Nations League: Hungary 1-0 England

Skuad Tiga Singa, England memulakan kempen UEFA Nations League di League A Group 3 dengan langkah kiri apabila telah dikejutkan oleh Hungary dengan kekalahan tipis satu gol tanpa balas.

Dalam League A Group 3, England berada bersama-sama Hungary, Itali dan Jerman, kekalahan ini nyata memberi tamparan hebat buat England dan menjadi kejutan besar di Nations League setakat ini.

Masih jauh perjalanan England sebenarnya untuk menentukan samada layak atau tidak kerana masih ada lima perlawanan berbaki.

Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, Hungary berjaya menewaskan England sejak tahun 1962 kira-kira 8 tahun dan 95 hari sebelum Southgate dilahirkan.

Perlawanan di Puskas Arena ini sepatutnya dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran sebarang penyokong samada tuan rumah atau lawan disebabkan oleh insiden perkauman

Perlakuan bersifat perkauman dari penyokong Hungary di EURO 2020 menyebabkan Hungary dihukum tiga perlawanan tanpa penonton namun sebaliknya terjadi.

Untuk perlawanan ini hanya kanak-kanak berusia bawah 14 tahun dibenarkan masuk namun terdapat juga orang dewasa dan hampir 30,000 penonton Hungary hadir dan penyokong England tidak dibenarkan.

Jika kanak-kanak dibenarkan masuk sudah pasti penjaga mereka yang merupakan orang dewasa akan ada bersama dan idea membenarkan kanak-kanak masuk ini telah dikritik Gareth Southgate.

Ketika lagu kebangsaan England, God Save the Queen berkumandang semua penonton di stadium diam menghormati namun ejekan penuh nafsu mula kedengaran ketika pemain England berlutut sebagai tanda anti perkauman.

Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold juga mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana hanya membatu tidak menyanyikan lagu kebangsaan seperti rakan sepasukan yang lain.

Dalam perlawanan ini, England kelihatan agak goyah sejak awal permainan. Gareth Southgate bermain dengan tiga pertahan di mana Arnold dan James Justin yang melakukan debut selaku wing back dilihat tidak berfungsi dengan baik.

Hungary dengan garang dan tanpa henti menyasarkan pertahanan England di bahagian sayap yang tidak dikawal dan gol kemenangan HUngary melalau sepakan penalti separuh masa kedua daripada Dominik Szoboszlai datang dari lubuk di bahagian sayap.

Reece James yang masuk menggantikan Arnold pada minit ke-62 telah menolak pemain sayap Hungary, Zsolt Nagy.

Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan kesalahan Recee James selepas melakukan pemeriksaan dan kad kuning kekal menjadi milik James.

Pada minit ke-66, Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan sepakan dan gol itu menjadi satu-satunya gol perlawanan.

Jude Bellingham dan Bukayo Saka sahaja antara pemain yang layak diberikan kredit dan pujian dalam perlawanan ini dan kerana tewas kredibiliti Harry Maguire terus dipersoal.

Aksi buruk dan kelakar Maguire dikelab sebelum ini sering kali ditutup sedikit dengan aksinya bersama England.

Hungary (3-4-1-2): Gulacsi; Lang, Orban, Attila Szalai; Nego, A Nagy (Styles 82), Schafer, Z Nagy (Vecsei 88); Sallai (Kleinheisler 71), Szoboszlai (Fiola 82), Adam Szalai (Adam 88).

Simpanan: Dibusz, Szappanos; Kecskes, Salloi, Bolla, Vancsa, Spandler.

England (3-4-3): Pickford; Walker (Stones 62), Coady (Phillips 79), Maguire; Alexander-Arnold (James 62), Bellingham, Rice, Justin (Saka 45); Bowen, Kane, Mount (Grealish 62).

Simpanan: Ramsdale, Pope; Trippier, Gallagher, Ward-Prowse, Sterling, Abraham.

Format Nations League

Format UEFA Nations League dibahagikan kepada League A, B, C dan D di mana League A, B dan C mempunyai 16 pasukan yang dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan 1, 2, 3 dan 4.

Manakala League D dihuni tujuh pasukan sahaja yang terdiri dari dua kumpulan. Juara kumpulan di League A akan beraksi di separuh akhir bagi merebut trofi Nation League yang akan dilangsungkan pada jun 2023.

Juara kumpulan League B, C dan D akan mendapat promosi naik ke liga lebih atas dan pasukan tercorot di League A dan B akan diturunkan ke liga bawah.

Namun di League C hanya dua pasukan sahaja yang akan turun ke League dan empat pasukan yang berada di tempat tercorot akan bermain play-off untuk terus kekal atau jatuh ke bawah.

Ini bermakna Piala Nations League ini dipertandingkan setiap dua tahun, setahun main liga dan setahun lagi main final.

Portugal adalah juara Nations League edisi pertama yang berlangsung pada 2019 dan Perancis pula merupakan juara edisi kedua yang berlangsung pada tahun 2021.

LEAGUE A

Group A1: Netherlands, Italy, Bosnia and Herzegovina, Poland
Group A2: England, Belgium, Denmark, Iceland
Group A3: Portugal, France, Sweden, Croatia
Group A4: Switzerland, Spain, Ukraine, Germany

LEAGUE B

Group B1: Austria, Norway, Northern Ireland, Romania
Group B2: Czech Republic, Scotland, Slovakia, Israel
Group B3: Russia, Serbia, Turkey, Hungary
Group B4: Wales, Finland, Republic of Ireland, Bulgaria

LEAGUE C

Group C1: Montenegro, Cyprus, Luxembourg, Azerbaijan
Group C2: Georgia, North Macedonia, Estonia, Armenia
Group C3: Greece, Kosovo, Slovenia, Moldova
Group C4: Albania, Belarus, Lithuania, Kazakhstan

LEAGUE D

Group D1: Faroe Islands, Latvia, Andorra, Malta
Group D2: Gibraltar, Liechtenstein, San Marino

BACA:  Dua Biji Bola, Penalti, Lampu Laser di Muka Penjaga Gol : Perincian Senarai Kontroversi Dalam Perlawanan England Menentang Denmark