Jurulatih Pertama Messi Mengalirkan Air Mata Teringat Aksi Pertama Messi

Jurulatih pertama dalam hidup Lionel Messi, Salvador Aparicio telah mengalirkan air mata selepas teringat dan menceritakan kembali aksi pertama Lionel Messi bermain bola sepak.

Video rakaman termuramah Salvador Aparicio yang menceritakan bagaimana beliau melihat Lionel Messi beraksi itu kembali tular di media sosial.

Salvador Aparicio merupakan jurulatih pertama Lionel Messi namun dengan rendah hati menafikan bahawa beliau adalah insan yang berjaya menemui bakat yang ada pada Messi.

Salvador Aparicio telah meninggal dunia pada tahun 2008 dan tidak sempat melihat Lionel Messi mencapai potensi diri sepenuhnya dan menjadi pemain terbaik sepanjang zaman.

Namun Salvador Aparicio masih sempat untuk menyaksikan Lionel Messi memecah masuk dan menjadi pemain utama untuk kelab, Barcelon dan negara kelahiran beliau, Argentina.

Lionel Messi dilahirkan di Rosario dan menyertai Newell Old Boys ketika berumur 6 tahun sebelum meninggalkan Argentina untuk menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.

Sebelum semua itu terjadi, Messitelah menyertai kelab tempatan, Grandoli pada usia empat tahun dan pada ketika itu Salvador Aparicio merupakan jurulatih di Grandoli.

Dalam satu termuramah yang diadakan sebelum kematiannya, Salvador Aparicio telah menceritakan kembali kisah pertama kali beliau melihat Lionel Messi ketika masih kecil.

“Pada satu malam Messi dan keluarganya datang untuk menyaksikan perlawanan, abangnya bermain disini. Messi dilihat bermain bola ditepi padang.

“Malam tu, aku kekurangan seorang pemain. Pada mulanya kami mahu tunggu pemain itu datang tapi tak muncul-muncuk dan meminta keizinan ibu Messi untuk beliau bermain.”

Ibu Messi tidak membenarkan Messi bermain kerana bagi ibunya Messi tidak pandai bermain dan tidak pernah bermain bola namun neneknya menyuruh Messi untuk turut beraksi.

“Ibu Messi tidak memberi keizinan kerana Messi tidak pernah bermain dan aku bagitau tiada masalah kerana Messi tidak perlu melakukan apa-apa yang istimewa.

“Namun neneknya yang berada disitu menyuruh Messi untuk bermain. Jadi mereka izinkan aku menggunakan Messi.”

Dan dari sinilah bermulanya Messi bermain bola sepak secara berpasukan dan menjaringkan 6 atau 7 gol dalam setiap perlawanan.

“Messi memang kecil, sangat kecil. Bila bola datang buat pertama kali, Messi hanya memandang dan terus menendang bola.”

“Buat kali kedua bola datang dan menyentuh kaki kiri Messi, Messi terus mengawal bola dan mula berlari merentasi padang. Messi telah menggelecek setiap orang yang menghalangi laluannya.”

“Ya, ya, ya.. Messi telah menjaringkan 6 atau 7 gol dalam setiap perlawanan.”

Air mata mula mengalir di pipi Salvador Aparicio saat ditanya apa perasaan beliau ketika mula melihat Messi beraksi berasama Barcelona dan Argentina.

“Aku rasa seperti apa aku ras sekarang, aku menangis. Kau faham? Aku menjadi beremosi.

“Pada hari beliau menjaringkan gol ketika menentang Getafe, mereka cakap macam gol Maradona menentang England di Piala Dunia.”

“Tapi aku rasa Leo lebih baik.”

Larian yang gila dari Messi bagi menghasilkan gol ketika menentang Getafe sangat mirip kepada gol solo Diego Maradona ketika menentang England di separuh akhir Piala Dunia 1986.

Dan Messi jaringan ke atas Getafe itu masih lagi dianggap sebagai jaringan terhebat Messi dalam kariernya.

Air mata jantan, Salvador Aparicio akan tumpah apabila melihat aksi Messi yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Aku menangis dengan hanya melihat Messi, beliau sangat istimewa bagi aku. Apa lagi aku boleh cakap? Aku bangga.”

Sudah pasti, perkembangan karier Messi menjadi satu kebanggaan buat Salvador Aparicio yang melihat sendiri kejayaan anak kecil yang pernah bermain untuk pasukan beliau.

Jika Salvador Aparicio masih ada, entah bagaimana emosi beliau melihat Messi menjadi pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali setakat ini.

BACA:  Ronaldo: Saya Adalah Yang Terbaik Dan Saya Telah Buktikannya !