Peluang England Hanya 5.2% Untuk Juarai EURO 2020 Mengikut Perkiraan Supercomputer

Menurut perkiraan yang dilakukan oleh Supercomputer, England hanya mempunyai peluang 5.2 peratus sehaja untuk bergelar juara EURO 2020 yang akan berlangsung pertengahan jun ini.

Pasukan juara Piala Dunia 2018, Perancis pula diberikan peratusan paling tinggi untuk muncul juara kejohanan Eropah itu dengan peluang sebanyak 20.15 peratus.

Dalam apa jua kejohanan utama bola sepak dunia, England merupakan pasukan pilihan kerana mempunyai peminat yang ramai lantaran populariti yang dibawa oleh Premier League.

Selepas beberapa kali terciduk England telah menunjukkan prestasi terbaik mereka di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia dengan mara ke separuh akhir.

Untuk kejohanan EURO 2020 skuad England telah dibarisi oleh pemain yang menarik untuk disaksikan dan dengan kelebihan di mana majoriti perlawanan England beraksi berlangsung di Stadium Wembley.

Namun pilihan peminat dan populariti tidak menjadi faktor asas dalam pengiraan yang telah dilakukan oleh Supercomputer dalam membuat ramalan siapa bakal bergelar juara.

Perancis yang merupakan juara dunia merupakan calon pilihan juara supercomputer yang memberikan peluang kejuaraan sebanyak 20.5 peratus diikuti oleh Belgium dengan 15.7 peratus.

Sepanyol yang pada mata kasar peminat bola sepak mempunyai pasukan yang tidak meyakinkan telah dikira mempunyai 11.3 peratus peluang kemenangan di tempat ketiga.

Negara yang tidak asing lagi seperti Jerman (9.8 peratus), Portugal (9.6 peratus), Itali (7.6 peratus) dan Belanda (5.6 peratus) untuk berada dalam kedudukan tujuh teratas.

Denmark menyusul ditangga kelapan dengan peluang kejuaraan yang lebih besar berbanding England yang diberi peratusan sebanyak 5.4 peratus.

Berdasarkan perkiraan supercomputer England tiada masalah untuk mara kepusingan kalah mati dengan peluang layak 95.6 peratus dan 64.4 peratus untuk menjadi juara kumpulan.

Walaupun peluang untuk bergelar juara 5.2 peratus namun tidak bermakna England tidak mampu muncul juara cuma laluan dilalui agak berliku.

Namun itulah keindahan bola sepak, kadang kala apa yang berlaku di padang sangat berlainan dengan apa yang diramal di atas kertas. Diatas kertas peluang Perancis paling besar.

Elemen nasib kadang kala menjadi faktor penentu dan contoh terbaik adalah ketika Liverpool muncul juara Champions League dan Premier League. Semua itu nasib je. Tak setuju takpe itu kan contoh.

Ketika para Avenger menewaskan Thanos, Doctor Strange meramalkan hanya satu kemenangan dalam 14,000,605 peluang dan jika diikutkan peluang England jauh lebih besar berbanding Avenger yang menang jua akhirnya.

Bagaimana Kiraan Supercomputer dilakukan?

Ramalan AI EURO 2020 Stats Perform dilakukan dengan menganggarkan kebarangkalian setiap keputusan perlawanan (menang, seri atau kalah) dengan menggunakan peluang pasaran pertaruhan dan kedudukan pasukan dalam Stats Perform. Peluang dan kedudukan berdasarkan prestasi pasukan dan sejarah terkini.

Model ini mempertimbangkan kekuatan lawan dan kesukaran “jalan ke final” dengan menggunakan kebarangkalian hasil perlawanan dengan komposisi kumpulan dan pilihan ke peringkat kalah mati.

Model Stats Perform Euros mensimulasikan jumlah perlawanan sebanyak 40,000 kali. Dengan menganalisis hasil setiap simulasi ini, model mengembalikan kemungkinan kemajuan bagi setiap pasukan di setiap peringkat kejohanan untuk membuat ramalan akhir.

Selepas simulasi sebanyak 40,000 kali dilakukan maka inilah dapatan akan peratusan peluang 24 pasukan yang betanding di EURO 2020 untuk muncul juara.

1. Perancis – 20.5 peratus

2. Belgium – 15.7 peratus

3. Sepanyol – 11.3 peratus

4. Jerman – 9.8 peratus

5. Portugal – 9.6 peratus

6. Itali – 7.6 peratus

7. Belanda – 5.6 peratus

8. Denmark – 5.4 peratus

9. England – 5.2 peratus

10. Switzerland – 2.3 peratus

11. Sweden – 1.5 peratus

12. Croatia – 1.0 peratus

13. Rusia – 1.0 peratus

14. Poland – 0.8 peratus

15. Ukraine – 0.8 peratus

16. Wales – 0.6 peratus

17. Turki – 0.4 peratus

18. Czech Republic – 0.2 peratus

19. Austria – 0.2 peratus

20. Finland – 0.1 peratus

21. Hungary – 0.1 peratus

22. Scotland – 0.1 peratus

23. Slovakia – 0.04 peratus

24. North Macedonia – 0.02 peratus

BACA:  Penyokong England Risau Melihat Aksi Hambar Yang Dipamerkan Oleh Harry Kane Ketika Bertemu Scotland