Neymar Dipelawa Sertai Newcastle dan Dijanjikan Jersi Nombor 10

Neymar yang masih tidak ketentuan masa depanya bersama PSG telah dipelawa untuk menyertai Newcastle United dan tidak sekadar pelawaan malah Neymar dijanjikan dengan jersi bernombor 10.

Pemain bintang Brazil dilaporkan telah diberitahu bahawa dia tidak lagi diperlukan oleh kelab kota Paris itu dan bebas untuk mencari kelab baharu.

Pada ketika ini, Neymar menikmati pendapatan £490,000 seminggu di Parc des Princes dan tidak banyak kelab yang mampu untuk membayar gaji Neymar.

Pemain Brazil yang makin meningkat naik, Joelington telah menawarkan peluang kepada Neymar untuk menyertai Newcastle United.

Selain Joelington, seorang lagi pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes telah menyertai The Magpies pada januari lalu.

Bercakap kepada Cast FC Podcast, Joelington telah mengajak Neymar untuk bersamanya di Newcastle United:

“Kami boleh bagi dia tempat. Jika di datang akan ada… Aku tak boleh nak jelaskan di sini.”

“Lelaki ini seorang idola, nama yang amat besar dalam bola sepak, jadi jemputan telah di buat.”

“Ney (nama manja Neymar), kalau kau dengar, datang la. Aku akan berlari kepada kau setiap masa.”

Joelington memang menjemput Neymar datang seperti jemputan sambutan hari jadi dan siap menawarkan jersi nombor 10 milik Allan Saint-Maximin kepada Neymar.

Joelington yakin Allan Saint-Maximin akan gembira dan berbesar hati menyerahkan nombor itu kepada Neymar.

“Jersi nombor 10 menanti Neymar.”

“Aku akan hantar mesej kepada Bruno Guimaraes, dia ada nombor Ney. Dia boleh hantar mesej jemput Ney datang main sini.”

Kepala masuk air betul Joelington apabila sesukati mempelawa Neymar bermain bersama Newcastle United.

Newcastle United telah diambil alih oleh konsortium Arab Saudi pada Oktober lalu dan kini menjadi pasukan paling kaya di dunia lantaran kekayaan dimiliki pemiliknya.

Ketika pengambilalihan, The Magpies berada di zon penyingkiran namun berjaya menamatkan musim ditangga ke-11 selepas menggantikan Steve Bruce dengan Eddie Howe.

Pembelian di jendela perpindahan januari yang bijak dari Eddie Howe telah merupakan nasib Newcastle United yang terus memanjat ke kedudukan pertengahan liga.

Newcastle United tidak memilih untuk berbelanja besar dan tidak berakal. Mereka sangat berhemah dan didahulukan kepada menaik taraf insfrastruktur pusat latihan dan akademi.

The Magpies hanya memperkuatkan kembali posisi yang lebih untuk terus bersaing di Premier League dan mendapatkan Matt Targett dari Aston Villa sebagai pemain tetap.

Selain itu Eddie Howe telah mendapatkan penjaga gol Burnley, Nick Pope dan pemain pertahanan Lille Sven Botman setakat ini.

Eddie Howe sebelum ini menjelaskan bahawa dia hanya mahu mendapatkan pemain yang sesuai terlebih dahulu dan tidak mahu tergesa-gesa mengejar kejuaraan.

“Kami mahu membawa masuk pemain yang tepat, seorang pemain yang bangga menyarung jersi dan perkara ini mampu membawa perubahan.”

“Semua orang mahukan segalanya dengan cepat, perkara itu sukar dilakukan.”

Pengurus Newcastle United itu juga lebih mementingkan dalam membuat keputusan yang bijak dalam memajukan pasukan.

“Ini semua mengenai keputusan yang bijak. Kami semua sedar kami perlu merubah pasukan dan kami perlu mempamerkan peningkatan tapi sukar untuk mewujudkan keseimbangan.”

Walaupun mempunyai pemilik yang paling kaya sekalipun di atas bumi ini mana-mana pasukan tidak boleh berbelanja sesuka hati seperti zaman Chelsea yang menukar berbelas pemain serentak.

Ini kerana wujudnya Financial Fair Play (FFP) yang mensyaratkan perbelanjaan kelab adalah mengikut pendapatan yang diraih kelab malah pemilik tidak boleh menyuntik modal sesuka hati.

Semua ini diwujudkan bagi memberi persaingan yang lebih sihat kepada pasukan yang berada dipertengahan liga dan kebawah.

BACA:  Ramos Leraikan Neymar Dan Mbappe Yang Mahu Bertumbuk