Pemain Itali Nyanyikan Lagu Kebangsaan Dengan Sepenuh Jiwa Demi Lencana Di Dada

Pemain pasukan Itali telah menyanyikan lagu kebangsaan Itali dengan sepenuh jiwa demi lencana di dada yang nyata boleh meruntun dan melemahkan semangat pihak lawan.

Nyanyian penyanyi opera legenda, Andrea Bocelli dengan suara dari perut telah mengalunkan lagu yang penuh beremosi Nessun Dorma yang nyata menaikkan bulu roma pendengar.

Selepas Andrea Bocelli menamatkan persembahannya yang dianggap masterpiece untuk acara pembukaan Euro 2020, Itali membuka tirai perlawanan dengan nyanyian lagu kebangsaan mereka.

Pasukan bola sepak Itali sememangnya telah terkenal dengan nyanyian lagu kebangsaan penuh bersemangat sejak dulu lagi walaupun pemain datang bersilih ganti semangatnya sama.

Nyanyian penuh bersemangat ini bukan hanya melibatkan pemain di padang sahaja malah staf kejurulatihan berserta pemain simpanan sehinggalah kepada penyokong mereka.

Sememangnya kejohanan utama dunia seperti Piala Dunia dan EURO tidak lengkap tanpa pasukan Itali yang gagal mara ke Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Sejak kegagalan besar itu, Itali telah kembali bangkit dengan bimbingan Roberto Mancini dan hingga kini belum tewas bermula dari september 2018.

Itali diletakkan sebagai antara pasukan berpotensi besar untuk muncul juara walaupun ada yang melabel mereka sebagai dark horse untuk Euro 2020 ini.

Itali membuktikan nyanyian lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat itu tidak hanya tamat disitu sahaja malah di bawa kedalam perlawanan menentang Turki.

Perlawanan separuh masa pertama tamat tanpa jaringan disebabkan oleh ketajaman sentuhan penyudah Itali walaupun memapamerkan aksi menyerang yang tidak ingat dunia.

Separuh masa pertama menyaksikan Itali telah melakukan 14 percubaan berbanding Turki yang tidak mampu mencuba apa-apa langsung dengan kosong percubaan.

Ini merupakan perbezaan percubaan terbesar di separuh masa pertala dalam perlawanan Euro sejak tahun 2004 apabila Belanda melakukan 16 percubaan dan Latvia hanya satu sahaja.

Namun itu adalah Latvia yang mungkin ramai terkejut kerana mereka bermain bola sepak. Turki pula terkenal sebagai kuda hitam yang mampu membunuh pasukan gergasi.

Mungkin pemain Turki terkejut lalu terkedu dalam perlawanan melihat nyanyian penuh bersemangat daripada pasukan Itali dan tewas mudah dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Pada kejohanan EURO 2016, para pemain Itali yang diketuai oleh Gianluigi Buffon telah pun menunjukkan semangat yang sama dan menjadi kekaguman peminat bola sepak.

Pada Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika, pasukan kebangsaan Itali hadir selaku penyandang juara telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka dengan sepenuh jiwa.

Pada Piala Dunia 2006, di mana Itali telah menjadi juara dunia buat kali keempat begitu bersemangat mengalunkan lagu kebangsaan mereka.

Andrea Pirlo yang tampak pendiam juga jelas kelihatan mulutnya terbuka luas turut sama menyanyi.

Selain pasukan bola sepak, pasukan ragbi Itali yang beraksi di Piala Dunia Ragbi 2011 telah mempamerkan nyanyian yang penuh bersemangat.

Menakjubkan bukan? Naik segala bulu yang ada.

Turki 0-3 Itali

Itali mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama namun gagal mencari gol pembukaan kejohanan. Dua sepakan penalti telah dinafikan oleh pengadil selepas bola terkena tangan pemain Turki.

Giorgio Chiellini hampir memecahkan kebuntuan dengan tandukan dari sepakan penjuru namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Lapan minit bersambung separuh masa kedua, akhirnya Itali berjaya memecahkan kebuntuan dan berada di hadapan selepas serangan bertali arus dilancarkan.

Hantaran lintang Domenico Berardi yang deras itu telah cuba dipotong oleh Merih Demiral malangnya bola telah tertolak ke gawang sendiri.

Gol pertama dan gol sendiri pertama di EURO 2020 adalah milik Merih Demiral dari Turki.

Pada minit ke-66 Ciro Immobile menggandakan kedudukan selepas meledak deras bola muntah hasil rembatan Leonardo Spinazzola yang ditepis Ugurcan Cakir.

Turki terus menampilkan aksi yang teruk lagi buruk serta tidak bermaya seperti Turki yang kita kenali selama ini dan mereka seolah-olah telah mengalah.

Penjaga Turki, Ugurcan Cakir telah membuat kelakar yang bukan-bukan apabila menghantar bola kepada Domenico Berardi yang terus menolak bola kepada Nicolo Barella.

Nicolo Barella menghantar pula kepada dan meneruskan larian untuk menarik pertahanan Turki. Ciro Immobile terus melorongkan bola kepada Lorenzo Insigne
yang tidak dikawal.

Tiada masalah untuk pemain yang berkualiti seperti Lorenzo Insigne untuk melencongkan bola menghasilkan gol ketika buat Itali dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan 3-0 Itali ini merupakan margin gol terbesar yang pernah terhasil dalam perlawanan pembukaan EURO sejak pertama kali dianjurkan.

Nampaknya kumpulan A akan menjadi sangat mudah buat Itali seperti diramalkan oleh ramai pihak.

Turkey: Cakir, Celik, Demiral, Soyuncu, Meras, Yokuslu, Karaman, Tufan, Yazici, Calhanoglu, Burak Yilmaz.

Subs: Gunok, Under, Tokoz, Bayindir, Antalyali, Kabak, Unal, Kokcu, Kahveci, Ayhan, Muldur, Dervisoglu.

Italy: Donnarumma, Florenzi, Bonucci, Chiellini, Spinazzola, Barella, Jorginho, Locatelli, Berardi, Immobile, Insigne.

Subs: Raspadori, Bastoni, Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Belotti, Pessina, Emerson Palmieri, Chiesa, Acerbi, Cristante, Bernardeschi.

Referee: Danny Makkelie (Holland).

BACA:  Pengadil Dikecam Langgar SOP Kongsi Minuman Dengan Pemain Ukraine