Neymar Dilayangkan Kad Merah Kerana Aksi Terjun Tiruk

Neymar telah dilayangkan kad merah dalam aksi kepulangan kembali bersama PSG selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022 di mana Brazil selaku pilihan utama kandas di suku akhir.

Juara bertahan Ligue 1 itu turun menentang Strasbourg untuk perlawanan pertama mereka selepas liga Eropah kembali bersambung yang terus menyajikan aksi penuh drama.

Walaupun Lionel Messi masih diberi tempoh rehat yang panjang sambil meraikan kejayaan memenangi satu trofi keagungan yang menjadi rebutan ramai, PSG masih masih dua pemain dinamik Neymar dan Kylian Mbappe yang tersedia.

Lionel Messi hanya melihat perlawanan ini di Skrin TV dirumahnya di Argentina selepas memuat naik storu di laman Instagramnya.

Kylian Mbappe tidak menyambung cutinya dan terus kembali ke kem latihan PSG selepas Perancis tewas diperlawanan akhir Piala Dunia 2022 kepada Argentina, Mbapp memilih tidak mahu bercuti mungkin kerana tiada apa yang perlu diraikan.

Tetapi ia adalah malam yang perlu dilupakan untuk Neymar, yang menerima dua kad kuning berturut-turut pada separuh masa kedua.

Amaran pertamanya adalah kerana menghulurkan dan meletakkan tangan ke muka lawan tetapi yang kedua hadir kurang dua minit kemudian, adalah untuk simulasi yang mengejutkan dan memalukan.

Walaupun tiada apa-apa sentuhan dan kekasaran dari lawan, Neymar memilih untuk rebah ke tanah dengan cara yang menyedihkan dan pengadil pula memilih untuk menghukumnya dengan menunjukkan kad kuning kedua yang membawa kad merah kepada pemain Brazil itu.

Neymar telah dilihat membantah keras keputusan pengadil dan pergi berhadapan dengan pengadil muka ke muka dari jarak kurang beberapa sentimeter.

Dilaporkan juga Neymar terus meninggalkan gelanggang keramat PSG, Parc des Prince selepas diarahkan meninggalkan padang.

Bekas bintang Barcelona dan Santos itu mempunyai reputasi apabila turun ke padang mampu melakonkan watak teater sejak menjadi terkenal tetapi telatahnya yang terikini tidak akan menjejaskan reputasinya malah mengukuhkan reputasinya sebagai pelakon dan penerjun bola sepak terbaik.

Sebelum mengutip kad merah pada minit ke-62 itu, Neymar telah menyajikan peminat PSG dengan satu assist cantik sebelum menggelecek pemain Strasbourg dengan teknik elastico untuk menutmeg lawan.

Terkedu pemain Strasbourg terkena nutmeg penuh berseni dengan combo melibatkan dua skill beraras tinggi.

Aksi elastico dan lakonan Neymar dalam perlawanan ini bukan satu tetapi dua, di mana Neymar telah mengayam-ayamkan pemain Strasbourg dengan elastico.

Dan apabila disentuh Neymar terus menerbangkan badannya ke belakang untuk mencari sesuap penalti namun tidak diendahkan pengadil.

Marquinhos boleh tahan juga dalam perlawanan ini apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-14 melalui satu sundulan tajam menyambar sepakan percuma cantik Neymar.

Kemudian Marquinhos telah menjaringkan gol untuk Strasbourg pada minit ke-51 dan jaringan ini telah digelar sebagai gol sendiri.

10 minit kemudian Neymar dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-61 dan 62.

Ternyata ketiadaan Neymar memberi tekanan kepada PSG untuk meraih tiga mata dan memberi kelebihan kepada Starsbourg sekurang-kurangnya berkongsi mata.

Namun itu tidak terjadi apabila Kylian Mbappe muncul wira apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas bajunya ditarik Gerzino Nyamsi pada masa kecederaan.

Tiada masalah untuk Kylian Mbappe terus menjaringkan gol dengan pengalaman penaltinya di Piala Dunia yang lalu.

Kemenangan ini membolehkan PSG terus mendahului Ligue dengan 8 mata dihadapan Lens dan 13 mata mengatasi Rennes ditangga ketiga selepas 16 perlawanan.

BACA:ย  PSG Sanggup Jual Neymar Dengan Harga Diskaun, 3 Kelab EPL Dikaitkan