Neymar Dikecam Kerana Tidak Hadiri Pengkebumian Pele

Pemain bintang Brazil dan PSG, Neymar telah dikecam hebat oleh media Brazil kerana dia tidak pulang untuk menghadiri majlis pengkebumian legenda bola sepak dunia, Pele.

Memandangkan Neymar boleh dikatakan bintang terbesar dalam bola sepak Brazil sekarang, ramai yang menjangka dia akan hadir untuk pengebumian Pele yang dianggap sebagai hero.

Kerana tindakannya itu Neymar kini berdepan kritikan di negara asalnya selepas dia memilih untuk tinggal di Perancis dan berlatih bersama PSG berbanding pulang ke Brazil.

Mereka merasakan Neymar sepatutnya meminta izin dari PSG untuk ke sana dan jika tidak dibenarkan dia boleh berkeras seperti mana yang dilakukannya untuk pergi berpesta.

Penyampai berita Brazil Urgente, Jose Luiz Datena mengecam Neymar, dia berkata:

“Jika Neymar mahu dibebaskan, dia datang. Neymar boleh menekan PSG untuk datang ke sini.”

“Dia sudah beberapa kali menekan kelab untuk datang ke parti untuk berpesta, kenapa tidak minta PSG mengucapkan selamat tinggal kepada Pele?”

“Saya rasa Neymar, sebagai pemain Brazil, mempunyai kewajipan untuk datang melihat keranda Pele untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Ia penting untuk bola sepak Brazil.”

Neymar Sr. yang merupakan bapa kepada Neymar menjelaskan bahawa anaknya telah mewakilkan dirinya untuk menghadiri majlis pengkebumian Pele itu dan Neymar Sr. telah menjelaskan:

“Hari ini adalah untuk menyokong keluarga Pele, kami telah banyak kehilangan. Dia memberi inspirasi kepada ramai orang dan sukan itu, dia membawa kami ke sini hari ini.”

“Dia telah memberi inspirasi kepada semua generasi, dia sentiasa menjadi rujukan. Sebab itu anak saya minta saya berada di sini.”

“Untuk memberi sokongan kepada keluarga Pele. Kami tahu apa itu kehilangan seseorang dan kami bukan sahaja kehilangan seorang atlet, kami juga kehilangan seorang warganegara, orang Pele. Tidak, Neymar tidak akan datang.”

Bintang PSG dan Brazil Neymar sebelum ini telah menulis dengan penuh emosi di Instagramnya yang menganggap bola sepak adalah sekadar sukan sebelum kemunculan Pele:

“Sebelum Pele, 10 hanya angka, saya pernah membaca frasa ini di suatu tempat, pada satu ketika dalam hidup saya, Tetapi ayat ini, walaupun cantik, tidak lengkap.”

“Saya akan katakan, sebelum Pele bola sepak hanyalah sukan. Pele telah mengubah semuanya. Dia mengubah bola sepak menjadi seni, menjadi hiburan. Dia memberi suara kepada orang miskin, kepada orang kulit hitam dan terutamanya: Dia memberi penglihatan kepada Brazil.”

“Bola sepak dan Brazil telah menaikkan status mereka terima kasih kepada Raja! Dia sudah tiada tetapi magisnya masih kekal. Pele SELAMANYA!!”

Syarikat penyiaran media dan berita Brazil, SporTV juga tidak dapat mengelakkan dari keceman apabila telah menyiarkan rancangan yang membicarakan mengenai pasukan Flamengo ketika pengkebumian Pele.

“Cik Ana Thais Matos. Bolehkah anda memberitahu saya jika anda bertanya kepada bos anda di @sportv mengapa stesen tempat anda bekerja meletakkan subjek kolektif bercakap mengenai Flamengo dalam agenda, sehingga menjejaskan pengebumian raja pele? atau adakah kemarahan anda selektif?”

Ketika majlis pengkebumian berlangsung, SporTV telah berbicara mengenai perlantikan Vitor Pereira sebagai pengurus baru Flamengo selepas meninggalkan Corinthians November lalu.

Ribuan hadir ke majlis pengkebumian bagi memberi penghormatan terakhir kepada Pele yang meninggal pada 29 Disember lalu di usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.

Pele telah diangkat sebagai Raja oleh rakyat Brazil kerana jasa bakti kepada tanah air melalui bola sepak.

BACA:  Neymar Pamer Aksi Luar Biasa Menakjubkan Ketika Bertemu Peru