Pemain England Dihentam Kerana Tak Menghormati Majlis Penyampaian Hadiah

Pemain England telah dikecam teruk oleh para peminat di media sosial kerana mereka bersikap biadap ketika sesi penyampaian hadiah.

Para pemain England telah mencabut pingat Naib Juara yang dikalungkan ke leher mereka sebelum mereka turun dari pentas lagi.

Tindakan mereka dianggap biadap dan tak menghormati majlis penyampaian hadiah dengan mencabut pingat tersebut sebaik ia dikalungkan ke leher mereka.

Penantian skuad The Three Lions untuk memenangi Piala kejuaraan pertama mereka sejak 1966 telah terkubur awal pagi tadi selepas mereka ditewaskan oleh skuad kendalian Roberto Mancini yang sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka ketika ini.

Itali berjaya melakukan aksi comeback seterusnya memenangi gelaran European Championship tahun ini selepas menewaskan England dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Bintang England yang diberi julukan Shawberto Carlos berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 permainan untuk meletakkan skuad kendalian Gareth Southgate dihadapan.

Walau bagaimanapun, Leonardo Bonucci berjaya memadam gol pendahuluan tersebut selepas beliau merobek gawang gol England pada aksi babak kedua permainan.

Jaringan Bonucci berjaya membantu Itali untuk mengikat kedudukan seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas menghabiskan 30 minit aksi tambahan masa, kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh tambahan jaringan, seterusnya pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Shaw dan Phillips cuba menenangkan Saka

Itali mempunyai kelebihan dari sege penentuan sepakan penalti kerana mereka sudah melalui hal itu diperingkat separuh akhir, dan para pemain mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup untuk berdepan dengan tekanan.

England pula mungkin dilihat mempunyai kelebihan kerana mereka beraksi di halaman sendiri dengan sokongan dari para penyokong memainkan peranan penting dalam situasi seperti itu.

Domenico Berardi, Bonucci dan Federico Bernardeschi kesemuanya berjaya menewaskan Jordan Pickford ketika aksi penentuan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Andrea Belotti dan Jorginho gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas penjaga gol England berjaya menyelamatkan sepakan mereka.

Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan ini

Kedua-dua Harry Kane dan Harry Maguire menjaringkan dua gol awal untuk England ketika aksi penentuan sepakan penalti menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Namun begitu, dua pemain gantian yang dibawa masuk untuk aksi penentuan sepakan penalti, Sancho dan Marcus Rashford gagal untuk menyempurnakan tugas mereka.

Donnarumma kemudiannya menjadi wira Itali selepas beliau dengan tenang menafikan rembatan dari Bukayo Saka, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk skuad The Azzuri.

Para pemain England naik ke pentas untuk dikalungkan dengan kalungan pingat perak ketika sesi penyampaian hadiah, sebelum pemain Itali menjulang Piala kejuaraan.

Ben Chilwell, Phil Foden, Reece James, Jude Bellingham dan Conor Coady antara pemain yang dilihat jelas mencabut pingat mereka sebelum turun dari pentas.

Sementara itu, ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson dilihat hanya beliau sahaja yang tidak mencabut pingat tersebut sebelum meninggalkan pentas.

Tindakan para pemain England mencabut pingat tersebut sebelum turun dari pentas telah mengundang kecaman dari para peminat di media sosial.

Para peminat menganggap tindakan pemain England seolah tiada semangat kesukanan, tidak menghormati majlis penyampaian hadiah dan menganggap mereka sepatutnya berbangga muncul sebagai Naib Juara dalam kejohanan besar ini.

“Apa masalah pemain England cabut pingat mereka sebelum turun dari pentas? Adakah mereka malu? Mereka sepatutnya malu dengan sikap tak matang dan biadap mereka.”

“Jadi kebanyakkan pemain England mahu menunjukkan mereka semua budak kecik tak matang yang tak boleh terima kekalahan? Memalukan! Sungguh memalukan. Mereka sepatutnya berbangga.”

“Kesemua pemain ini memang tak menghormati majlis penyampaian hadiah, mereka merupakan skuad England pertama yang dikalungkan dengan pingat sejak 55 tahun lalu. Mereka sepatutnya berbangga.”

“Mungkin mereka memang langsung tak ada mentaliti pemenang, mencabut pingat sebelum turun dari pentas adalah perkara asas kamu ketika mengambil hadiah. Sungguh memalukan.”

“Sebab itu mereka ini tak layak untuk menjadi Juara, mereka langsung tak ada rasa hormat dan bangga atas pencapaian mereka. Ia benar-benar memalukan negara.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang bengang dengan reaksi tidak matang para pemain England yang mencabut pingat sebelum mereka turun dari pentas.

Sebelum ini para pemain Manchester United turut melakukan hal yang sama ketika mereka tewas dalam aksi perlawanan akhir saingan Europa League.

Para pemain setan merah dilihat melakukan hal yang sama persis seperti apa yang dilakukan oleh pemain England yang mencabut pingat mereka sebelum turun dari pentas.

Selain tindakan pemain yang dikecam teruk, pengurus England, Gareth Southgate turut dikecam dan dikritik atas keputusan beliau memasukkan Sancho dan Rashford pada minit-minit akhir permainan dan meletakkan Saka sebagai pengambil sepakan penalti terakhir untuk skuad The Three Lions.

Southgate yang sebelum ini dipuja dan dianggap sebagai jelmaan Einstein telah dikecam dan dikritik teruk oleh para peminat dek kerana membuat keputusan dungu itu.

Para peminat yakin dan percaya Saka tak sepatutnya diletakkan sebagai pengambil sepakan penalti penentu untuk skuad England memandangkan usianya terlalu muda untuk berdepan dengan situasi tekanan seperti itu.

Apa yang membuatkan penyokong lebih marah adalah Southgate lebih memilih pemain muda itu berbanding Raheem Sterling dan Jack Grealish yang sememangnya berada di atas padang pada ketika itu.

Ia bakal memberi kesan yang mendalam ke atas Saka, ditambah pula kebanyakan penyokong England tidak mempunyai Sivik dan Kewarganegaraan, bintang Arsenal itu tentunya akan berdepan dengan kecaman dan maki-makian.

Itali berjaya menjulang Piala kejuaraan saingan Euro 2020, seterusnya mengukuhkan lagi rekod bersih mereka tidak terkalahkan selepas mengharungi 34 perlawanan.

Ia merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dan tentunya skuad kendalian Roberto Mancini itu akan terus berusaha untuk beraksi lebih cemerlang di kejohanan Piala Dunia 2022 nanti.

Sumber: SB

BACA:  Reece James Tampil Pertahankan Alexander Arnold Dari Dikecam Peminat