Neymar Tidak Puas Hati Dengan Rangking Rakannya Dan Anggap Ballon d’Or Bergurau

Seperti biasa apabila tamatnya anugerah yang memberi pengiktirafan kepada individu atau berkumpulan tidak kira dari bidang sukan, seni atau khidmat pekerja cemerlang maka akan ada suara-suara yang tidak berpuas hati.

Ballon d’Or juga tidak dapat lari daripada ketidakpuasan hati individu tetapi kali ini mereka sebulat suara dan bersetuju serta tidak menentang kemenangan Karim Benzema yang sememangnya layak.

Antara yang paling kuat dipersoalkan kemenangannya adalah Gavi bagi anugerah Kopa Trophy di mana terdapat beberapa pemain muda yang lain dilihat lebih layak.

Untuk pemenang Ballon d’Or tiada masalah dan hanya kedudukan selepas itu sahaja menjadi perdebatan.

Nemyar tampil menyatakan ketidakpuasan hatinya bahawa rakannya lebih layak untuk berada dikedudukan lebih baik dalam senarai 30 calon akhir Ballon d’Or.

Dan kegagalan rakannya itu untuk menduduki carta lebih atas telah dianggap sebagai jenaka dan rakannya itu adalah Vinicius Jr dan sudah tentunya bukannya Kylian Mbappe.

Kylian Mbappe sendiri hanya mampu mencebik setelah mengetahui dia hanya berada di kedudukan keenam sahaja walaupun berasa diri sangat hebat.

Vinicius Jr hanya diundi untuk menamatkan pencarian pemenang ditangga kelapan dibelakang Sadio Mane, Robert Lewandowski, Mohamed Salah, Kylian Mbappe dan sudah tentulah dibelakang Karim Benzema.

Neymar, yang gagal membuat ranking Ballon d’Or 2022 seperti orang lain tidak mempunyai masalah dengan Benzema membawa pulang hadiah individu yang diidamkan.

Dia percaya pemain Perancis itu ‘layak’ menerima anugerah itu berikutan musim sensasinya untuk kelab gergasi La Liga itu musim lalu.

Tetapi dia telah mengambil pengecualian terhadap kedudukan rakan sepasukan Brazilnya dalam ranking Ballon d’Or yang juga rakan sepasukan Karim Benzema di Real Madrid, Vinicius Jr.

Pemain berusia 30 tahun itu percaya pemain berusia 22 tahun itu sepatutnya berada di kedudukan lebih tinggi, mencadangkan penamat tiga teratas.

“Benzema, pemain terbaik yang layak!!” dia menulis di Twitter.

“Tetapi Vini jr di tempat ke-8 itu gurauan. Dia adalah 3 teratas minimum.”

Vinicius Jr menikmati tempoh yang prolifik musim lalu dan membintangi kempen kejayaan Liga Juara-Juara mereka dan juga La Liga.

Dia menjaringkan 22 gol yang mengagumkan dalam semua pertandingan dan mencatat 20 bantuan, mempamerkan persembahan menakjubkan dalam perlawanan besar menentang Paris Saint-Germain, Manchester City, Chelsea dan Barcelona.

Vinicius Jr menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi dia hanya mendapat ranking sederhana di tempat kelapan walaupun aksi heroiknya untuk Real musim lalu.

Dengan menghasilkan 22 gol dan 22 assist pada musim 2021/22, Vinicius Jr ini telah menyertai kumpulan elit pemain yang menjaring lebih 20 gol dan mencipta 20 assist semusim.

Pemain yang berjaya melakukannya adalah Thierry Henry, Frank Lampard, Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar dan beberapa orang lagi, kini Vinicius Jr sebaris dengan pemain elit ini.

Dalam abad ke-21 ini hanya 30 kali sahaja sudah terjadi di liga 5 teratas Eropah seorang pemain berjaya menjaringkan 20 gol serta 20 assist atau lebih dalam semusim.

Dalam 30 kali kejadian hanya melibatkan kurang 15 orang pemain di mana Lionel Messi melakukannya sebanyak 8 kali dan Luis Suarez pula sebanyak 4 kali.

Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Frank Lampard merupakan pemain yang melakukannya lebih dari sekali.

Jadi kepelikan yang diutarakan oleh Neymar ini adalah berasas berdasarkan rekod jaringan serta assist dilakukan Vinicius Jr yang sangat significant membawa Real Madrid menjadi juara Eropah.

Sepatutnya Vinicus Jr sekurang-kurangnya berada di belakang Sadio Mane atau di belakang Kevin De Bryune dalam kedudukan ketiga atau keempat minima.

BACA:  Coutinho: Neymar & Salah Mampu Gugat Dominasi Ronaldo-Messi