Ole Merungut Jadual Padat dan Kecam Pembuat Jadual Tak Pernah Main Bola

Ole Gunnar Solskjaer meluahkan rasa tidak puas hati dan merungut dengan jadual yang padat dan menganggap pembuat yang mengatur jadual tersebut tidak pernah bermain bola sepak.

Pengurus Manchester United itu juga menganggap tiga perlawanan dalam tempoh lima hari itu merupakan diluar batasan fizikal seorang pemain bola sepak.

Jika dikira perlawanan menentang AS Roma, Manchester United akan bermain 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari atau dua hari sekali menentang Aston Villa, Leicester City dan Liverpool.

Mengulas buat pertama kali mengenai jadual perlawanan yang padat ini, Ole Gunnar Solskjaer telah berkata:

“Aku tak pernah tengok jadual macam ni, bukan di era bola sepak moden. Selepas mengkaji dan aku dapat Manchester United musim 1991/92 telah melalui jadual sebegini.”

“Dan kau boleh lihat hasilnya ketika itu, merosot teruk. Bagi aku benda ni berada ditangan yang teruk di mana mereka duduk di meja dengan memakai suit dan adual ini dibuat oleh orang yang tidak pernah bermain bola sepak pada tahap ini.”

Ole Gunnar Solskjaer tiada pilihan lain selain menggilirkan pemainnya termasuk pemain muda bagi mengelakkan pemain utama keletihan dan mengalami kecederaan.

“Aku boleh beritahu kepada anda bahawa mustahil untuk bermain 90 minit empat kali pada tahap ini di Premier Leagu, dari hari Khamis hingga Khamis.

“Kami akan menggunakan semua pemain yang ada untuk empat perlawanan ini. Sangat singkat tapi kami perlu bersedia.”

“Secara fizikal ia sangat mustahil untuk para pemain.”

Ole Gunnar Solskjaer kemudian cuba menerapkan formula dalam penjelasannya di mana bermain dua perlawanan dalam tempoh tiga hari adalah normal dipertengahan musim namun tidak di akhir musim.

“Dua perlawanan dalam tiga hari itu sukar tapi ku boleh terima kerana benda itu berlaku semasa Krismas (pertengahan musim).”

“Dua perlawanan dalam tiga hari selepas melalui musim yang panjang dengan hampir semua perlawanan diharungi, itu sangat sukar.”

“Tiga perlawanan dalam tempoh lima hari pula sangat, sangat sukar dan hampir mustahil dan empat perlawanan dalam lapan hari sangat mustahil.”

“Tapi kami akan harungi segala cabaran yang datang dan aku tidak duduk di sini untuk merajuk dan merungut tetapi aku hanya menjelaskan kepada mereka yang tidak faham bertapa fizikal Premier League. Liga tebaik di dunia.”

Kepadatan jadual Manchester United ini terjadi selepas perlawanan menentang Liverpool minggu lalu terpaksa ditangguhkan kerana rusuhan.

Sudah pasti Ole Gunnar Solskjaer tidak menyalahkan penyokong yang membuat rusuhan yang menjadikan perlawanan Manchester United tiba-tiba menjadi padat.

Jika bukan kerana rusuhan Manchester United akan dapat berehat lebih panjang kerana tidak akan ada perlawanan pada 13 Mei.

6 Mei: Khamis – Lawan Roma – jam 8 malam (4 pagi waktu Malaysia)

9 Mei: Ahad – Lawan Aston Villa – jam 2.05 petang (10.05 malam waktu Malaysia)

10 Mei:Isnin – Rehat

11 Mei: Selasa – Lawan Leicester City – Jam 6 petang (2 pagi waktu Malaysia)

12 Mei” Rabu – Rehat

13 Mei: Khamis – Lawan Liverpool – 13 Mei jam 8:15 malam (4:15 pagi waktu Malaysia)

Namun Manchester United hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat mereka selaku naib juara Premier League dibelakang Manchester City.

Walaupun jadual padat tiada apa lagi yang perlu dikejar Manchester United kecuali perlawanan akhir Europa League menentang Villareal.

Mungkin kegusaran Ole Gunnar Solskjaer ketika ini dengan rotasi pemain ekoran jadual padat akan menyebabkan momentum pasukan di tahap terbaik akan hilang.

BACA:  Carragher: Manchester United Tidak Lagi Bermain Dalam Ketakutan