Nemanja Vidic: Southgate Memiliki Kekuatan Mental, Berani Ambil Risiko Dan Keputusan Dia Betul

Saya tidak suka penyerang tetapi bukan disebabkan masalah peribadi. Jika anda tidak suka seseorang maka anda tidak mahu mereka menjadi lebih baik atau tidak menjaringkan gol.

Pasukan England tidak boleh membenarkan penyerang lawan menjaringkan gol, jadi mereka tidak boleh suka kepada penyerang.

Nemanja Vidic dan Serbia

Saya mempunyai pengalaman bersama Serbia -kami hanya bolos 1 gol dalam 10 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006.

Raul yang menjaringkan 1 gol tersebut, dia merupakan pemain hebat tapi dia seorang penyerang jadi saya tidak suka dia.

Saya tidak mahu bertukar jersi dengan dia dan tidak mahu bercakap dengannya.

Saya tahu, kami tidak mempunyai skuad kebangsaan (Serbia) yang kuat dan perlu bertemu pasukan Sepanyol dan Belgium yang berada dalam kumpulan kami.

Tetapi pertahanan kami kuat, memiliki ketinggian, mempunyai pengalaman dan kami menggunakan elemen tersebut di tahap maksima.

Seluruh pemain akan bertahan. Kami mengenali antara satu sama lain , kami percaya sesama sendiri, tahu tentang kekuatan kami dan kami saling bantu membantu.

Kami sedar jika kami tidak bolos peluang kami untuk menang semakin tinggi. Serbia tidak mempunyai ramai pemain untuk dipilih -seperti apa yang dimiliki pasukan England.

Pemain pertahanan

Seperti kami, England hari ini dibina berasaskan pertahanan. Pertahanan secara bersama berbanding kehebatan 1 individu.

Pemain pertahanan England bukanlah pemain terbaik di dunia tetapi mereka kuat secara berkumpulan dan mempunyai keseimbangan.

Bersama England, Harry Maguire kelihatan cukup yakin dan selesa, malah lebih baik ketika dia bermain di Manchester united.

Dia masih mempunyai ruang untuk terus menjadi lebih baik, jika dia mahu dikenang sebagai salah seorang pertahanan terbaik dunia, dia perlu menang piala.

Apabila saya melihat kepada Maguire dia adalah pertahanan yang seimbang dalam semua aspek.

Sebagai contoh dia tidak sepantas dan sebaik Rio Ferdinand, dia tidak sebaik saya dalam tandukan dan bentesan tetapi dia mempunyai kualiti dalam permainan.

Kepantasannya memadai begitu juga dengan kekuatannya. Dia boleh melompat dan mengawal bola dan perposisian Maguire baik. 8/10 markah dalam semua perkara.

John Stones pula bagus ketika bersama bola. Malahan kualitinya lebih baik ketika mengawal bola berbanding ketika bertahan. Hantarannya cemerlang.

Dia memahami peranannya dan tahu dia boleh naik lebih tinggi jika Southgate menggunakan 3 pertahanan tengah. Stones dan Maguire mempunyai ketinggian dan sering menang bola di udara.

Sementara itu Luke Shaw tiba di Manchester United sejurus saya pergi. Dia mengalami kecederaan namun bangkit dan mempunyai musim hebat tahun lepas. Kami sentiasa tahu Shaw cukup bahaya ketika menyerang.

Kyle Walker meningkat secara taktikal sejak berada dibawah bimbingan Pep Guardiola. Saya suka Kieran Tripper apabila dia memutuskan untuk pergi ke Atletico Madrid kerana ramai pemain England hanya kekal di England.

Tetapi Tripper mempunyai keberanian untuk pergi ke Sepanyol dan bermain bola sepak yang berbeza. Disebabkan itu dia menjadi semakin baik dan memahami bola sepak pada tahap lebih tinggi.

Pemain dihadapan pertahanan

Saya juga memberi kredit kepada pemain dihadapan pertahanan yang membantu menutup ruang kepada lawan.

Apabila saya melihat Declan Rice dan Kalvin Phillips, mereka tidak kelihatan seperti pemain tradisional Inggeris -Paul Scholes, Frank Lampard Steven Gerard dan David Beckham. Kumpulan pemain ini lebih kreatif dan sering menjaringkan gol.

Rice dan Phillips pula mematikan serangan pantas dari pihak lawan dan setiasa kekal dihadapan pertahanan untuk membina pertahanan ampuh. Mereka tidak banyak melakukan kekasaran untuk membenarkan lawan mendapatkan sepakan percuma.

Mereka memberi ruang kepada pertahanan sisi naik keatas untuk membantu barisan serangan. Mereka berdua cukup cergas tidak kira sebelum atau selepas musim bermula dan berakhir.

Pemain England lebih cergas dan penjaga gol berimpak

Jika dilihat pada pasukan Belgium, pemain mereka kelihatan penat dan mula mengalami kecederaan akibat masalah itu. Sebahagian pemain Perancis juga mengalami masalah sama.

Ramai pemain yang bermain dengan kelab besar mengalami masalah tersebut. Bagaimanapun ia boleh diterima kerana mereka hampir tidak berehat kerana masalah jadual padat akibat pandemik Covid.

Oleh sebab itu kelibat pemain dari kelab besar seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Jadon Sancho atau Jordan Henderson jarang kelihatan. Tetapi sebilangan besar pemain England tidak menunjukkan tanda kepenatan.

Jordan Pickford adalah penjaga gol yang dominan. Dia kuat, yakin, boleh diharap dan sentiasa berjuang pada setiap perlawanan yang dilaluinya. Anda sangat memerlukan benda ini dari seorang penjaga gol. Edwin Van Der Sar menyelamatkan kami di Manchester united.

