Arsenal Mahu Dapatkan Bintang Liverpool Yang Kini Sering Diketepikan

Bekas bintang Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain dilaporkan berkemungkinan akan kembali ke Emirates selepas empat tahun beraksi bersama Liverpool.

Pemain midfield itu dilihat sukar untuk bersaing merebut tempat dalam skuad utama Liverpool pada musim ini, dengan beliau sememangnya sering digunakan ketika aksi dalam saingan Cup competition.

Dalam saingan Premier League pula, sejak dari kecederaan panjang dan beberapa siri kecederaan ringan yang beliau alami, Chamberlain lebih kerap dimasukkan sebagai pemain gantian sahaja.

Masalah kecederaan jelas mengganggu karier Chamberlain di Anfield, dengan kecederaan lutut serious menyebabkan beliau terpaksa diketepikan selama hampir satu musim.

Dek kerana sering diketepikan, terdapat laporan dari media UK yang melaporkan bahawa Arsenal ketika ini sedang dalam perancangan untuk mendapatkan semula bekas bintang mereka itu.

Alex Oxlade-Chamberlain sendiri juga dilaporkan berminat untuk kembali ke Emirates, dengan beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Oleh yang demikian, Arsenal dilaporkan akan memulakan langkah untuk mendapatkan Chamberlain pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Oxlade-Chamberlain telah berjaya menjaringkan 20 gol dari 198 penampilan untuk The Reds, dengan beliau turut berjaya membantu Liverpool menjuarai saingan Champions League, Premier League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Walaupun beliau sering diketepikan dari kesebelasan utama, namun Chamberlain sebenarnya memainkan peranan yang penting juga sebalik kejayaan Liverpool beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau turut dianggap antara pemain yang paling dipercayai oleh Jurgen Klopp sejak dari awal ketibaannya.

Walau bagaimanapun, selepas empat tahun di Merseyside, dan potensi untuk beliau lebih kerap diketepikan semakin tinggi, kepulangan semula ke Emirates bakal menjadi langkah paling bijak untuk Oxlade.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh Arsenal seandainya mereka mahu mendapatkan semula Chamberlain adalah dengan meminjam pemain itu pada Januari ini terlebih dahulu.

Selepas itu barulah mereka memulakan rundingan untuk menandatangani Chamberlain secara tetap pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Salah satu alasan terpenting untuk Arsenal mendapatkan semula Chamberlain adalah melihatkan kepada barisan pemain mereka yang sedang dibelenggu kecederaan pada ketika ini.

Ketua pasukan, Granit Xhaka terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan, dan beliau berkemungkinan akan terpaksa diketepikan selama beberapa bulan.

Oxlade-Chamberlain bakal menjadi calon pengganti terbaik untuk menggantikan Xhaka, dengan beliau juga boleh diharapkan untuk menjadi pemain utama dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Selain Xhaka yang akan diketepikan selama beberapa bulan, Arsenal turut akan kehilangan kedua-dua Thomas Partey dan Mohamed Elneny yang bakal beraksi di kejohanan Piala negara-negara Afrika Januari nanti.

Oleh yang demikian, pilihan untuk meminjam Chamberlain pada Januari ini tentu bakal menjadi langkah yang bijak untuk Gunners.

Dan ia juga bakal menjadi langkah yang baik untuk Chamberlain agar beliau mendapat minit permainan dan menyelamatkan kariernya.

Oxlade-Chamberlain mungkin masih boleh kekal di Anfield, namun untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi bakal menjadi halangan terbesar untuknya.

Curtis Jones dan bintang muda Harvey Elliott dilihat akan lebih berpotensi untuk beraksi berbanding Chamberlain.

Adakah wajar untuk Chamberlain kembali ke Emirates? Atau beliau patut kekal di Anfield? Bincangkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Lebih Rela 'Kalah' Daripada Menang Seperti Sergio Ramos