[VIDEO] Neymar Tolak Peminat Rennes Selepas PSG Kalah Dalam Final Piala Perancis

Rennes mengejutkan dunia apabila menewaskan pasukan gergasi yang juga juara Ligue 1 musim ini, Paris Saint-Germain menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjulang trofi ‘Coupe De France’ buat kali pertama sejak tahun 1971.

PSG merupakan juara bagi pertandingan tersebut selama 4 musim berturut-turut dan berada dalam landasan terbaik untuk memenanginya buat kali-5 selepas Dani Alves dan Neymar meletakkan PSG selesa 2-0 di hadapan.

Hatem Ben Arfa berjaya membalas dendam terhadap kelab lamanya

Rennes bangkit melawan pada penghujung babak pertama hasil jaringan sendiri pemain pertahanan PSG, Presnel Kimpembe sebelum pemain pertahanan Rennes, Andre Sitoe menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Perlawanan terpaksa dibawa ke masa tambahan dan Rennes kental menyerap segala asakan dari PSG. Pemain muda PSG, Kylian Mbappe diperintahkan untuk meninggalkan padang selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain Rennes pada penghujung permainan.

Penentuan sepakan penalti menyaksikan pemian muda PSG, Christopher Nkunku gagalm menyempurnakan sepakan yang diambilnya dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Rennes untuk menewaskan PSG seterusnya menjulang trofi ‘Coupe De France’ selepas sekian lama menunggu.

Dengan kekalahan ini, PSG hanya menamatkan musim ini dengan satu trofi sahaja iaitu trofi Ligue 1. Kekecewaan pemain PSG, terutamanya Neymar jelas kelihatan ketika majlis mengumumkan pemenang.

Ketika naik ke pentas untuk menerima cenderamata, Neymar melepaskan api kemarahannya terhadap seorang peminat Rennes yang cuba mengambil gambar beliau.

https://www.instagram.com/p/Bwxul4Mhklt/?utm_source=ig_embed

Neymar tidak berpuas hati dengan tindakan peminat Rennes yang cuba merakamnya dan Neymar dirakam membuat sentuhan fikizal terhadap penyokong terbabit.

Ia merupakan tindakan yang agak memalukan kerana ia dilakukan di hadapan khalayak ramai dan Neymar mungkin berdepan hukuman dari Persatuan Bola Sepak Perancis atas perbuatannya itu.

BACA:  PSG Sedia Tawarkan Gaji RM514.13 Juta Semusim Untuk Mbappe Lupakan Real Madrid