Rating Membabi Buta Malaysia vs Kemboja

Malaysia seperti dijangka telah berjaya menewaskan Kemboja dalam perlawanan pembukaan Piala AFF 2020 dengan jaringan 3-1, ini merupakan wajib menang dan itulah yang dilakukan oleh anak buah Tan Cheng Hoe.

Seperti biasa. Edisi rating membabi buta tanpa menggunakan otak dan akal yang waras kini kembali.

**Rating ini dibuat berdasarkan kepada pemerhatian penulis sepanjang perlawanan mengikut emosi semata-mata tidak berdasarkan statistik, jika anda tidak bersetuju tidak mengapa, bincangkan di ruangan komen.

Khairul Fahmi Che Mat (7)

-Beraksi dengan baik. Pengalaman beliau digunakan sebaik mungkin. Satu key save beliau berjaya mengekalkan kedudukan pasukan. Hero pasukan pada tahun 2010 ini membuktikan pemilihan beliau ke dalam pasukan ini tidak salah.

Cuma aksi estet mengangkat lutut dengan tinggi apabila melakukan tangkapan rutin menghadiahkan penalti buat kemboja. Penjaga gol sudah tidak dibenarkan untuk mengangkat lutut dengan begitu tinggi walaupun tujuannya untuk melindungi diri.

Muhammad Syahmi Safari (3)

-Bergelut dengan pemain sayap kemboja. Bermain di luar posisi. Dengar berita banyak pasukan berebut ke pemain ini. Sampai sanggup tamatkan kontrak sendiri. Jenis hilang akal pasukan yang rebut dia ni pun.

Mohd Rizal Mohd Ghazali (4)

-Mabuk pada masa separuh pertama. Bergelut untuk mengikut kelajuan pemain sayap Kemboja. Separuh masa kedua bermain lebih yakin dan tenang.

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (6)

-Kehadiran beliau memberikan pengalaman untuk pasukan. Cuma nombor 7 beliau tu memang dia dah daftar dengan FAM ke?

Shahrul Mohd Saad (6)

-Membentuk gandingan yang baik dengan Aidil. Yela. Sama-sama duduk dibangku simpanan sebelum ini. Mungkin banyak masa untuk bersembang.

Baddrol Bakhtiar (6)

-Mengawal di kawasan tengah dengan agak baik. Memberi kestabilan dan pengalaman kepada pasukan negara. Boleh memberi lebih lagi untuk pasukan. Sekali dua membuat sepakan ikonik beliau dari luar kotak penalti

Junior Eldstal (0)

-Serba tidak menjadi. Dikeluarkan dan digantikan dengan Ajmal. Mungkin kerana kecederaan yang dialami.

Muhammad Safawi Rasid (6)

-Satu penalti yang baik. Permainan beliau nampak semakin meningkat. Ini yang sepatut beliau lakukan. Abaikan media sosial dan fokus sahaja kepada bola sepak. Boleh meningkatkan lagi tahap permainan.

Muhammad Akhyar Abdul Rashid (8)

-Pemain yang mendatangkan banyak masalah kepada pasukan lawan. Mendapatkan penalti untuk pasukan dan satu gol yang cantik pada separuh masa kedua. Pemain berbakat seperti Akhyar ini sepatutnya diberikan lebih lagi minit bermain.

Muhammad Syafiq Ahmad (7)

-Sentiasa memberikan sepenuh hati untuk pasukan negara. Larian tanpa penat di segenap padang. Membantu pertahanan dan juga serangan. Memberikan satu bantuan jaringan yang cantik kepada Akhyar

Guilherme De Paula Lucrecio (2)

-Brazil tiruan asli dari Padang Besar. Malas dan egonya terlalu besar.

Pemain Gantian

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi(4)

-Gugup. Masuk-masuk terus hilang. Mungkin tidak bersedia untuk dimasukkan terlalu awal. Separuh masa kedua berjaya meningkatkan sedikit aksi permainan.

Luqman Hakim Shamsudin (7)

-Bintang muda negara ini memberikan apa yang tidak diberikan oleh De Paula. Larian pantas dari belakang pertahanan Kemboja sering kali memberikan masalah kepada Kemboja. Berjaya melakukan 1 assist cantik untuk Kogileswaran. Harap beliay tidak secara tiba-tiba hilang akal untuk menebus kontrak beliau di KV Kotrijk. Mana laaa tahuuu kan.

Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj (6)

-Satu jaringan mudah didalam kotak penalti. Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh De Paula. Kogi sebenarnya adalah bekas penyerang U16 skuad Balachandran pada tahun 2014 yang menyinar pada waktu remaja. Namun lambakan penyerang asing dalam liga menyebabkan perkembangan beliau terbantut.

Arif Aiman Mohd Hanapi (5)

-Pemain muda terbaik negara ini memberikan aksi yang agak baik. Perlukan lebih minit bermain. Tidak menunjukkan tanda keletihan seperti yang didakwa

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (5)

-Walaupun dimasukkan agak lewat. Masih berjaya menyumbang tenaga pada pasukan. Perlu diberikan minit bermain.

Pemain Terbaik Perlawanan

Akhyar Rashid.

Kesimpulan

Kemboja bukanlah satu pasukan yang perlu dibimbangkan untuk skuad negara. Pasukan negara perlu meningkatkan lagi tahap permainan. Jika hari ini Malaysia bertemu pasukan yang lebih stabil dari Kemboja. Mungkin keputusan pada hari ini akan menjadi berbeza.

Namun menang tetap menang. 3 mata yang berjaya dikutip. Kredit perlu diberikan untuk pasukan Harimau Malaya.

BACA:Β  Final Piala AFF Suzuki 2020 2nd Leg: Thailand 2-2 Indonesia (Agg. 6-2)