Oxlade-Chamberlain Mengisi Masa Cuti Dengan Latihan Tarian Shuffle

Selepas berehat panjang gara-gara mengalami kecederaan, Oxlade-Chamberlain telah kembali beraksi untuk pasukan Liverpool pada musim ini.

Aksi dan persembahan yang beliau tunjukkan juga ternyata berbeza dari musim terdahulu. Chamberlain pada musim ini mendapat lebih banyak minit permainan dan sering kali mempamerkan aksi permainan yang mantap.

Sepanjang musim 2019/20 ini, Oxlade-Chamberlain telah menjaringkan tujuh gol dan menyumbangkan satu assist dari 38 penampilan bersama pasukan Liverpool.

Beliau telah beraksi bersama Liverpool selama tiga musim dan telah menjaringkan 12 gol keseluruhannya.

Ini bermakna jaringan terbanyak yang beliau hasilkan ketika bersama pasukan Liverpool adalah pada musim ini dengan menjaringkan tujuh gol.

Pemain Midfield Liverpool itu mempamerkan aksi yang cukup mantap pada musim ini dengan menjadi watak penting untuk unit serangan pasukan Liverpool.

Bayangkan saja pada musim ini Oxlade-Chamberlain berjaya melakukan 47 percubaan ke arah gol lawan dan 15 darinya adalah on target.

Beliau pada musim ini cemerlang beraksi bersama Liverpool dalam pentas Liga Juara-Juara dengan menjaringkan tiga gol dari lapan perlawanan.

Walau pasukan Liverpool sudah tersingkir dari Liga Juara-Juara pada musim ini apabila disingkirkan oleh pasukan Atletico, namun ia tetap menjadi musim yang terbaik untuk Chamberlain secara peribadi.

Perlawanan terakhir Oxlade-Chamberlain bermain untuk pasukan Liverpool sebelum berehat akibat penggantungan Liga dari FA adalah ketika bertemu dengan pasukan Atletico untuk saingan Liga Juara-Juara.

Selepas dari perlawanan itu, semua aksi bola sepak peringkat Eropah terpaksa dihentikan kerana kebimbangan terhadap penularan virus Covid-19.

Apa yang beliau lakukan ketika mendapat cuti kecemasan seperti ini selain dari melakukan latihan peribadi?

Untuk pengatahuan semua, Oxlade-Chamberlain adalah seorang penari yang hebat, beliau banyak terlihat muncul dalam video-video tik tok dengan mempamerkan gerak tarinya yang menarik dan menawan.

Terbaru telah tular satu video berdurasi kurang dari 30 saat yang memperlihatkan Chamberlain sedang menari shuffle bersama pasangannya di tepian tangga rumahnya mungkin.

Lihat aksi tarian beliau, kemas Bukan?

Sangat sukar sebenarnya untuk menari mengikut rentak irama dan lagu seperti yang dipamerkan oleh Chamberlain.

Mungkin ini salah satu latihan beliau untuk menggelecek lawan ketika sedang beraksi di padang dengan seni gerak tari yang mempesonakan.

BACA:  Oxlade Balas Balik Kritikan Pedas Gary Neville & Thierry Henry Terhadapnya