Mino Raiola Mahu Komisyen RM262.78 Juta Je Jika Mahukan Haaland

Super Ejen Mino Raiola hanya mahukan komisyen sebanyak RM262.78 Juta atau £47 juta je jika terjadinya perpindahan melibatkan pemain yang diuruskannya yang tidak lain tidak bukan, Erling Braut Haaland.

Manchester City dilaporkan sebagai pasukan yang sangat berminat mendapatkan pemain tersebut dan bersedia menyediakan wang tunai tidak kisah berapa saja nilainya bagi mendapatkan penyerang berbisa itu.

Mino Raiola yang berusia 54 tahun, telah memulakan lelongan untuk superstar itu dengan mengatakan dia akan meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini.

Erling Braut Haaland boleh dibeli pada musim panas ini pada harga £68 juta sahaja dipenghujung musim ini lantaran syarat ini termaktub dalam klausa kontrak beliau.

Namun apa yang paling menarik adalah komisyen yang dimahukan oleh Mino Raiola iaitu sebanyak £47 juta, kurang £21 je dari harga Haaland.

Real Madrid nak lelong Eden Hazard pun harga £43 juta je. Gila bukan? Walaupun benda ni sekadar khabar angin dan tiada sumber yang sah, namun itulah Raiola.

Mino Raiola telah menyatakan bahawa Manchester City adalah satu-satunya kelab Inggeris yang menarik minat Erling Haaland untuk disertai, walaupun Real Madrid turut bersaing.

Masalah untuk Real adalah kemungkinan mereka mahu mendapatkan Kylian Mbappe secara percuma daripada PSG dan kesukaran mencari wang untuk menandatangani kedua-duanya dalam satu musim walaupun masih mematuhi peraturan financial fair play.

Raiola juga menyatakan bahawa Bayern Munich berminat mendapatkan Haaland namun tidak akan mampu membayar gaji yang mewah. Railo berminat atau Haaland? Railo nak gaji mewah atau Haaland?

Pemain penyerang Norway itu juga akan menerima gaji sebanyak £21.3 juta setahun dalam tempoh lima tahun – jadi jumlah komitmen kewangan bagi sebarang perjanjian akan mencecah lebih £215 juta.

Sebelum ini Mino Raiola dilaporkan telah meraih komisyen sebanyak £40 juta daripada perpindahan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United dan yang pasti dari perpindahan Pogba Raiola meraih tidak kurang £20 juta.

Jika termetarai perjanjian antara Haaland dan mana-mana kelab, komisen £47 juta itu akan dibahagikan antara Raiola dan bapa pemain itu, Alf-Inge Haaland.

Pada awal tahun ini, menurut laporan dari Barcelona menyatakan bahawa Raiola dan ayah Haaland meletakkan syarat yang boleh dikatakan tidak masuk akal untuk perpindahan pemain tersebut.

Lebih menarik dan agak gila oik! oik! apabila telah terbocor syarat yang menyatakan bayaran bonus peribadi yang mereka akan nikmati beserta gaji Erling Braut Haaland.

RAC1 melaporkan, ada tiga syarat utama dan satu syarat tambahan diletakkan Raiola dan Alf Haaland kepada Barcelona.

1. Mino Raiola dapat €20 juta
2. Alf Inge Haaland dapat €20 juta
3. Gaji Haaland €30 juta setahun

Selain itu terdapat syarat tambahan oleh Mino Raiola kepada Barcelona di mana Lionel Messi terus kekal di Barcelona namun kini Messi sudah bersama PSG.

Benda yang tidak masuk akal dan gila ini merupakan satu perkara biasa bagi Raiola dan tidak hairanlah kenapa beliau menjadi ejen bola sepak paling dibenci.

Sebelum tamat musim lalu di bulan April, Mino Raiola telah mengadakan jelajah pemasaran Erling Haaland ke kelab besar di Eropah namun kerana situasi kewangan angkara wabak menyebabkan tiada perjanjian termeterai.

Pada ketika itu jelajah Raiola bermula dari Sepanyol hingga ke England, bermula dengan Real Madrid, Barcelona, Manhcester United, Manchester City dan dalam diam Bayern Munich mengintai.

Untuk rekod Super Ejen Mino Raiola memperoleh pendapatan hampir £270 juta (RM1.4 bilion) sepanjang kariernya sebagai ejen pada tahun 2016. Maka tidak hairanlah kenapa Raiola digelar Super Ejen.

Antara yuran perpindahan pemain Raiola

Itu pendapatan pada tahun 2016. Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Blaise Matuidi, Henrikh Mkhitaryan, Marco Verratti, Erling Braut Haaland dan Gianluigi Donnarumma antara klien diuruskan Raiola.

Nama Raiola semakin dikenali ramai apabila beliau mengikat Zlatan Ibrahimovic ketika pemain tersebut masih bersama Ajax. Dengan Zlatan sorang pun Raiola makan tak habis.

Beliau kemudiannya bertanggungjawab akan perpindahan penyerang antarabangsa Sweden tersebut ke Barcelona, Inter Milan, PSG, Manchester United, LA Galaxy dan kemudiaannya AC Milan.

Korang kira sendiri la berapa dah pendapatan Raiola sekarang.

BACA:  Hanya 8 Kali Haaland Menyentuh Bola Dalam Perlawanan City vs Liverpool