Anda tidak mahu seorang penjaga gol yang melakukan aksi penyelamat hebat tetapi dalam masa sama melakukan kesilapan. Pickford tidak bolos dalam 5 perlawanan dan itu cukup mengagumkan.

Pendekatan Southgate

Terdapat beberapa sebab kenapa England sukar dibolosi. Yang pertama kerana pendekatan Southgate. Pasukannya banyak melakukan pressing di bahagian lebih tinggi. Southgate mencipta peluang jaringan dengan menggunakan kepantasan.

Sekarang Southgate bukan sahaja menghasilkan bola sepak yang indah tetapi juga meraih keputusan yang baik. Situasi ini meletakkan pasukannya semakin hampir menjuarai EURO.

Saya terkejut kerana Southgate tidak banyak menurunkan Marcus Rashford, Phil Foden dan Jadon Sancho dalam kesebelasan utamanya. Tetapi saya percaya cara untuk menang perlu bermula dari barisan pertahanan.

Sejak awal kempen Southgate menghadapi situasi sukar untuk membuat keputusan membina pertahanannya namun keputusannya selepas itu adalah betul.

Sekiranya anda melihat 4 pasukan yang bermain di separuh akhir, mereka adalah pasukan yang mengutamakan barisan pertahanan. Pasukan yang sedikit melakukan kesilapan dibahagian itu. Pasukan yang melakukan counter attack dan memanfaatkan peluang set pieces.

Fakta yang tidak boleh dinafikan Southgate mengambil risiko dengan mengutamakan pertahanannya -hanya menjaringkan 1 gol pada 2 perlawanan awal. Dia dikritik selepas hanya meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Scotland.

Dia akan dikritik hebat jika England terkeluar dari saingan, tetapi Southgate tetap dengan rencananya.

Southgate pilihan tepat

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) melakukan keputusan tepat melantik dan terus berada dibelakangnya sebagai pengendali England.

Saya masih ingat, orang meragui kemampuannya ketika dia dilantik sebagai jurulatih England, tetapi FA dan Southgate mempunyai visi yang jelas.

FA tahu Southgate cukup stabil, pintar dan seimbang ketika mengurus pasukan B21. Dia mempunyai semangat berpasukan yang terbina untuk menghasilkan keputusan mengagumkan.

Penyokong boleh menjadi berbeza, mereka boleh menjadi positif atau negatif terhadap England kerana jangkaan dari mereka sentiasa tinggi. ‘Anda boleh lihat Denmark menjuarai Piala Eropah tetapi FA tidak akan panik.’

Peminat seharusnya faham pasukan tidak akan sentiasa bermain baik dalam semua perlawanan yang dihadapinya.

Kadang-kadang mereka menang dalam permainan buruk. Mereka perlu menyokong pasukannya sebab sorakan negatif dari 60,000 penyokong adalah perkara paling yang buruk.

Menang punca pemain lebih baik dan yakin

Ketika di Manchester United saya sering bergurau dengan pemain England, mereka sering dijangka menjadi pasukan terbaik namun tidak pernah melakukannya -walaupun mempunyai ramai pemain hebat.

Kami sering bergurau ketika kejohanan belum bermula, tetapi tidak selepas kejohanan berakhir terutamanya ketika England terkeluar dari saingan.

Itu bukan masa sesuai untuk bergurau dan saya tidak boleh melebih-lebih sangat kerana saya juga tidak memenangi apa-apa bersama Serbia.

Memenangi piala adalah perkara yang akan dilakukan oleh pemain terbaik dan piala boleh membuatkan pemain menjadi lebih baik. Pemain akan lebih gemuruh sehinggalah mereka menang piala.

Anda harus menang, sekali anda menang, tahap keyakinan dan tenaga anda akan berubah. Anda lebih tenang dan tahu bagaimana untuk menang.

Ketika bersama Manchester united kami tidak berhenti memenangi kejuaraan. Juara Piala Liga 2006, Liga Perdana Inggeris 2007, 2008, 2009, Liga Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia 2008.

Kumpulan pemain ini menang banyak piala dan mereka boleh tampil dalam pertandingan besar kerana mereka sudah biasa. Kami berkembang dengan pelbagai cara dan England boleh melakukan perkara yang sama.

Kekecewaan Vidic

Bersama Serbia, kami pergi ke Piala Dunia 2006 dalam keadaan berantakan. Saya digantung pada perlawanan pertama dan kemudiannya cedera.

Beberapa pemain lain juga mengalami kecederaan, baki pemain meneruskan cabaran dan kami dibolosi 6 gol oleh Argentina.

Pada kempen kelayakan kami dipuji kerana mempunyai pertahanan yang kuat, dalam sekelip mata menjadi yang terburuk.

Adakah perkara ini akan berlaku kepada England?

Mereka tidak mengalami krisis kecederaan dan tidak mempunyai masalah penggantungan.

Mereka yakin, mereka bermain di laman sendiri dan mereka menang kerana Southgate membina pasukan bermula dibahagian pertahanan.

Semua pemain lebih selesa dibawah bimbingannya sebab mereka mengenali dia sebagai lelaki, bekas pemain pertahanan yang bertanggungjawab.

Dia membuat keputusan sukar dan kontroversi untuk mempertahankan ‘rumahnya’. Dan dia betul.

Sumber: Nemanja Vidic, The Athletic

BACA:  Trippier Dedah Apa Yang Southgate Katakan Ketika 'Team Talk' Sebelum Aksi Tambahan Masa