Entah apa yang sebenarnya di fikiran admin media sosial Napoli, apabila mereka boleh terfikir memuat naik video troll pemain sendiri. Pemain yang mereka troll itu bukan calang calang, tetapi Victor Osimhen yang merupakan pemain yang memikul mereka di bahunya musim lalu untuk bergelar juara Serie A.
Tanpa Osimhen adalah mustahil untuk kelab itu menamatkan kemarau trofi dan menjulang Serie A. Namun layanan buruk media sosial rasmi kelab ke atas pemain itu membuatkan Osimhen sangat bengang.
Dalam aksi menentang Bologna baru baru ini, Osimhen dilihat marah ketika dikeluarkan kerana masih mahu terus bermain. Namun insiden selepas itu lebih mengejutkan. Kerana akaun media sosial rasmi kelab memuat naik video mengejek pemain itu yang gagal menyempurnakan penalti selepas memintanya daripada pengadil.
Ini adalah video yang dimuat naik dan kemudian dipadamkan semula kerana sudah tentunya mereka sedar bahawa ramai netizen dan peminat Napoli sendiri mengecam video itu.
🇳🇬 This was the original video posted by Napoli about Victor Osimhen… and then deleted.
⚠️ …player’s agent Calenda announced that Osimhen is considering to take legal action against Napoli. pic.twitter.com/0PLunco9aD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 26, 2023
Ejen kepada pemain itu kemudian mengesahkan bahawa mereka dalam proses menuntut saman malu daripada Napoli yang mengaibkan imej pemain legenda hidup kelab itu.
Dalam kenyataan mereka, pihak ejen Osimhen berkata: “Apa yang berlaku pada akaun rasmi TikTok Napoli adalah tidak boleh diterima. Video mengejek Victor pertamanya diletakkan sebagai video tatapan umum dan kemudian dipadamkan.”
“Serius bahawa hakikatnya perkara ini memberikan impak yang serius kepada pemain, dan menambahkan lagi kesan yang dihadapi pemain oleh media dan juga berita palsu selama ini. Kami bersedia dengan tindakan saman dan apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi Victor.”
🚨🔵 BREAKING: Victor Osimhen could take legal action against Napoli — per his agent Roberto Calenda formal statement.
“What happened today on Napoli's official profile on the TikTok platform is not acceptable. A video mocking Victor was first made public and then, but now… pic.twitter.com/DFlPodbLEz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 26, 2023
Seperti yang dinyatakan, tindakan petugas rasmi media Napoli itu dianggap menunjukkan bahawa mereka jenis tak sedar dek untung. Osimhen 2 musim lalu pernah menyatakan dia akan terus sedia kekal di Napoli yang ketikan itu terlepas kejuaraan. Kerana dia mahu membantu kelab itu memenangi trofi. Dan musim lalu ketika Napoli di landasan terbaik untuk bergelar juara Serie A, Osimhen berkata berminat untuk berpindah ke kelab lain terutama sekali ke EPL.
Namun sikap pemain itu sangat profesional. Dia tidak pernah mendesak kelab menjualnya walaupun banyak tawaran hadir kepadanya. Ini termasuk tawaran mega mewah daripada Arab Saudi. Seterusnya PSG turut berminat mendapatkan Osimhen, namun pemain itu menghormati keputusan kelab yang menolak tawaran €150 juta PSG kerana mahukan sekurang kurangnya €200 juta.
Osimhen kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa, dia akan terus komited dengan Napoli jika kelab itu memutuskan untuk tidak menjualnya. Dan ikrarnya itu dilaksanakannya.
Dia terus setia bersama Napoli walaupun pemain lain seperti Kim Min Jae terus angkat kaki apabila menerima tawaran kelab besar.
Jadi, apabila media sosial rasmi kelab memperlekeh dan mempersendakannya, bukan sekali tetapi ini kali kedua, dia benar benar kecewa. Sebelum ini Napoli pernah troll gaya rambut pemain itu.
Napoli making fun of his hsir pic.twitter.com/9S28fmH0kz
— Cristiano Ronaldo (Parody) (@IsraelOziomaN1) September 26, 2023