Nasihat Cavani Kepada Mbappe Untuk Menjadi Pemain Terbaik Dunia

Bintang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe terus mempamerkan prestasi cemerlang bersama pasukannya baik dalam saingan domestik ataupun peringkat Eropah musim ini.

Walaubagaimanapun, rakan sepasukannya Edinson Cavani percaya banyak lagi yang perlu dipelajari Mbappe untuk diangkat menjadi pemain terbaik dunia.

Dengar ni kawe nok nasihat sikit

Cavani berkata Mbappe perlu melalui banyak lagi perkembangan dari segi peribadi sebelum beliau boleh digelar pemain berkelas dunia.

Pemain berusia 19 tahun ini mencipta nama bersama Monaco musim lalu dimana beliau berjaya membantu pasukannya meraih kejuaraan Ligue 1 dan memacu Monaco sehingga ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Prestasi dan potensi yang ditunjukkan Mbappe membuka mata beberapa kelab ternama Eropah termasuk Real Madrid, Chelsea, dan Arsenal untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini.

Walaubagaimanapun, selepas puas berfikir, Mbappe memilih untuk terus kekal di Ligue 1 dan menyertai PSG dalam satu perjanjian pinjaman. PSG bakal membayar yuran perpindahan kedua tertinggi dalam sejarah bolasepak selepas Neymar musim panas ini bagi mengesahkan Mbappe sebagai pemain PSG.

Bakal bergelar pemain kedua termahal dunia musim panas ini

Musim ini menyaksikan status Mbappe dalam arena bolasepak Eropah semakin meningkat dimana beliau berjaya membentuk trio hadapan PSG yang digeruni pasukan lawan. Mbappe telah berjaya menjaringkan 14 gol dari 29 penampilan bersama kelab yang berpengkalan di Paris ini.

Salah seorang pemain senior PSG, Cavani telah memberi nasihat berharga kepada Mbappe dalam usahanya menjadi pemain terbaik dunia, sambil menambah bakat sahaja tidak mencukupi untuk berjaya.

“Saya percaya terdapat pemain diluar sana yang dilahirkan dengan bakat, dimana bakat mereka dianugerahkan olehTuhan sejak dari kecil lagi. Dan ada juga pemain yang perlu bekerja keras untuk berjaya. Kedua-dua jenis pemain ini boleh berjaya tetapi mereka akan melalui jalan yang berbeza.”

“Sebagai contoh Mbappe adalah pemain yang mempunyai potensi yang sangat besar dan kini sedang mengumpul pengalaman. Beliau sudah dikenali seluruh dunia, tetapi kini terpulang kepada beliau untuk mendapatkan lebih dari itu. Walaupun Mbappe telah dikenali seluruh dunia, beliau masih lagi pemain yang sangat muda.”

Real Madrid mangsa seterusnya

“Untuk bergelar pemain berkelas dunia, beraksi baik di atas padang sahaja tidak akan mencukupi. Kamu perlu mempunyai personaliti dan sikap tersendiri, disamping pendidikan. Itu adalah cara untuk bergelar pemain berkelas dunia.”

PSG kini selesa mendahului carta Ligue 1 dengan kelebihan 12 mata di hadapan juara bertahan, Monaco. Tetapi Cavani berkata fokus PSG musim ini adalah untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab.

“Saya percaya sejarah dan mitos yang tercipta dalam bolasepak sangat berkait rapat dengan Liga Juara-Juara. Sudah tentu, ia adalah kejohanan terbesar tetapi kejuaraan Ligue 1 pon penting juga.”

“Legenda berkenaan Liga Juara-Juara membuatkan peminat hadir ke kota Paris dengan perasaan sangat teruja. Tetapi saya tidak percaya kelab yang sedang meningkat naik seperti PSG perlu memenangi Liga Juara-Juara untuk diangkat menjadi pasukan berstatus legenda.”

BACA:  UEFA Champions League 2020/21: PSG 1-2 Manchester United