Alvaro Morata telah dimaki hamun oleh para peminat kerana beliau mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan Sepanyol menewaskan Portugal awal pagi tadi.
Sepanyol melayan kunjungan Juara Euro 2016 ke Wanda Metropolitano sebagai aksi pemanas badan untuk skuad kendalian Luis Enrique menghadapi Euro 2020.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan hampa selepas sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi perlawanan persahabatan itu.
Álvaro Morata and Spain booed by home crowd after friendly draw with Portugal https://t.co/xRPrSuWvZB
— The Guardian (@guardian) June 4, 2021
Morata tidak dinafikan memperoleh kesempatan emas untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 permainan, dengan beliau terlibat dalam situasi satu lawan satu berdepan Rui Patricio.
Patricio tersilap membaca arah bola rembatan Morata dengan penjaga gol Portugal itu melayangkan badannya ke sudut sebelah kanan.
Walau bagaimanapun, kesilapan Patricio itu terselamat dek kerana kedunguan dan nasib malang Morata yang gagal menyempurnakan kesempatan tersebut.
Bola rembatan bintang Juventus itu sekadar terkena palang gol dan terbias keluar dari kawasan bahaya.
No goals as Spain and Portugal 0-0
Alvaro Morata will be kicking himself having missed a couple of gilt-edged chances.
Ronaldo looks to the ground after failing to find a way through for Portugal
Jose Gaya attempts to send a ball past Renato Sanches in a nip-and-tuck contest pic.twitter.com/U838R5EfP3
— Lilian Chan (@bestgug) June 4, 2021
Luis Enrique sendiri menunjukkan reaksi tidak percaya melihat bagaimana dungunya Morata mensia-siakan peluang keemasan tersebut.
Menurut sumber laporan The Guardian, terdapat segelintir penyokong yang berada di dalam stadium ketika itu telah menyanyikan lagu yang menganjing Morata.
“Morata, berapa teruknya kamu!(bahasa Sepanyol)”
Alvaro Morata 🤝 Timo Werner
Once blues always blues pic.twitter.com/cVxEXyGit5
— KaiAlip (@alipbale_) June 4, 2021
Lucho's reaction for Morata's open goal miss is too kind. pic.twitter.com/y5KVSRER84
— 𝕻𝖆𝖛𝖆𝖓 🔟 ™ (@highonmessi) June 4, 2021
Bercakap selepas tamat perlawanan, Enrique dengan tegas telah mempertahankan pemainnya dan menegaskan bahawa ia hanya ‘Tidak bernasib baik’ sahaja dengan Morata sebenarnya sudah meletakkan usaha terbaik beliau dalam gerakkan itu.
Pengurus berusia 51 tahun itu kemudian menjelaskan:
“Ia agak merimaskan saya untuk melihat penyokong menyerang pemain saya.”
“Selepas segala usaha yang telah Morata lakukan, dia masih mampu berlari pantas sejauh 40 meter di akhir perlawanan, memperdaya penjaga gol dan cuma dia tidak bernasib baik kerana bola rembatan dia agak tinggi dan terkena palang.”
Home crowd boos Álvaro Morata and Spain after friendly stalemate with Portugal. By @sidlowe https://t.co/NETZZrGeul
— Guardian sport (@guardian_sport) June 5, 2021
“Saya rasa ia sebenarnya sesuatu yang harus dipuji dan dibanggakan. Tapi ia hanya untuk seseorang yang betul-betul tahun tentang bola sepak.”
Morata jelas akan turun sebagai penyerang utama Sepanyol untuk aksi Euro 2020 berbanding Gerard Moreno yang sedang menikmati karier yang gemilang bersama Villarreal musim lalu.
Sepanyol akan kehilangan ketua pasukan mereka, Sergio Ramos untuk kejohanan Euro edisi kali ini selepas pengurus kelab, Luis Enrique mengetepikan nama bintang berusia 35 tahun itu dari skuad 24 pemain beliau.
Sepanyol akan melalui satu lagi aksi pemanas badan mereka sebelum bermulanya Euro 2020 bertemu Lithuania di Municipal de Butarque pada 8 Jun nanti.
“I love it when fans boo me, but I really don’t like it when they do it to the players."
Spain coach Luis Enrique implored fans not to boo players #Spain #Football #LuisEnrique #AlvaroMorata https://t.co/TrJI9ZG4JQ
— News18 Sports (@News18Sports) June 5, 2021
Pemenang Piala Dunia 2010 itu akan memulakan aksi Euro tahun ini pada 14 Jun nanti untuk bertemu dengan Sweden di La Cartuja di Seville.
Sepanyol berada dalam kumpulan E untuk saingan Euro kali ini bersama Sweden, Slovakia dan Poland.