Kenal tak Neymar? Pemain termahal dunia yang bermain untuk pasukan Paris Saint Germain di Liga Perancis? Kalau kenal, bagus. Senang nak cerita.
Neymar ni biasanya kita kenal sebagai seorang pemain yang lincah dan padu di atas padang. Gelecekan bola di kakinya membuatkan dia kelihatan seperti sedang menari.
Tapi setiap orang ada pasang surut harinya dan semalam, dalam perlawanan Ligue 1, Neymar telah mengambil sepakan penalti yang boleh dikatakan paling lembik dan lemah dalam kariernya ketika pasukannya tewas kepada Nantes 1-3 di tempat lawan.
Ketika kejadian berlaku, Paris Saint Germain sedang ketinggalan tiga gol tanpa balas sebelum separuh masa pertama tamat selepas Randal Kolo Muani, Quentin Merlin dan Ludovic Blas menjaringkan gol buat Nantes.
Sebaik sahaja perlwanan disambung pada separuh masa kedua, Neymar telah menjaringkan gol pertama Paris Saint Germain untuk merapatkan jurang dengan pasukan lawan pada minit ke-47.
Pada minit ke-59, Neymar berpeluang untuk menambahkan jaringan selepas Paris Saint Germain dianugerahkan sepakan penalti apabila penyerang sensasi Kylian Mbappe dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain lawan.
Sekiranya Neymar berjaya menjaringkan gol, pemain Paris Saint Germain pasti akan lebih bersemangat untuk melakukan comeback dan memenangi perlawanan ini.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Neymar mengambil keputusan untuk menyepak bola leret ke sebelah kiri penjaga gol Nantes, Alban Lafont. Pun begitu, sepakan Neymar sangatlah lemah ibarat seorang pemain yang sudah tiga hari tak makan nasi dan bola bergolek seperti sepakan budak darjah dua.
Lafont tanpa segan silu dan tidak perlu bersusah payah menahan bola tersebut, sekaligus mengecewakan Neymar.
Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua Paris Saint Germain dalam saingan Ligue 1 pada musim ini dan tidak menggugat langsung keteguhan mereka di persada liga.
Selepas 25 perlawanan, Paris Saint Germain mengutip 59 mata selepas menang 18 kali dan seri lima perlawanan, sekaligus bakal menyaksikan pasukan ini menjulang kejuaraan liga buat kesekian kalinya.
Kegagalan penalti ini adalah yang kedua berturut-turut selepas bekas pemain terbaik dunia, Lionel Messi, turut gagal menyempurnakan sepakan dari titik 10 ela tersebut ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan pusingan 16-pasukan Liga Juara-Juara UEFA tempoh hari.
Menariknya, kedua-dua penalti tersebut berjaya didapatkan oleh penyerang yang belum pasti lagi masa depannya di kelab tersebut, Kylian Mbappe.
Mbappe setakat ini masih belum memutuskan kelab manakah yang akan diwakilinya pada musim depan memandangkan kontraknya bersama kelab ibu kota Perancis ini akan tamat pada musim panas nanti.
Menurut laporan daripada media Jerman, BILD, Mbappe dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada penghujung musim ini dan Paris Saint Germain dan perbincangan antara kedua-dua belah pihak dilaporkan sudah memasuki fasa akhir.
Real Madrid and Kylian Mbappe 'reach an agreement on summer move' and the French striker will 'earn around £41M-A-YEAR' https://t.co/VrSsBLVRyf
— MailOnline Sport (@MailSport) January 31, 2022
Antara isi penting kontrak tersebut adalah gaji Mbappe yang ditawarkan – sekitar €50 juta setahun sebelum cukai, sekaligus bakal menjadikannya pemain bola sepak yang menerima gaji paling mahal dalam dunia.
Nilai ini bersamaan dengan;
€4.2 juta sebulan
€961,500 seminggu
€137,360 sehari
€5723 sejam
€95.40 seminit
€1.58 sesaat
Ini bermaksud, setiap kali Mbappe bangun pagi daripada tidur selama lapan jam, dia sudah mendapat gaji sebanyak €45,784, bersamaan dengan RM216, 880.87 – hanya dengan mengejar dan menyepak bola di padang!
🤑 €50m-a-year.
🤑 €4.2m-a-month
🤑 €961,500-a-week.
🤑 €137,360-a-day.
🤑 €5,723-an-hour.
🤑 €95.40-a-minute.
🤑 €1.58-a-second.Kylian Mbappé's contract at Real Madrid is mad. pic.twitter.com/WFC61MYGg3
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 31, 2022
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Real Madrid sememanya sudah mahu mendapatkan Kylian Mbappe sejak musim panas tahun lalu di mana mereka telah mebida harga sebanyak €200 juta untuk mendapatkan pemain ini meskipun kontraknya hanya berbaki semusim.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, menyelar Paris Saint Germain yang enggan menjual pemain mereka dan melabelkan kelab Perancis tersebut sebagai kelab kerajaan – merujuk kepada pemilik yang merupakan putera dari Arab.
“Sekarang kami tawarkan €200 juta untuk seorang pemain dan mereka tak nak jual dia. [Beli pemain] Ketika pemain itu tamat kontrak lebih bagus,” ujar Perez.
Paris Saint Germain akan kembali bertemu Real Madrid dalam perlawanan kedua timbal balik pusingan 16-pasukan Liga Juara-Juara UEFA pada 10 Mac nanti di Santiago Bernabeu. Perlu diingat, sudah tiada peraturan gol di tempat lawan pada musim ini.
Maka mungkin kita akan menyaksikan aksi serang menyerang yang padu antara kedua-dua pasukan.
Sumber : SB