“Pecah Rekod Messi Dan Gerrard” – Mane Layak Dianggap Antara Pemain Terhebat Dunia

Sadio Mane berjaya memecahkan rekod Steven Gerrard dan Lionel Messi selepas kejayaan beliau menjaringkan gol bertemu Benfica awal pagi tadi.

Mane cemerlang meledak gol untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Benfica di Lisbon hari ini.

Liverpool berkunjung ke Estadio do Sport Lisboa e Benfica untuk aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League.

Sadio Mane, Ibrahima Konate dan Luiz Diaz berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Liverpool, seterusnya memberi kelebihan kepada gergasi Premier League itu menjelang aksi leg kedua di Anfield minggu hadapan.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Sadio Mane mendedahkan bahawa:

“Seperti kebiasaannya saya selalu katakan, kemenangan adalah hal paling penting. Saya sangat gembira dapat jaringkan gol, tapi saya lebih gembira pasukan dapat jaringkan tiga gol dan kami sudah bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

“Kami adalah Liverpool, kami ada skuad yang bagus. Kadang kala kami lakukan perubahan untuk beri kebaikan kepada keseluruhan skuad.”

“Permulaan yang baik untuk minggu ini. Kami tak boleh harapkan lebih dari itu dan ia akan membantu kami untuk bersedia pada perlawanan seterusnya.”

Sadio Mane pecah rekod Steven Gerrard dan Lionel Messi

Sadio Mane mungkin tak diletakkan sebaris dengan nama-nama bintang besar dalam dunia bola sepak hari ini, namun pencapaian yang beliau capai sebenarnya sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol beliau ketika bertemu Benfica hari ini merupakan golnya yang ke-22 untuk Liverpool dalam saingan Champions League.

Kejayaan beliau itu secara tak langsung membantu beliau memecahkan rekod Steven Gerrard yang sebelum ini memegang rekod menjaringkan 21 gol dalam saingan Champions League untuk Liverpool.

Hanya Mohamed Salah sahaja pemain Liverpool yang mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan Champions League (33 gol) lebih banyak berbanding Sadio Mane.

Dari 51 penampilan dalam saingan Champions League, Sadio Mane berjaya menjaringkan 22 gol dan mencatatkan tujuh assists.

Dari 22 gol itu pula, 13 gol berjaya beliau jaringkan ketika beraksi di peringkat kalah mati dan ia merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau berjaya memintas rekod Lionel Messi yang hanya mampu menjaringkan 12 gol sahaja di peringkat kalah mati sejak musim 2017/18.

Hanya Cristiano Ronaldo sahaja yang mempunyai rekod yang sama seperti Sadio Mane dengan kedua-dua mereka cemerlang menjaringkan 13 gol di peringkat kalah mati saingan Champions League sejak musim 2017/18.

Mungkin ramai terlepas pandang tentang kemampuan dan kehebatan Sadio Mane, namun harus diakui, jika dilihat pada pencapaian beliau, bintang Senegal itu selayaknya dianggap antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Kehebatan Sadio Mane

Beliau berjaya memimpin skuad kebangsaan Senegal untuk memenangi gelaran AFCON pertama mereka pada awal tahun lalu selepas menewaskan Mesir dalam aksi perlawanan akhir.

Baru-baru ini, beliau turut cemerlang membantu Senegal untuk layak ke pentas Piala Dunia Qatar selepas sekali lagi mengecewakan Mesir.

Bersama Liverpool, Sadio Mane merupakan nadi penting sebalik kejayaan luar biasa menakjubkan The Reds sejak kebelakangan ini.

Beliau merupakan mesin pencetak gol berkualiti tinggi yang sentiasa menghadirkan bahaya ke kubu lawan dan senantiasa menjaringkan gol-gol penting untuk Liverpool.

Beliau berjaya membantu Liverpool memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan Carabao Cup.

Musim ini, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dan sedang dalam usahanya untuk membantu kelab memenangi gelaran quadruple.

Liverpool kini sedang memburu untuk memenangi gelaran Premier League, FA Cup dan Champions League dengan mereka masih ada di semua pertandingan tersebut.

Lebih menarik lagi, selain bakal berentap dengan Man City dalam saingan Premier League, kedua-dua Liverpool dan The Citizens turut akan bertembung di peringkat separuh akhir saingan FA Cup.

Kedua-dua mereka juga berpotensi untuk bertemu dalam saingan Champions League memandangkan kedua-dua mereka masih ada di kejohanan tersebut.

BACA:  Mane Yang Digantung Kerana Hayun Penumbuk Kat Sane