Pada 1998 Rangnick Membedah Taktikal Sacchi Dan Perkenalkan Gegenpressing Kepada Dunia

Pada tahun 1998, sebelum tahun 1999 dan selepas tahun 1997, Ralf Rangnick telah melakukan satu analisis dengan membedah taktikal Arrigo ‘The Prophet of Fusignano’ Sacchi yang terkenal dengan Catenaccio.

Dengan kecintaan mendalam kepada taktikal bola maka tidak pelik apabila Ariggo Sacchi merupakan salah seorang wira di mata Rangnick selain daripada Valeriy Lobanovskyi dan Ernst Happel.

Ralf Rangnick sangat obses dengan permainan bola sepak menyerang sejak dia mula berjinak dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan. Rangnick pada awalnya seringkali bercakap soal taktikal.

Rangnick seringkali mencabar bola sepak Jerman agar berkembang maju pada tahun 90-an di mana Jerman menggemari sistem klasik yang keras dengan sistem 3-5-2 dengan man marking ketat, padat dan sendat.

Rangnick mahukan bola sepak itu dimainkan dengan fluiditi dan cantik. Rangnick sangat obses dengan idea Arrigo Sacchi yang melawan budaya bola sepak bertahan di Itali dengan ideanya.

Ralf Rangnick pernah membedal pihak media yang mempersoalkan pandangannya yang sering bercakap mengenai taktikal, kerana dia dianggap tidak ada kejayaan dalam bola sepak profesional sebagai seorang pemain.

Rangnick berkata:

“Saya tak tahu pula kalau nak jadi joki kamu perlu menjadi kuda dahulu.”

Pada tahun 1998, Rlaf Rangnick mula membuka mata dunia dengan menceritakan apa itu gegenpressing ataupun counterpressing dalam masa yang sama beliau telah membedah taktikal Arrigo Sacchi.

Sejak daripada hari itu beliau mulai mendapat perhatian ramai. Kerana keupayaannya memberitahu apa itu gegenpressing dan sebab musabab Sacchi berjaya di AC Milan bukan kerana dia bergantung kepada nasib atau pemain semata mata.

Tetapi kerana dia menyediakan taktikal yang sangat bagus serta jelas dan ideanya difahami semua pemain untuk dilaksanakan. Bila sesuatu perancangan itu jelas dan difahami semua maka mudah untuk dilaksanakan.

Pada ketika mula memperkenalkan sistem gegenpressing kepada dunia tidak ramai boleh menerimanya malahan ada yang menjadikan idea hebat itu sebagai bahan jenaka.

Kini selepas hampir 20 tahun, terbukti taktikal itu berkesan dan mampu membawa pasukan menakluk dunia.

Godfather of Germany Football

Jika hero Arrigo Sacchi digelar ‘The Prophet of Fusignano’, Ralf Rangnick pula mendapat gelaran Godfather of Germany Football dan beberapa gelaran yang lain ekoran sumbangannya kepada bola sepak Jerman.

Selain itu Ralf Rangnick mendapat banyak gelaran di dalam kariernya. Yussuf Poulsen melabel Rangnick sebagai perfectionist, sementara pemain Kevin Kampl menggelarknya ‘bercinta dengan bola sepak’.

Ralf Rangnick seringkali dianggap sebagai godfather of gegenpressing ataupun godfather of Germany Football. Kerana pada hari ini bola sepak Jerman banyak bercorakkan gegenpressing terutama sekali skuad kebangsaan mereka.

Tiga jurulatih Jerman yang berpengaruh pada hari ini, Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann menjadikan Rangnick sebagai rujukan mereka.

Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel telah membuktikan apa yang mampu dilakukan dengan gegenpressing dengan menraih gelaran juara dan mendominasi bola sepak Eropah.

Pengurus muda Julian Nagelsmann yang merupakan prospek masa depan pengurusan bola sepak pula pernah mengejutkan dunia bola sepak dengan taktikal beliau walaupun memimpin pasukan kerdil.

Rangnick Mahu Hapuskan Sentimental Era Beckenbauer

Bola sepak Jerman pernah melalui apa yang pernah dilalui oleh Manchester United kini yang terperangkap dengan keromantisan era Sir Alex Ferguson dan bola sepak Jerman pula bergelumang dan bersetimental dengan Era FranZ Beckenbauer.

Rangnick menjelaskan bahawa Jerman ada masalah dengan perkembangan taktikal kerana mereka menjadikan Franz Beckenbauer sebagai penanda aras bola sepak mereka. Pemain yang memainkan peranan libero-sweeper dalam sistem klasik back 3.

Jerman sebelum itu mendapat beberapa siri kejayaan di Piala Dunia dan kejohanan Eropah dengan taktikal yang dianggap rigid dan berasaskan fizikal.

Rangnick menambah:

“Franz sendiri berkata pada pertengahan 90-an, kamu tak mampu bermain dengan sistem zonal marking dalam bek berempat kerana pemain pemain Jerman tak tahu cara nak bermain sistem itu.”

“Pada masa itu saya tertanya tanya adakah pemain Jerman ni kurang cerdas berbanding pemain pemain Belgium, Sepanyol dan Belanda? Bagi saya, itu tidak masuk akal.”

Rangnick kemudian menyatakan bahawa dia mendoakan agar bola sepak Jerman ketika itu jatuh agar semua orang mecari pembaharuan.

“Bola sepak Jerman perlu jatuh agar mereka mulai menerima perubahan. Ketika pasukan kebangsaan gagal di Euro 2000, kandas di peringkat kumpulan, itu yang merintis kepada perubahan total dalam kajian semula sistem permainan.”

“Penjaga gol seharusnya menjadi salah seorang pemain paling banyak kontak dengan bola. Hampir di semua kuasa besar dan negara, penjaga gol secara teknikalnya adalah paling terhad aksi dan kita mahu memastikan mereka adalah paling sedikit menyentuh bola dengan kaki mereka.”

“Jadi sekarang kita perlukan pendekatan laju, proaktif, menyerang, counter attacking, pendekatan menghiburkan dan mengujakan dalam bola sepak.”

Jurgen Klopp pernah melabel Rangnick sebagai Godfather bola sepak moden Jerman.

Pemain yang pernah diasuh oleh Rangnick seperti Keita, Mane danTakumi Minamino menjadi bekalan buat Jurgen Klopp yang mengamalkan falsafah bola sepak yang sama.

Roberto Firmino juga pemain diikat Rangnick ketika di Hoffenheim dan Joel Matip pernah diuruskan Rangnick ketika di Schalke.

Rangnick sendiri mengakui merasakan mempunyai sinergi dengan Jurgen Klopp kerana berkongsi pandangan yang sama di dalam bola sepak.

Jika Rangnick hadir ke Manchester United selaku pengurus Interim selama 6 bulan maka tidak banyak yang mampu dilakukan walaupun dilaporkan akan memainkan peranan di sebalik tabir selepas itu.

Rangnick Dan RB Leipzig

Ralf Rangnick merupakan tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

Pada June 2012, Ralf Rangnick telah dilantik sebagai pengarah bola sepak RB Leipzig dan juga RB Salzburg, Rangnick menjadi tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

RB Leipzig telah naik ke Bundesliga dan berjaya meraih tempat kedua serta layak ke separuh akhir Champions League. RB Salzburg pula telah beberapa kali menjuarai liga dan piala Austria serta tidak asing lagi di Champions League serta Europa League.

Ralf Rangnick kini telah memilih cabara baru apabila telah menjawat jawatan Pengurus sukan dan pembangunan bersama kelab Russia, FC Lokomotiv Moscow.

Secara Ringkasnya inilah perjalanan RB Leipzig di Bundesliga sebelum memecah masuk ke Eropah.

2009: RB Leipzig ditubuhkan

2010: Dipromosi/Naik ke divisyen keempat

2013: Dipromosi/Naik ke divisyen ketiga

2014: Dipromosi/Naik ke divisyen kedua

2016: Dipromosi/Naik ke Bundesliga

2017: Naib Juara Bundesliga

2020: Berjaya ke separuh akhir Champions League.

2020: Berjaya menghantar Manchester United ke Europa League

RB Salzburg cukuplah sekadar menyebut nama Erling Braut Haaland yang telah mencetak gol bertubi-tubi dipentas Eropah dan kini meneruskan rutin tersebut bersama Borussia Dortmund.

Sumber: ESPN dan Axello.net

BACA:  Man Utd Bakal Lantik Legenda City Sebagai Pengurus Tetap Yang Baru