Pemain Ini Menggunakan Satu Lagi Bola Untuk Hentikan Serangan Balas

Pasukan daripada Sweden, AIK telah menjadi bualan dunia bola sepak selepas menggunakan satu lagi bola untuk menghentikan serangan balas pantas pasukan lawan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Pada kebiasaannya untuk menyekat serangan balas pantas minit akhir perlawanan taktical foul akan dilakukan untuk menyekat pasukan lawan dan kesalahan dilakukan akan menyebabkan permainan dihentikan.

Namun pasukan AIK telah melakukan satu kesalahan yang berada pada tahap lain yang sangat keji dan hina perlakuan ini dalam satu perlawanan bola sepak.

Pada minit ke-93 AIK dan Elfsborg terikat dengan kedudukan 2-2 dan AIK berjaya mendapatkan sepakan penjuru dan malangnya sepakan penjuru itu mudah gagal.

Pemain AIK gagal memanfaatkan sepakan penjuru itu dan telah mengeluarkan bola begitu saja dan penjaga gol Elfsborg segera membaling bola kepada pemain sayap untuk serangan balas.

Melihat pemain Elfsborg seperti lipas kudung dan berada di kawasan tengah padang membawa, pemain AIK telah menendang masuk satu lagi bola ke padang.

Pemain AIK menendang bola ke arah pemain Elfsborg yang sedang membawa bola menjadikan dua bola berada di padang dan pengadil segera menghentikan perlawanan.

Bekas pemain tengah Sunderland dan Birmingham City, Sebastian Larsson merupakan individu bertanggungjawab memasukkan bola kedua ke padang.

Tindakan Sebastian Larsson dan rakannya menendang masuk bola kedua itu menunjukkan tiada tanda-tanda semangat kesukanan dan sangat keji.

Sebastian Larsson hanya dilayangkan kad kuning namun cukup untuk menghalang lawan yang berpontensi untuk mendapatkan gol kemenangan.

Manuel Neuer minggu lalu telah dilayangkan kad kuning kerana menendang bola kedua dan menghalang pemain RB Salzburg membuat lontaran ke dalam.

Ketika itu Neuer jauh keluar ke atas untuk mengeluarkan bola dan merasakan diri tidak mempunyai masa yang cukup kembali ke gawang, Neuer mendapat satu idea.

Neuer telah menendang bola di tepi padang ke arah papan iklan dan melantun masuk ke padang, ketika pemain RB Salzburg mahu mengambil bola, Neuer menghalang.

Neuer telah dilayangkan kad kuning dan kesalahan dilakukannya itu cukup untuk beliau menyelamatkan gawang yang ditinggalkan.

BACA:  Jurulatih Pertama Messi Mengalirkan Air Mata Teringat Aksi Pertama Messi