Oxlade: Liverpool Pasang Impian Mara Ke Final Liga Juara-Juara

Pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain berkata beliau bermimpi untuk melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bersama Liverpool musim ini selepas mengenepikan cabaran Manchester City di peringkat suku akhir.

Selepas menyingkirkan pasukan bakal juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Oxlade mendakwa Liverpool tidak takut untuk bertemu mana-mana pasukan dalam peringkat seterusnya.

Mujurlah aku cabut awal2 dari Arsenal. Untung2 dapat merasa trofi UCL 

Liverpool berjaya menyingkirkan Manchester City dari kejohanan terunggul Eropah itu dengan aggregat 5-1. Selepas mencipta kemenangan selesa 3-0 dalam perlawanan pertama di Anfield, Liverpool mengekalkan tahap disiplin mereka untuk menang sekali lagi di Etihad kelmarin dengan jaringan 2-1, hasil gol daripada Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Liverpool mendapatkan khidmat Oxlade daripada Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sekitar £35 juta. Arsenal terpaksa melepaskan Oxlade selepas pemain antarabangsa England itu enggan melanjutkan kontraknya di Emirates dan telah memasuki tahun terakhir dalam kontraknya.

Dalam sidang media selepas menang ke atas Manchester City, Oxlade gembira dengan keputusannya untuk menyertai Liverpool dan menambah lagi salah satu sasaran utama dalam kariernya mungkin tercapai tidak lama lagi iaitu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Kami tidak gentar menentang mana-mana pasukan ! bring it on

“Ini kemenangan yang cukup hebat buat kami. Pengalaman ini adalah apa yang anda impikan ketika masih kecil.”

“Saya mahu beraksi dalam perlawanan akhir dan tiada lagi perlawanan lebih besar daripada final Liga Juara-Juara Eropah.”

“Dengan melangkah ke pusingan separuh akhir, saya semakin hampir untuk menggapai impian bermain dalam perlawanan akhir. Kami mempunyai peluang yang cerah untuk merealisasikan impian tersebut.”

Undian separuh akhir akan dilakukan pada hari Jumaat dan Liverpool bakal disertai AS Roma, Bayern Munich dan Real Madrid dalam undian tersebut.

Dua kemenangan berturut-turut yang dicatatkan Liverpool ke atas Manchester City dalam masa seminggu telah menaikkan semangat pasukan dan Oxlade percaya Liverpool tidak gentar diundi bertemu mana-mana pasukan. Liverpool turut menewaskan City 4-3 dalam  perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield Januari lalu.

“Bukan perkara yang mudah untuk menewaskan Manchester City dua perlawanan berturut-turut. Kami berjaya menewaskan mereka sebanyak dua kali dalam masa seminggu dan kami juga melakukan perkara yang sama awal tahun ini.”

Bukit Jalil pulok sek kito trik ni !!! Venue perlawanan akhir UCL – Olimpiyskiy National Sports Complex, Kiev, Ukraine

“Ia jelas menunjukkan kedudukan sebenar kami ketika ini dan jika kami menampilkan persembahan di tahap sebenar, kami mampu menewaskan mana-mana pasukan dalam liga ini.”

“Sekarang, semuanya bergantung kepada kami sendiri. Tidak kisah pasukan mana yang bakal kami jumpa selepas ini, kami harus buktikan yang kami juga mampu menewaskan mana-mana pasukan di Eropah ketika ini.”

“Ramai orang berkata AS Roma mungkin pasukan yang kami mahu diundi bersama tetapi lihatlah apa yang mereka lakukan kelmarin [menyingkirkan Barcelona]. Mereka bermain sangat baik dan kelihatan seperti pasukan yang cukup hebat.”

“Saya tidak kisah pasukan mana yang bakal kami tentang selepas ini. Kami harus pastikan yang kami bersedia untuk bertemu mana-mana pasukan dan mampu menewaskan mereka.”

BACA:  Szoboszlai Kongsi Bagaimana Rutin Di Padang Latihan Bantu Cetus Gol Pertama Untuk Liverpool