untuk mencatatkan satu lagi keputusan seri, dengan Antonio menjaringkan gol yang cantik untuk bantu skuadnya mengikat USA 1-1.

Melihat kepada kedudukan ketika ini, sepertinya agak mustahil untuk anak-anak buah Theodore Whitmore itu untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar.

Dengan berbaki enam perlawanan lagi di pusingan kelayakan, Jamaica kini berada tujuh mata di belakang penunggu kedudukan keempat kumpulan, Panama.

Jadi untuk mereka menempatkan diri beraksi di pusingan play-off juga sepertinya hampir mustahil dan sukar untuk berlaku.

Hanya tiga pasukan teratas yang akan layak secara automatik beraksi di pentas Piala Dunia Qatar, sementara penunggu tempat keempat akan beraksi di pusingan play-off.

Seandainya urusan pendaftaran untuk Michail Antonio berjaya disegerakan dan beliau sudah mampu beraksi bersama Jamaica sejak dari awal saingan kelayakan, sepertinya The Reggae Boyz masih mempunyai harapan.

Di usia beliau kini yang sudah mencapai 31 tahun, sukar untuk melihat Antonio akan beraksi lagi di pentas Piala Dunia akan datang.

Beliau kini sudah kembali menyertai kem latihan West Ham, dan sedang bersedia untuk beraksi dalam aksi saingan Premier League hujung minggu ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta