Park Hang Seo Anggap Malaysia Sendiri Cari Padah

Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo telah menganggap Malaysia sendiri yang mencari padah penyakit dan sangat tidak adil jika Harimau Malaya dibenarkan mendaftarkan pemain baru.

Untuk saingan Piala AFF Suzuki 2020 ini, Tan Cheng Hoe hanya menyenaraikan 24 orang sahaja pemain walaupun dibenarkan untuk membawa sehingga 30 orang pemain.

Malaysia berdepan dengan kekurangan pemain selepas 4 daripada pemain mereka disahkan positif Covid-19. Membuatkan Malaysia kini tinggal 19 orang pemain sahaja di dalam pasukan mereka kerna Dion Cools masih belum tiba.

Empat pemain Harimau Malaya yang disahkan disahkan positif Covid-19:

1. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
2. Mohamad Faisal Abdul Halim
3. Quentin Cheng Jiun-ho
4. Muhammad Akhyar Abdul Rashid

Oleh kerana pandemik yang melanda, kejohanan bola sepak pada hari ini banyak yang membenarkan pasukan mendaftarkan 30 pemain berbanding dengan 25 pemain seperti sebelum ini.

Penyenaraian pemain yang lebih daripada biasa ini adalah antara langkah awal jika ada pemain yang terkena jangkitan virus yang durjana itu.

Malang sekali ketika itu Tan Cheng Hoe dan staf kejurulatihannya bertekad membawa 24 pemain yang didaftarkan sahaja ke Singapura untuk saingan Piala AFF Suzuki.

Sehigga kini Malaysia hanya tinggal 18 pemain sahaja yang boleh digunakan di mana empat orang dikuarantin, Dion Cools belum tiba dan Junior Eldstal mengalami kecederaan.

Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membuat permohonan kepada AFF bagi menambah bilangan pemain dan hanya dibenarkan membawa penjaga gol gantian sahaja.

Ketua jurulatih Vietnam mengkritik keputusan AFF yang membenarkan Malaysia mendaftarkan pemain baharu selepas tarikh pendaftaran pemain berakhir ataupun selepas sepak mula kejohanan.

Menurut Park Hang Seo, Malaysia sendiri yang cari penyakit mendaftarkan 24 orang pemain sahaja daripada 30 yang dibenarkan.

Lantas jurulatih itu berharap AFF tidak memberikan kebenaran khas buat Malaysia untuk mendaftarkan pemain tambahan mereka.

Bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan, Park Hang Seo berkata:

“Saya rasa semua pasukan mengetahui peraturan pertandingan dan kita semua tertakluk untuk mengikuti peraturan tersebut.”

“Dalam peraturan membenarkan kita membawa 30 orang pemain, tetapi Malaysia satu satunya pasukan yang mendaftarkan hanya 24 pemain.”

Park Hang Seo kemudian menegaskan jika Malaysia dibenarkan mendaftarkan pemain baharu, maka pasukan lain juga harus dibenarkan berbuat sedemikian.

“Jadi, saya rasa tidak patut dan tidak masuk akal untuk membenarkan mereka membawa pemain baharu kerana kami juga tidak melakukan perkara sebegitu.”

“Di mana ada seorang pemain kami terpaksa dihantar pulang hanya selepas sehari dia berada di sini [di Singapura]. Ini kerana ada isu dengan kerajaan Singapura yang tidak membenarkan dia berada di sini.”

“Jadi, ianya perlu adil untuk semua pasukan [untuk melarang pendaftaran pemain baharu].”

Sebenarnya ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Park Hang Seo ini kerana tindakan membawa 24 pemain kini mula memakan diri.

Ketika Tan Cheng Hoe mengumumkan hanya 24 pemain sahaja dibawa ramai yang mempertikaikan kenapa bukan 30 orang selepas menyenaraikan 28 pemain untuk latihan pusat berserta tiga pemain di senarai sedia menunggu.

Malaysia vs Vietnam Ibarat Final, Park Ada Formula

Jurulatih Vietnam dari Korea Selatan, Park Hang Seo telah menganggap perlawanan Malaysia menentang Vietnam di kumpulan B Piala AFF 2020 seperti satu perlawanan final awal.

Vietnam dan Malaysia berada dalam kumpulan yang sama di Piala AFF edisi kali ini dan akan bertemu pada perlawanan yang akan berlangsung pada 12.12.2021 di Stadium Bishan, Singapura.

Vietnam pastinya dianggap sebagai pilihan utama kejohanan kerana mereka berada di ranking tertinggi dalam ranking FIFA dari kalangan pasukan Asia Tenggara.

Pada masa yang sama mereka beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia zon Asia sebelum tersingkir.

“Aksi seterusnya menentang Malaysia adalah sememangnya final awal yang kita hadapi kali ini.” Ujar Park Hang Seo menunjukkan betapa pentingnya aksi tersebut.

Ini kerana kekalahan di tangan Malaysia boleh membuatkan Vietnam berkemungkinan besar akan tersingkir daripada persaingan ke separuh akhir.

Menurut Hang Seo lagi, Malaysia adalah pasukan yang kuat. Oleh sebab itu mereka sudah bersedia secara taktikal sekian lama lagi dan risikan sudah dijalankan.

Park Hang Seo menggelarkan Malaysia sebagai pasukan pilihan. Dan kedua dua pasukan sebelum ini merupakan finalis dalam edisi 2018 yang lalu.

Park Hang Seo sedar bahawa Malaysia kali terakhir menang ke atas Vietnam adalah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 di Stadium My Dinh.

Namun Hang Seo mahu pemainnya kekal fokus dan tidak terbuai buai dengan rekod lalu. Kerana ianya langsung tidak memberikan apa apa makna.

Oleh sebab itu di meja kejurulatihannya, Park Hang Seo dan pegawai pegawainya sudah bekerja keras dalam persiapan perlawanan ini.

Termasuk menyediakan data analisis terperinci untuk disuapkan informasi tersebut kepada semua pemain mereka dengan sentiasa mengemaskini data terkini para pemain Malaysia.

Bukan itu sahaja, Vietnam sebelum ini sudah menghantar ejen risikan mereka (Scouting team) untuk memantau perkembangan serangan Malaysia dan unit yang lain.

“Kami sudah menyaksikan aksi Malaysia dan kami memiliki analisis teperinci serta sudah mempersiapkan taktikal khas untuk perlawanan akan datang.”

“Kami selalu kejurulatihan sudah bersedia melakukan yang terbaik untuk membantu pemain mencapai kedudukan terbaik di peringkat kumpulan.”

Media Vietnam turut bertanya tentang kegagalan penalti oleh Vu Van Thanh yang menurut mereka telah mempersia-siakan peluang untuk mendapat kelebihan awal berbanding Malaysia.

Ramai peminat Vietnam tak puas hati kenapa Vu Van Thanh gatal gatal mengambil penalti itu.

Park Hang Seo berkata, pemain itu pada masa itu mendapat vice versa kerana dua pelaksana penalti utama mereka tiada di atas padang.

Park berkata:

“Sebelum setiap perlawanan, akan ada pemain yang kami tugaskan untuk mengambil penalti. Dalam pasukan kita sekarang Luong Xuan Truong adalah pelaksana penalti yang utama.”

“Kemudian Nguyen Tien Linh. Dan kedua dua mereka tidak ada di atas padang ketika kita diberikan penalti itu. Jadi pada masa itu Vu Van Than menyatakan kepada rakannya dia mahu mengambilnya kerana dia yakin. Begitulah ceritanya bagaimana keputusan itu dibuat.”

Vietnam turun perlawanan pertama kumpulan B menentang Laos dan berjaya mengutip tiga mata penuh namun gagal untuk mencipta pesta gol dalam perlawanan ini.

Vietnam dipaksa bekerja keras untuk kemenangan tetapi bagaimanapun mempertahankan kejuaraan mereka bermula dengan kemenangan pada Piala Suzuki AFF 2020 apabila mereka menewaskan Laos 2-0 di Stadium Bishan di Singapura.

Gol pada kedua-dua separuh masa daripada Nguyen Cong Phuong dan Phan Van Duc sudah memadai untuk pasukan Vietnam yang turut menyaksikan sepakan penalti separuh masa kedua diselamatkan oleh Keo-Oudone Souvannasangso yang mengagumkan.

Jurulatih Korea pasukan itu, Park Hang-seo, tidak terpengaruh dengan kemenangan itu ketika dia bersiap sedia untuk menghadapi cabaran lebih sengit di peringkat kumpulan.

“Saya berpuas hati dengan keputusan itu kerana kami mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa menukar beberapa pemain tetapi masih terlalu awal untuk menjawab bagaimana kami bermain sebelum kami mempunyai peluang untuk menganalisis perkara sepenuhnya.”

“Perkara penting sekarang ialah berehat dan pulih serta mempersiapkan diri untuk perlawanan penting menentang Malaysia seterusnya.”

BACA:  Rating Membabi Buta Malaysia vs Kemboja